1. |
a. |
(1) Kumpulan wang koperasi ini, menurut seksyen 50 Akta, mengandungi : |
| |
a. |
|
b. |
simpanan khas daripada anggota-anggota
|
c. |
deposit atau pinjaman daripada anggota dan bukan anggota |
d. |
Kumpulan Wang Rizab |
e. |
Akaun Rizab Modal |
f. |
Kumpulan Wang Penebusan Syer
|
g. |
derma dan pemberian tertentu
|
h. |
baki keuntungan terkumpul dan |
i. |
kumpulan wang lain yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan |
|
b. |
(2) Kumpulan wang Koperasi ini selain daripada Kumpulan Wang Rizab bolehlah digunakan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang diperuntukkan di bawah fasal (1) Undang-undang kecil 8 |
|
|
Wang dan kumpulan wang Koperasi
|
| |
|
|
|
| 2. |
a. |
(1) Bagi maksud perenggan 50(b) Akta, setiap anggota individu hendaklah melanggan seratus ringgit syer dan koperasi anggota hendaklah melanggan seribu ringgit syer sebagai sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga bulan dan tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat |
b. |
(2) Seseorang penama atau wasi yang menyambung keanggotaan anggota yang mati hendaklah mengambil jumlah syer yang dimiliki oleh anggota yang digantikannya itu tertakluk kepada had yang ditetapkan di bawah fasal (3) Undang-undang kecil ini |
c. |
(3) Pemilikan syer seseorang anggota dalam modal Koperasi ini menurut seksyen 33 Akta tidaklah boleh melebihi satu perlima daripada jumlahnya pada bila-bila masa |
|
|
Modal syer
|
| |
|
|
| 3. |
Seseorang anggota boleh memindahkan kepada anggota-anggota lain syer-syernya yang melebihi sumbangan minimum di bawah fasal (1) Undang-undang kecil 54, akan tetapi pindahan tersebut tidak akan berkuatkuasa sehingga borang pemindahan telah ditandatangani oleh anggota lain itu dan didaftarkan oleh Koperasi. Syer-syer seseorang anggota yang mati bolehlah dipindahkan kepada penama atau wasinya apabila penama atau wasi itu disahkan menjadi anggota atau kepada sesiapa yang dinamakan oleh penama atau wasi itu dalam masa enam bulan selepas kematian anggota itu, sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 24 Akta |
|
Pindahan syer
|
| |
|
|
| 4. |
a. |
(1) Jika bagi seseorang anggota yang tamat keanggotaannya oleh apa-apa sebab jua pun pemindahan tidak dapat dibuat menurut Undang-undang kecil 57, maka syer-syernya yang diperihalkan di dalam Undang-undang kecil itu bolehlah ditebus oleh Koperasi tertakluk kepada fasal (2) Undang-undang kecil ini |
b. |
(2) Syer-syer boleh ditebus hanya dari Kumpulan Wang Penebusan Syer. Nilai tebusan syer-syer ini hendaklah mengikut sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit terakhir bagi Koperasi ini akan tetapi tidaklah boleh melebihi nilai asalnya |
c. |
(3) Syer-syer yang ditebus di bawah fasal (1) Undang-undang kecil ini bolehlah, jika diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan, diterbitkan semula sebagai syer bonus |
|
|
Penyelesaian modal syer
|
| |
|
|
| 5. |
a. |
(1) Menurut seksyen 55 Akta semua keuntungan modal yang diperolehi daripada : |
| |
a. |
penjualan tanah atau bangunan, atau kedua-duanya sebagai aset tetap; dan
|
b. |
penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap, dengan kelulusan Ketua Pendaftar; hendaklah dikreditkan ke Akaun Rizab Modal.
|
|
| |
(2) Keuntungan modal yang disebutkan di dalam perenggan (a) fasal (1) Undang-undang kecil ini bolehlah, jika diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan, digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: |
b. |
a. |
|
b. |
Penghapusan kira kerugian terkumpul |
c. |
Penghapusan kira kerugian modal dan |
d. |
Pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus. |
|
c. |
(3) Syer bonus boleh diterbitkan menurut tatacara di bawah peraturan 25 Peraturan berasaskan kepada jumlah syer yang dipegang oleh tiap-tiap anggota pada enam bulan sebelum akhir tahun kewangan yang akaunnya dibentangkan dalam mesyuarat agung perwakilan yang mengisytiharkan syer bonus itu atau, dalam hal penerbitan semula daripada syer bonus yang ditebus semula, sebagaimana pada tarikh penebusan itu, dengan syarat: |
| |
a. |
Nama anggota yang akan menerima itu ada dalam daftar Koperasi ada tarikh pengisytiharan syer bonus itu;
|
b. |
semua kerugian terkumpul dan semasa telah dihapus kira |
c. |
buku-buku dan rekod-rekod Koperasi telah disenggarakan dengan memuaskan menurut pandangan Ketua Pendaftar |
|
b. |
(4) Syer bonus tidak boleh dikeluarkan tetapi boleh, dengan kelulusan Lembaga, dipindahkan kepada anggota lain atau, dalam hal anggota yang mati selepas syer bonus itu dikeluarkan, dibayar daripada Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus |
|
|
Keuntungan modal
|
| |
|
|
6. |
a. |
(1) Koperasi ini hendaklah mewujud dan menyenggarakan satu Kumpulan Wang Rizab menurut subseksyen 57(1) Akta yang kepadanya tidak kurang daripada lima belas peratus daripada keuntungan bersih terauditnya hendaklah dikreditkan |
b. |
(2) Kumpulan Wang Rizab ini tidak boleh dibahagi-bahagikan dan tiada anggota yang berhak untuk menuntut apa-apa bahagian tertentu daripadanya |
|
|
Kumpulan Wang Rizab
|
| |
|
|
| 7. |
Koperasi bolehlah menurut peruntukan perenggan-perenggan 50(d) dan 50(e) Akta, menerima simpanan khas dan deposit tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dibuat mengikut fasal (4) Undang-undang kecil 8 |
|
Simpanan khas dan deposit
|
| |
|
|
| 8. |
a. |
(1) Tertakluk kepada kelulusan mesyuarat agung perwakilan, sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 52 Akta, Koperasi bolehlah meminjam wang daripada anggota dan bukan anggotanya untuk digunakan bagi maksud yang khas dalam perniagaannya |
b. |
(2) Koperasi ini hendaklah setiap tahun menentukan di dalam mesyuarat agung perwakilannya had maksimum keterhutangan berkenaan dengan pinjaman yang sedia ada dan yang baru yang akan ditanggung dalam tahun yang akan datang |
|
|
Pinjaman luar
|
| |
|
|
| 9. |
a. |
(1) Wang berlebihan Koperasi ini bolehlah dilabur atau didepositkan menurut peruntukan seksyen 54 Akta |
b. |
(2) Had maksimum yang boleh dilaburkan oleh Koperasi bagi sesuatu maksud hendaklah ditentukan oleh mesyuarat agung perwakilan |
|
|
Pelaburan wang
|
| |
|
|
10. |
a. |
Menurut subseksyen 51(1) Akta, Koperasi ini bolehlah memberikan apa-apa pinjaman atau kemudahan kredit lain kepada: |
|
a. |
anggota-anggotanya, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam aturan-aturan yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan
|
b. |
pekerja-pekerjanya, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat gunakhidmat mereka dan peruntukan peraturan 21 Peraturan |
b. |
subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya atau koperasi berdaftar lain, tertakluk kepada kelulusan Ketua Pendaftar |
|
|
|
Pemberian pinjaman oleh Koperasi
|
| |
|
|
| 11. |
a. |
(1) Keuntungan bersih teraudit Koperasi ini seperti yang ditunjukkan dalam akaun untung rugi menurut seksyen 56 Akta hendaklah diagihkan menurut subseksyen 57(1) dan (2) Akta seperti berikut: |
|
a. |
tidak kurang daripada lima belas peratus dibayar kepada Kumpulan Wang Rizab; dan
|
b. |
sebanyak mana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Menteri dibayar kepada mana-mana institusi pendidikan atau mana-mana koperasi menengah atau atasan yang telah diisytiharkan oleh Menteri sebagai badan yang mewakili pergerakan koperasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa atau kepada kedua-duanya atau kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi; disyaratkan bahawa menurut subseksyen 57(4) Akta, bolehlah ditolak apa-apa bayaran yang dibuat menurut perenggan (b) daripada jumlah wang yang disebutkan di dalam perenggan (a). |
|
b. |
(2) Selepas pengagihan mengikut fasal (1) Undang-undang kecil ini, dan peruntukan cukai pendapatan jika ada, baki untung bersih teraudit, termasuk baki keuntungan yang belum dibahagi-bahagikan menurut subseksyen 57(5) Akta bolehlah digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: |
| |
a. |
pulangan atas deposit atau simpanan khas;
|
b. |
dividen atas syer atau yuran; |
c. |
bayaran honorarium kepada anggota Lembaga; |
d. |
peruntukan sebanyak tidak lebih sepuluh peratus daripada untung bersih teraudit bagi apa-apa maksud kebajikan yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan; dan |
e. |
peruntukan kepada kumpulan wang lain yang diwujudkan menurut fasal (1) Undang-undang kecil 52. |
|
c. |
(3) Menurut subseksyen 57(7) Akta, bayaran kepada perkara-perkara di bawah perenggan (b) fasal (1) dan fasal (2) Undang-undang kecil ini boleh dibuat hanya jika semua kerugian terkumpul telah dihapus kira sepenuhnya |
d. |
(4) Dengan kelulusan Ketua Pendaftar, Koperasi ini boleh, sekiranya kerugian terkumpul tidak dihapus kira sepenuhnya, menggunakan tidak lebih lima peratus daripada untung bersih terauditnya untuk pembayaran dividen kepada anggota-anggotanya sepertimana yang dinyatakan di bawah subseksyen 57(8) Akta |
|
|
Pengagihan untung bersih teraudit
|
| |
|
|
| 12. |
a. |
(1) Kadar dividen yang dibayar atas syer-syer atau yuran kepunyaan tiap-tiap anggota untuk tahun berkenaan dibayar mengikut tempoh pemegangan syer dalam tahun tersebut yang penuh dibayar berasaskan baki minima pada tiap-tiap bulan, mengikut peraturan 24 Peraturan hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus kecuali dengan kelulusan Ketua Pendaftar. Seseorang yang namanya tidak ada dalam daftar nama anggota Koperasi ini pada akhir tahun kewangan yang berkenaan tidak layak untuk mendapat dividen
|
b. |
(2) Dividen hendaklah dikreditkan ke akaun simpanan khas anggota sekiranya anggota itu tidak meminta dibayar kepadanya secara tunai dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dividen itu diisytiharkan
|
|
|
Dividen dan lain-lain
|