Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Firman Allah Taala "Sungguh bahagialah orang-orang mukmin, yang khusyuk didalam solatnya" (AlMukminun:1-2)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
1.
Siapakah yang layak menjadi anggota?
 
Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelakuan baik
 
Koperasi-koperasi peneroka Felda
 
Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas dan isteri
 
Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi ahli Koperasi sebelum bersara
 
Koperasi-koperasi kakitangan Felda
 
2.
Apakah Keistimewaan melabur didalam KPF?
 
Pulangan stabil dan menguntungkan menerusi pelaburan dalam aktiviti syarikat-syarikat kumpulan Felda yang berkembang pesat
 
Pelaburan selamat kerana dikendalikan oleh tenaga pengurusan profesional
 
Pelaburan mudah dan boleh dibuat melalui potongan paysheet, potongan gaji dan pembelian tunai
 
KPF membayar zakat perniagaan
 
3.
Bagaimana cara untuk menambah pelaburan?
 
Penambahan syer boleh dibuat melalui borang KPF1 manakala bagi potongan bulanan bagi peneroka, isteri peneroka, kakitangan dan isteri kakitangan borang K.P.004 perlu diisi
   
Nota : Sila muat turun borang yang boleh didapati secara online.
 
4.
Bagaimanakah perkiraan dividen dibuat?
 
Dividen dibayar mengikut tempoh pemegangan saham dalam tahun tersebut berasaskan baki minimum pada tiap-tiap bulan
 
Baki minimum saham dikira dengan mengambil kira pembelian hanya pada 1 haribulan dan dikurangi dengan jumlah pengeluaran dalam bulan berkenaan
 
Manakala pembelian selepas 1 haribulan akan ditambah kedalam baki minimum bulan berikutnya
 
5.
Bilakah Sijil Saham boleh dijual?
 
Sijil saham boleh dijual kepada KPF selepas satu tahun dimiliki. Permohonan jualan boleh dikemukakan melalui pejabat rancangan atau terus kepada pejabat KPF
 
6.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Sijil Saham KPF hilang?
 
Buat laporan polis
 
Salinan laporan polis hendaklah dikemukakan kepada setiausaha agung KPF bersama surat pengakuan yang anggota memperakukan sijil itu tidak pernah diurusniagakan dan akan mengembalikan sijil asal jika dijumpai semula
 
Surat pengakuan hendaklah disahkan oleh Pengurus Rancangan bagi peneroka/badan peneroka. Kakitangan pula hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing
 
 
 

 

 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |