Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Firman Allah Taala "Sungguh bahagialah orang-orang mukmin, yang khusyuk didalam solatnya" (AlMukminun:1-2)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
PERGABUNGAN
   
1. 

Pergabungan sukarela di antara koperasi berdaftar

   
 

Sesuatu koperasi berdaftar boleh bergabung dengan koperasi-koperasi berdaftar lain tertakluk kepada prosedur berikut:

   
 
a. 
sebelum sesuatu koperasi berdaftar memutuskan perihal pergabungan, Ketua Pendaftar hendaklah diminta pendapatnya untuk menentukan kemungkinan atau sebaliknya pergabungan tersebut;
 
b. 
tiap-tiap koperasi yang berhasrat untuk bergabung hendaklah mengambil suatu resolusi di suatu mesyuarat agung yang mempersetujui pergabungan itu dan menetapkan tarikh berkuatkuasanya pergabungan tersebut;
 
c. 
tiap-tiap anggota koperasi hendaklah diberitahu mengenai resolusi itu, dan hendaklah diminta untuk menyatakan secara bertulis persetujuannya ataupun sebaliknya kepada cadangan pergabungan itu dan pemindahan aset dan liabilitinya dalarn koperasi itu kepada koperasi gabungan yang dicadangkan itu dalam borang yang ditetapkan dalain Jadual IV;
 
d. 
sekurang-krangnya tiga perempat daripada jumlah keanggotaan pada tarikh resolusi itu hendaklah menyetujui pergabungan itu;
 
e. 
bagi maksud pergabungan, aset-aset anggota adalah terdiri daripada
 
i. 
syer atau yuran;
 
ii. 
baki keuntungan yang belum dibahagikan pada hari sebelum tarikh pergabungan itu; dan
 
iii. 
kumpulan wang penyamaan dividen;
 
f. 
semua penghutang, penjamin dan penggerenti hendaklah diberitahu tentang resolusi untuk bergabung itu dan hendaklah diminta menyatakan secara bertulis persetujuan mereka atau pun sebaliknya mengenai pemindahan liabiliti mereka dalam koperasi itu kepadakoperasi gabungan;
 
g. 
jika penjamin dan penggerenti membantah pemindahan liabiliti mereka, penghutang hendaklah mendapatkan penjamin dan penggerenti baru sebelum tarikh pergabungan di bawah perenggan (b);
 
h. 
jika seseorang penghutang membantah kepada pemindahan liabilitinya kepada koperasi gabungan, penghutang itu hendaklah menyelesaikan semua hutangnya kepada koperasi itu dalam tempoh yang munasabah tidak melewati tarikh pergabungan itu;
 
i. 
semua pemiutang hendaklah diberitahu mengenai cadangan pergabungan itu dan hendaklah diminta menyatakan secara bertulis persetujuan merekaatau sebaliknya mengenai pemindahan liabiliti koperasi itu yang kena dibayar kepada mereka oleh koperasi gabungan itu. Jika bantahan dibangkitkan, sesuatu senarai pemiutang yang membantah itu dan amaun yang kena dibayar kepada mereka hendaklah disediakan;
 
j. 
akaun semua koperasi yang terlibat dalam pergabungan itu hendaklah ditutup sehari sebelum tarikh berkuatkuasa pergabungan itu dan akaun-akaun ini hendaklah diaudit dengan sewajamya dalam tempoh tidak melebihi enam bulan dari tarikh pergabungan itu;
 
k. 
walau apa pun perenggan (j), Ketua Pendaftar boleh, atas permohonan mana-mana koperasi yang terlibat dalam pergabungan itu, melanjutkan tempoh tersebut kepada suatu tempoh lain sebagaimana yang difikirkannya patut;
 
l. 
segala aset dan liabiliti hendaklah dipindahkan kepada koperasi gabungan pada tarikh pergabungan itu tetapi, sebelum aset dan liabiliti tersebut dipindahkan, peruntukan hendaklah dibuat bagi mengembalikan kesemua wang yang kena dibayar kepada pemiutang dan anggota yang menentang selepas ditolak apa-apa wang yang kena dibayar oleh mereka kepada koperasi;
 
m. 
apa-apa perbezaan nilai sebagaimana yang ditunjukkan dalain akaun yang teraudit dengan sempumanya dan aset dan liabilitinya yang dipindahkan pada tarikh pergabungan itu hendaklah diambilkira dan pelarasan hendaklah dibuat seterusnya;
 
n. 
pengembalian wang yang kena dibayar kepada anggota yang menentang itu hendaklah tidak terrnasuk syer bonus hasil daripada apa-apa penilaian semula aset tetap koperasi itu. Syer bonus tersebut hendaklah dipindahkan kepada koperasi gabungan dan hendaklah dipegang sebagai amanah bagi pihak anggota yang menentang itu sehingga syer bonus itu dipindahkan kepada anggota koperasi gabungan itu;
 
o. 
syer bonus yang dipegang sebagai amanah dibawah perenggan (n) hendaklah layak kepada apa-apa dividen yang diisytiharkan dan bolehlah dibayar oleh koperasi gabungan itu;
 
p. 
koperasi-koperasi yang bergabung adalah terhenti wujud pada tarikh pergabungan itu dengan syarat bahawa koperasi-koperasi ini hendaklah terus melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menyelesaikan proses pergabungan yang belum selesai pada tarikh pergabungan itu; dan
 
q. 
koperasi gabungan yang terhasil itu hendaklah dianggap telah mengambil alih, pada tarikh pergabungan itu, aset, hak dan liabiliti koperasi-koperasi yang bergabung itu.
       
     
  keatas
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |