| 1. |
Akaun bank bagi Koperasi ini hendaklah diuruskan bersama oleh pengerusi, bendahari dan setiausaha, atau pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa |
|
Akaun bank
|
| |
|
|
|
| 2. |
a. |
(1) Koperasi ini hendaklah ada satu mohor. Mohor ini tidak boleh dimeteraikan di atas mana-mana surat melainkan dengan keputusan Lembaga. Pengerusi dan setiausaha atau bendahari atau pegawai-pegawai lain yang diberikuasa oleh Lembaga dikehendaki menurunkan tandatangan mereka di atas tiap-tiap surat yang hendak dimeteraikan |
b. |
(2) Dokumen-dokumen yang diperbuat atas nama Koperasi sama ada dimeteraikan atau tidak, dan ditandatangani dengan sahnya oleh pengerusi dan setiausaha atau bendahari atau pegawai-pegawai lain yang diberikuasa oleh Lembaga hendaklah disifatkan mengikat ke atas Koperasi sehingga sebaliknya dibuktikan |
|
|
Mohor Koperasi
|
| |
|
|
| 3. |
a. |
Tiap-tiap anggota hendaklah memberitahu setiausaha akan segala pertukaran alamatnya. Semua surat kepada anggota yang dihantar dengan pos atau dikirimkan kepada alamatnya yang terakhir hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan |
|
|
Pertukaran alamat anggota
|
| |
|
|
| 4. |
Menurut subseksyen 60(1) Akta, akaun-akaun dan rekod-rekod yang perlu berkaitan Koperasi ini hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit yang dipilih oleh mesyuarat agung perwakilan dan dilantik melalui suatu suratcara perlantikan menurut perenggan (b) subperaturan 27(2) Peraturan |
|
Penyediaan dokumen untuk diperiksa
|
| |
a. |
satu salinan Akta dan Peraturan |
b. |
satu salinan Undang-undang kecil ini dan jika ada aturan-aturan aktiviti |
c. |
akaun teraudit Koperasi yang terakhir dan |
d. |
satu senarai lengkap anggota Koperasi ini |
|
|
| |
yang terbuka untuk diperiksa oleh anggota-anggota Koperasi ini sahaja tanpa apa-apa bayaran, pada masa-masa yang munasabah di alamat berdaftar Koperasi ini |
|
| |
|
|
| 5. |
Penyerahan tugas secara rasmi hendaklah dilakukan apabila berlaku pertukaran bagi apa-apa jawatan dalam Koperasi ini. Penyerahan tersebut hendaklah disempurnakan dalam tempoh tidak lewat daripada empat belas hari selepas berkuatkuasanya pertukaran itu |
|
Penyerahan tugas
|
| |
|
|
6. |
a. |
(1) Seseorang yang dilantik untuk mewakili Koperasi ini di dalam apa-apa mesyuarat, seminar, forum atau lawatan sambil belajar atas perbelanjaan Koperasi ini samada di dalam atau di luar negeri mengikut peraturan 46 Peraturan, hendaklah mengemukakan laporan ringkas kepada mesyuarat agung perwakilan tahunan yang akan datang yang terawal diadakan bagi Koperasi ini |
b. |
(2) Jika orang itu gagal mengemukakan laporan,dia hendaklah membayar balik semua perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Koperasi ini. Koperasi berhak mendapatkan balik setiap perbelanjaan tersebut seolah-olah ianya suatu hutang yang kena dibayar kepada Koperasi ini |
|
|
Laporan oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi
|
| |
|
|
7. |
Lembaga bolehlah melantik seorang kenamaan sebagai Yang Dipertua kepada Koperasi ini. Dia hanya bertindak sebagai penaung dan boleh menghadiri mana-mana mesyuarat yang diadakan oleh Koperasi ini tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi |
|
Perlantikan Yang Dipertua
|
| |
|
|
8. |
Lembaga bolehlah mendapatkan khidmat Felda sebagai Penasihat dan menggawalselia dalam urusan hal ehwal kewangan dan pelaburan koperasi ini |
|
Khidmat Sebagai Penasihat dan Menggawalselia
|
9. |
a. |
(1) Segala pertikaian seperti yang disebutkan di bawah subseksyen 82(1) Akta yang menyentuh hal penubuhan, Undang-undang kecil, pemilihan pegawai-pegawai, perjalanan mesyuarat-mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan Koperasi ini hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar menurut tatacara di bawah peraturan 33 Peraturan |
b. |
(2) Mana-mana anggota yang dibuktikan telah membuat pengaduan atau merujukkan pertikaiannya kepada mana-mana orang selain daripada Ketua Pendaftar hendaklah dianggap telah bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi ini dan bolehlah dikenakan tindakan menurut Undang-undang kecil 22 |
c. |
(3) Segala pertikaian selain daripada yang dinyatakan dalam subseksyen 82(1) Akta hendaklah dirujuk kepada mesyuarat agung perwakilan Koperasi ini untuk penyelesaian. Apa-apa persoalan tentang sama ada pertikaian tersebut termasuk dalam maksud subseksyen 82(1) Akta hendaklah diputuskan oleh Ketua Pendaftar dan keputusannya adalah muktamad |
|
|
Pertikaian
|
| |
|
|
10. |
Koperasi ini boleh dibubarkan hanya dengan perintah Ketua Pendaftar |
|
Pembubaran
|
| |
|
|
11. |
a. |
(1) Undang -undang Kecil ini adalah dibuat mengikut peraturan 5 Peraturan dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta dan Peraturan. Apa-apa pindaan kepada Undang-undang kecil ini tidak boleh dibuat melainkan dengan kehendak atau kebenaran Ketua Pendaftar. Aturan-aturan aktiviti tidak boleh dibuat melainkan dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan |
b. |
(2) Apa-apa urusan Koperasi ini hendaklah tertakluk kepada Akta, Peraturan dan Undang-undang kecil ini serta aturan-aturan aktiviti, yang hendaklah dibaca bersekali |
|
|
Akta, Peraturan dan Undang- undang Kecil
|
| |
|
|
12. |
Undang-undang Kecil ini menurut seksyen 17 Akta hendaklah mengikat Koperasi ini dan anggota-anggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah Undang-undang kecil ini telah ditandatangani oleh tiap-tiap anggota dan mengandungi waad pada pihak setiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan Undang-undang kecil ini |
|
Undang-undang Kecil hendaklah mengikat anggota
|
| |
|
|
| |
|
|
6. |
Satu salinan akaun perdagangan, akaun untung rugi, penyata sumber-sumber dan penggunaan wang, kunci kira-kira dan laporan Lembaga mengenai kedudukan hal-ehwal Koperasi dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya yang telah dikemukakan untuk mendapat pandangan Ketua Pendaftar menurut subseksyen 59(2) Akta, laporan juruaudit dan laporan Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap perwakilan tidak lewat daripada lima belas hari sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan |
|
Mengemukakan penyata kewangan dan laporan-laporan
|