Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Firman Allah Taala "Sungguh bahagialah orang-orang mukmin, yang khusyuk didalam solatnya" (AlMukminun:1-2)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 

AKAUN DAN AUDIT

 

1. Tahun  kewangan  Koperasi  ini  bermula  pada satu haribulan Januari dan berakhir pada tiga puluh satu Disember   Tahun kewangan
       
2.
a.

(1) Lembaga hendaklah  menentukan bahawa rekod-rekod akaun dan rekod-rekod   lain   disimpan   dengan  sempurna  dan  kemaskini  menurut seksyen 58 Akta, mengenai :

 
a.

tiap-tiap transaksi Koperasi ini dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada;

b.

aset-aset tetap dan pelaburan-pelaburan Koperasi ini dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada;

c.

deposit-deposit yang dibuat dan diterima oleh Koperasi ini dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada;

d.

syer, yuran serta simpanan khas yang dicarum oleh anggota-anggota; dan

e.

rekod-rekod dan daftar-daftar lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar.

b.
(2) Bagi memastikan bahawa kesemua rekod-rekod perakaunan dapat  diaudit dalam tempoh yang ditetapkan, Lembaga  bolehlah melantik mana-mana individu atau firma untuk mengemaskinikan rekod-rekod tersebut dengan bayaran upah yang berpatutan
c.
(3) Menurut subseksyen 58(4) Akta, rekod-rekod akaun hendaklah disimpan di ibu pejabat Koperasi pada sepanjang masa melainkan jika Ketua Pendaftar mengarahkan supaya disimpan di tempat lain dan hendaklah disimpan oleh koperasi selama enam tahun selepas diaudit seperti yang dinyatakan di bawah subperaturan  29(3) Peraturan
d.
(4)  Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota-anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat mengenai pemeriksaan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga
e.
(5) Catatan dalam akaun-akaun Koperasi dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, menurut subseksyen 58(2) Akta hendaklah dibuat dengan seberapa segera  yang mungkin  tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas sesuatu transaksi. Penyediaan akaun-akaun bagi sesuatu tahun kewangan hendaklah dibuat dengan seberapa segera  tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya tahun kewangan itu supaya akaun-akaun itu dapat diaudit dan dibentangkan di dalam mesyuarat agung perwakilan tidak lewat daripada enam bulan selepas tamatnya tahun kewangan itu
f.
(6) Butir-butir terperinci perbelanjaan Lembaga dan pembayaran-pembayaran kepada tiap-tiap anggota Lembaga dan anggota jawatankuasa-jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah dimaklumkan kepada mesyuarat agung perwakilan melalui nota-nota kepada akaun untung rugi sepertimana yang dikehendaki di bawah subperaturan 29(2) Peraturan
g.
(7) Ketua Pendaftar boleh menurut subseksyen 58(5) Akta, dalam kes-kes tertentu memerintahkan supaya rekod perakaunan Koperasi diserahkan untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang bertindak bagi pihak seseorang anggota atau pegawai
  Penyenggaraan buku-buku dan audit

     
3.
a.
(1) Resit-resit Koperasi hendaklah dikeluarkan bagi semua wang yang diterima  olehnya.  Resit-resit  itu  hendaklah  ditandatangani  oleh bendahari atau pegawai  yang diberikuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa
b.
(2) Baucar hendaklah disediakan bagi setiap pembayaran yang dibuat oleh Koperasi. Baucar-baucar tersebut hendaklah ditandatangani oleh bendahari atau pengurus serta disahkan  oleh dua orang daripada pegawai-pegawai yang diberikuasa oleh  Lembaga dari semasa ke semasa
 

Resit-resit dan baucar


     
4.
Menurut subseksyen 60(1) Akta,  akaun-akaun  dan rekod-rekod yang perlu berkaitan Koperasi   ini   hendaklah   diaudit  oleh seorang juruaudit yang dipilih oleh mesyuarat agung perwakilan dan dilantik melalui  suatu suratcara perlantikan menurut perenggan (b) subperaturan 27(2) Peraturan
  Pengauditan akaun-akaun

     
5.
a.
(1) Bagi maksud subseksyen 63(1) dan (2) Akta, juruaudit   yang   dilantik   hendaklah memberi laporan mengenai penyata-penyata kewangan yang dikemukakan oleh Koperasi selepas berakhirnya tahun kewangan itu untuk perhatian Ketua  Pendaftar serta anggota-anggota Koperasi ini
b.
(2) Perlantikan juruaudit dan penyerahan kepadanya rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain Koperasi ini untuk maksud pengauditan menurut subperaturan 27(4) hendaklah dimaklumkan kepada Ketua Pendaftar dengan mengemukakan satu salinan suratcara perlantikan yang dimaksudkan dalam Undang-undang kecil 67
c.
(3) Bagi maksud subperaturan 27(3), suatu senarai lengkap buku-buku dan dokumen-dokumen Koperasi ini yang diserahkan kepada juruaudit hendaklah disediakan oleh Koperasi untuk ditandatangani oleh juruaudit itu sebagai pengakuan penerimaannya. Sesalinan senarai itu hendaklah disimpan oleh Koperasi
  Perlantikan juruaudit

     
6.

Satu   salinan   akaun   perdagangan, akaun  untung rugi, penyata  sumber-sumber  dan penggunaan  wang, kunci  kira-kira   dan   laporan  Lembaga mengenai  kedudukan   hal-ehwal   Koperasi dan   subsidiari   atau subsidiari-subsidiarinya  yang   telah   dikemukakan   untuk mendapat   pandangan Ketua  Pendaftar menurut subseksyen 59(2) Akta,  laporan  juruaudit dan laporan  Jawatankuasa  Audit Dalaman hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap perwakilan tidak lewat daripada lima belas hari sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan

 

Mengemukakan penyata kewangan dan laporan-laporan


 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |