1. |
Anggota-anggota Koperasi ini terdiri daripada sekelian mereka yang turut sama dalam permohonan untuk mendaftarkan Koperasi ini dan mereka yang diterima menjadi anggota selepas pendaftaran mengikut Peraturan dan Undang-undang kecil ini dari semasa ke semasa.
|
|
Anggota
|
| |
|
|
| 2. |
(1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada entiti-entiti berikut:
|
|
|
Kelayakan menjadi anggota
|
| |
a. |
Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik. |
b. |
Koperasi-koperasi peneroka Felda. |
c. |
Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada lapan belas tahun dan berkelakuan baik. |
d. |
Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi anggota Koperasi sebelum bersara. |
e. |
Koperasi-koperasi kakitangan Felda. |
|
|
| |
|
|
| 3. |
(2) Menurut seksyen 26 dan 27 Akta, seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah: |
|
Aktiviti-aktiviti
|
| |
a. |
Warganegara Malaysia |
b. |
Telah mencapai umur lapan belas tahun |
c. |
Bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi Koperasi ini dan |
d. |
Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun |
|
|
| |
|
|
| 4. |
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan di alamatkan kepada setiausaha. |
|
Permohonan menjadi anggota
|
| |
|
|
| 5. |
a. |
(1)Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak lima ringgit bagi anggota individu dan lima puluh ringgit bagi anggota terdiri dari koperasi-koperasi. Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga. |
b. |
(2) Penama atau wakil yang sah menurut seksyen 24 Akta kepada anggota yang mati, jika layak menurut Undang-undang kecil 10 dan memohon untuk menjadi anggota dalam masa tiga bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk. |
c. |
(3) Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi. |
|
|
Fi masuk
|
| |
|
|
6. |
a. |
(1)Menurut subperaturan 10(1) Peraturan, seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah diminta menandatangani suatu ikrar bahawa dia akan terikat dengan Undang-undang kecil ini dan aturan-aturan aktiviti yang sedia ada dan apa-apa pindaan kepada Undang-undang kecil dan aturan-aturan tersebut, yang dibuat dengan sah semasa tempoh keanggotaannya, dan bahawa dia bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan atau seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar dan dia tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun. Mana-mana pemohon yang enggan menandatangani ikrar tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota. |
b. |
(2) Menurut subperaturan 10(2) Peraturan, seseorang yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dikehendaki menandatangani ikrar yang serupa dalam masa empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. |
|
|
Ikrar anggota
|
| |
|
|
| 7. |
Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya. Seseorang yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu. |
|
Penerimaan menjadi anggota
|
| |
|
|
| 8. |
Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota-anggota yang telah menjelaskan bayaran penuh seratus ringgit syer bagi anggota perseorangan dan seribu ringgit syer bagi koperasi anggota, bolehlah melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang kecil ini. |
|
Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota
|
| |
|
|
| 9. |
Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskhah Undang-undang kecil ini. Naskhah tambahan akan dikenakan bayaran. |
|
Pemberian Undang-undang kecil
|
| |
|
|
10. |
a. |
(1) Tiap-tiap anggota yang bukan Muslim hendaklah, dengan mengisi satu borang rasmi Koperasi ini, di hadapan sekurang-kurangnya dua saksi yang mengakusaksikan perkara yang sama atau dengan suatu akuan yang dibuat sewajarnya, menamakan seorang atau lebih daripada seorang sebagai penama yang kepadanya syer atau kepentingan anggota itu atau nilai syer atau kepentingan itu atau apa-apa wang lain yang disebut dalam seksyen 24 Akta yang kena dibayar kepada anggota itu boleh, dengan kematian anggota itu, dipindahkan atau dibayar menurut seksyen tersebut itu, dan anggota itu boleh dengan cara yang sama dari semasa ke semasa membatalkan atau menukar penamaan tersebut. Dalam hal-hal sedemikian, nilai syer atau kepentingan anggota itu hendaklah sama dengan jumlah wang yang sebenarnya dibayar oleh anggota itu untuk memperolehi syer atau kepentingan tersebut itu sebagaimana yang dinyatakan di bawah subperaturan 7(1) Peraturan. |
b. |
(2) Tiap-tiap anggota Muslim hendaklah dengan cara yang sama seperti yang diperuntukkan dalam fasal (1) Undang-undang kecil ini menamakan seorang wasi dari kalangan waris-waris terdekat yang mutlak tassarrufnya untuk menerima setelah dia mati wang-wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris-waris yang berhak mengikut hukum Islam dan hendaklah memberitahu Koperasi akan perubahan-perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu.
|
c. |
(3) Tertakluk kepada Undang-undang kecil 10, seseorang penama atau wasi bagi maksud subperaturan 7(3) Peraturan, bolehlah diterima menjadi anggota dan penama atau wasi yang demikian itu hendaklah dianggap telah menjadi anggota mulai tarikh anggota yang digantikannya itu diterima sebagai anggota. |
|
|
Penama
|
| |
|
|
| 14. |
a. |
(1) Liabiliti seseorang anggota terhadap hutang-hutang Koperasi ini sekiranya pendaftaran Koperasi ini dibatalkan hendaklah terhad kepada jumlah syer yang dimilikinya. |
b. |
(2) Liabiliti seseorang bekas anggota terhadap hutang-hutang Koperasi yang ada pada tarikh keanggotaannya terhenti hendaklah tidak berterusan lebih daripada dua tahun dari tarikh itu seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 35(1) Akta. |
c. |
(3) Harta pusaka seseorang anggota yang telah mati hendaklah menurut subseksyen 35(2) Akta, tidak bertanggungan bagi hutang-hutang Koperasi yang ada pada tarikh kematiannya itu lebih daripada dua tahun dari tarikh itu.
|
|
|
Liabiliti anggota
|
| |
|
|
| 15. |
Menurut peruntukan seksyen-seksyen 26, 27 dan 29 Akta, seseorang anggota akan hilang kelayakannya sebagai anggota jika dalam masa menjadi anggota dia: |
|
Hilang kelayakan sebagai anggota
|
| |
a. |
Hilang kewarganegaraan; atau
|
b. |
Hilang keupayaan dari segi mental; atau
|
c. |
Diisytiharkan bankrap; atau |
d. |
Disabitkan atas sesuatu kesalahan boleh daftar; atau |
e. |
Dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu; atau |
f. |
Tidak lagi bermastautin atau memiliki tanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi. |
|
|
| |
|
|
| 16. |
a. |
(1) Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab-sebab di bawah ini, mengikut mana yang berkenaan:
|
| |
|
| |
a. |
|
b. |
Menarik diri mengikut Undang-undang kecil 21; atau
|
c. |
Dibuang mengikut Undang-undang kecil 22; atau |
d. |
Meletakkan jawatan jika ianya sesorang kakitangan atau; |
e. |
Berhenti menjadi peneroka atau; |
f. |
Dipecat mengikut seksyen 22, Akta Tanah (Kawasan Penempatan Beramai-ramai), 1960 sebagaimana yang dipinda oleh Akta Tanah (Kawasan Penempatan Beramai-ramai [Pindaan] ), 1965 atau; |
g. |
Dipecat atau disuruh berhenti oleh majikan atau; |
h. |
Dibubarkan ataupun terbatal pendaftaran bagi koperasi yang menjadi anggota koperasi ini. |
|
| |
|
b. |
(2) Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang: |
| |
a. |
Didapati membuat ikrar palsu di bawah Undang-undang kecil 13; atau |
b. |
Menurut peraturan 11 Peraturan, hilang kelayakan sebagai anggota di bawah Undang-undang kecil 19; atau |
c. |
Terhenti keanggotaannya di bawah perenggan (c) dan (d) fasal (1) Undang-undang kecil ini. |
|
|
|
Terhenti menjadi anggota
|
| |
|
|
| 17. |
a. |
(1) Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab-sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam masa yang singkat. |
b. |
(2) Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya. |
c. |
(3) Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota. |
|
|
|
| |
|
|
| 18. |
a. |
(1) Jika seseorang anggota melanggar mana-mana peruntukan Undang-undang kecil ini atau melakukan mana-mana satu daripada perbuatan-perbuatan berikut: |
| |
a. |
Merujukkan pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang selain daripada Ketua Pendaftar; |
b. |
Membuat kenyataan dalam akhbar atau mana-mana media massa mengenai Koperasi ini tanpa kebenaran Lembaga; |
c. |
Membuat tuduhan palsu ke atas anggota lembaga atau anggota-anggota atau bekas anggota atau pekerja Koperasi ini sehingga menyebabkan anggota-anggota berpecah belah dan berpuak-puak; |
d. |
Memburuk-burukkan Koperasi sehingga mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan perniagaan Koperasi ini; atau |
e. |
Bertindak di luar etika mesyuarat agung sehingga menjejaskan perjalanan mesyuarat itu, dia hendaklah dianggap telah bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi ini dan bolehlah digantung keanggotaannya. |
|
b. |
(2) Keputusan untuk menggantung keanggotaan seseorang anggota boleh dibuat oleh lembaga hanya setelah anggota yang berkenaan itu diberitahu secara bertulis mengenai tuduhan yang jelas terhadapnya dan diberi peluang untuk menyatakan sebab-sebab mengapa keanggotaannya tidak boleh digantung. |
| c. |
(3) Tiap-tiap kes penggantungan hendaklah dibentangkan kepada mesyuarat agung perwakilan yang terawal dan dijadikan sebagai agenda pertama, dan anggota yang digantung keanggotaannya itu hendaklah diberitahu secara bertulis tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat, tentang tarikh, masa, tempat dan haknya untuk membela diri akan dijalankan di mesyuarat itu. |
d. |
(4) Sebelum mengesahkan atau mengetepikan penggantungan itu, mesyuarat agung perwakilan hendaklah mendengar penjelasan anggota yang digantung oleh Lembaga itu, jika dia memilih untuk memberi penjelasan, dan keanggotaannya tidak lucut melainkan jika mesyuarat agung perwakilan dengan undi dua pertiga daripada anggota yang hadir membuat keputusan membuangnya. |
e. |
(5) Sehingga perkara penggantungan keanggotaannya diputuskan oleh mesyuarat agung perwakilan, anggota yang berkenaan itu tidak mempunyai apa-apa hak dan kewajipan sebagai anggota melainkan hak menyuarakan hal penggantungan keanggotaannya itu di dalam mesyuarat agung. |
|
|
Pembuangan oleh mesyuarat agung perwakilan
|
| |
|
|
19. |
a. |
(1) Jika seseorang anggota terhenti daripada menjadi anggota Koperasi ini mengikut Undang-undang kecil 20, semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer miliknya setelah ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah: |
| |
a. |
Sekiranya dia dibuang, dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat; |
b. |
Sekiranya dia hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir bagi pusakanya atau tiada pemegang amanah bagi hartanya yang telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan; |
c. |
Sekiranya dia mati, dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya yang sah mengikut seksyen 24 Akta. Disyaratkan bahawa bagi seseorang anggota Muslim, pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada wakilnya yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya, wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau telah tidak dilantik; atau |
d. |
Sekiranya dia menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis; atau |
e. |
Sekiranya dia tidak lagi bermastautin atau mempunyai tanah atau bekerja dalam kawasan operasi, dikembalikan kepadanya dengan segera |
|
b. |
(2) Penyelesaian mengenai syer-syer seseorang yang terhenti keanggotaannya sebagaimana yang ditentukan dalam akaun teraudit terakhir Koperasi ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan Undang-undang kecil 54 dan 55. |
|
|
Penyelesaian wang anggota
|