Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
"...Kami juga telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang hebat dan pelbagai faedah lagi bagi manusia ..." Surah Al-Hadid,25

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 

PERMULAAN

 
1.
Undang-undang  Kecil  ini  bolehlah  dinamakan  Undang-undang  Kecil Koperasi  Permodalan Felda Berhad  dan hendaklah   mula  berkuatkuasa pada  tarikh  ianya didaftarkan  oleh Ketua Pendaftar
Tajuk dan mula berkuatkuasa

   
2.
Di  dalam  Undang-undang  Kecil  ini, melainkan  jika konteksnya menghendaki makna yang lain:
     
 
"Akta" ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat    kepadanya dari semasa ke semasa;
   

"Akta Tanah" ertinya Akta Tanah (Kawasan Penempatan Beramai-ramai), 1960 sebagaimana yang dipinda oleh Akta Tanah (Kawasan Penempatan Beramai-ramai (Pindaan) 1965.

   

"Anggota" termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang kecil ini selepas pendaftaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;

 

"Anggota eksekutif Lembaga" ertinya mana-mana orang yang dilantik sebagai anggota sepenuh masa Lembaga Koperasi ini dan terlibat dengan pentadbiran dan pengurusan harian urusan dan perniagaan Koperasi ini sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan 2 Peraturan;

 

"Aturan-aturan" ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi termasuklah skim simpanan khas atau skim pemberian pinjaman atau kemudahan kredit, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta, Peraturan, Undang-undang kecil dan kelulusan mesyuarat agung perwakilan;

 

“Deposit” ertinya wang yang didepositkan oleh anggota dan bukan anggota dengan Koperasi ini dalam satu akaun tetap atau akaun tabongan atau akaun deposit yang lain tetapi tidak termasuk syer atau yuran atau simpanan khas, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;

 

"Dividen" ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan   di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer atau modal yuran yang dipegang oleh mereka sebagaimana yang ditakrifkan di bawah  seksyen 2 Akta;

 

"Elaun" ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga atau seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi koperasi ini sebagai balasan kerana khidmat-khidmatnya yang diberikan kepada Koperasi ini secara tetap, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah subseksyen 46(3) Akta;

 

"FELDA" ertinya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Ordinan Kemajuan Tanah, 1956.

 

"Kakitangan" ertinya kakitangan yang dilantik secara tetap dan bekerja dengan Felda, syarikat-syarikat, perbadanan-perbadanan dan koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh Felda.

 

"Kawasan" ertinya sesuatu wilayah yang ditetapkan oleh Lembaga berdasarkan wilayah di dalam susunan pentadbiran Felda.

 

"Kesalahan boleh daftar" ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah-penjenayah dan Orang-orang  Tak Diingini 1969 sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;

 

"Ketua Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar Koperasi yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta dan termasuklah mana-mana Pendaftar apabila menjalankan kuasa-kuasa Ketua Pendaftar sebagaimana yang dianugerahkan kepadanya di bawah seksyen tersebut itu;

 

"Koperasi" atau "Koperasi ini" ertinya Koperasi Permodalan Felda Berhad;

 

"Kumpulan Felda" ertinya meliputi Felda, syarikat-syarikat,  perbadanan-perbadanan,  koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh Felda dan subsidiari yang dimiliki oleh syarikat-syarikat,  perbadanan-perbadanan,  koperasi-koperasi yang ditubuhkan oleh Felda.

   

"Lembaga" ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2, dibentuk menurut seksyen 42(a) serta tertakluk kepada seksyen 44 dan 45 Akta;

 

"Menteri" ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungjawabkan dengan pembangunan koperasi sebagaimana yang ditakrifkan di bawah peraturan 2 Peraturan;

 

"Pegawai" ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga dan termasuklah mana-mana orang lain yang diberikuasa oleh Peraturan atau Undang-undang kecil ini untuk memberikan arahan-arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;

 

"Peneroka" ertinya seseorang peserta rancangan tanah Felda dan telah menandatangani surat perjanjian penyertaan dalam rancangan dengan Felda.

 

"Peraturan" ertinya Peraturan-peraturan Koperasi 1995 yang dibuat di bawah Akta dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;

 

"Perlantikan" termasuklah apa-apa perlantikan atau perlantikan semula  melalui pemilihan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam seksyen 2 Akta;

 

“Perwakilan” ertinya wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat kawasan anggota-anggota  Koperasi ini, bagi menghadiri mesyuarat agung perwakilan sebagaimana yang ditakrifkan di dalam seksyen 2 Akta;

 

“Perwakilan ganti” ertinya wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat kawasan anggota-anggota  Koperasi ini sebagai perwakilan ganti, bagi menghadiri mesyuarat agung perwakilan sekiranya seseorang perwakilan hilang hak perwakilan kerana berhenti menjadi anggota atau menarik diri menjadi perwakilan atau berpindah kawasan;

 

"Prinsip-prinsip koperasi" termasuklah:

 
 
a. Keanggotaan sukarela dan terbuka;
b. Kawalan secara demokratik oleh anggota;
c. Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi;
d. Kebebasan dan otonomi;
e. Pendidikan, latihan dan maklumat;
f. Berkerjasama diantara koperasi-koperasi; dan
g. Prihatin terhadap masyarakat.
 

“Sabitan" termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;

 

"Simpanan khas" ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan Koperasi ini dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan itu untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan  di bawah Peraturan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta, dan tertakluk Undang-undang kecil ini;

“Subsidiari” ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh Koperasi ini, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang  oleh Koperasi ini, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu;

 

"Syer" ertinya bahagian dalam modal syer bagi Koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;

 

"Tribunal” ertinya tribunal yang ditubuhkan di bawah seksyen 83 Akta;

 

"Undang-undang kecil" ertinya Undang-undang kecil ini dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar kepada Undang-undang kecil ini;

 

"Wang berlebihan" ertinya wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh Koperasi ini bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar Koperasi  ini  tanpa menjejaskan pengendalian perniagaannya sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta;

 
“Wakil”  maknanya seseorang yang dilantik mewakili ahli Koperasi yang berbentuk koperasi peneroka,  koperasi kakitangan
 

"Yuran" ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaan dalam Koperasi ini dan boleh dikeluarkan apabila tamat keanggotaannya, sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta.

   

Perkataan-perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing-masing  hendaklah meliputi tunggal dan jamak, dan perkataan yang bererti jenis lelaki hendaklah meliputi jenis perempuan.

   
 
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |