Yayasan Felda


 

 

 

 

Yayasan Felda telah ditubuhkan di bawah Akta Pemegang Amanah (Perbadanan) 1952 pada 20 Ogos 1998 dan mula beroperasi pada tahun 1999. Penubuhannya bertujuan melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kebajikan dalam bidang pembelajaran, sosial dan ekonomi untuk dimanfaatkan bersama oleh warganegara Malaysia.

Melaksana dan menggalakkan kerja-kerja amal dan kemasyarakatan dalam bidang pendidikan, kesihatan, kebajikan, ekonomi dan kebudayaan untuk dimanfaatkan bersama oleh warganegara Malaysia selaras dengan keperihatinan Kumpulan Felda kepada tanggungjawab sosialnya.

Menyelaras program kebajikan dan kemasyarakatan Kumpulan Felda melalui sumbangan, bantuan dan pelaksanaan program amal.

 

Untuk mendapatkan resolusi yang baik gunakan resolusi 800x600 pixel.Sesuai digunakan dengan pelayar web
Internet explorer 4.0 ke atas.