| |
|
|
|
|
1. |
Juruaudit koperasi berdaftar dan tugas juruaudit. |
| |
|
|
|
|
| |
1.1 |
Tiap-tiap koperasi berdaftar yang akaun-akaunnya diaudit oleh Ketua Pendaftar hendaklah membayar fee audit tersebut sebagaimana yang ditetapkan olehnya. |
| |
|
|
| |
1.2 |
Koperasi berdaftar yang bercadang untuk menggunakhidmat perkhidmatan seseorang juruaudit yang diluluskan di bawah subseksyen 61(1) Akta hendaklah memastikan bahawa- |
| |
|
|
|
|
| |
|
a. |
juruaudit tersebut adalah dari panel firma juruaudit yang diluluskan oleh mesyuarat agung; dan |
| |
|
b. |
suatu suratcara perlantikan yang sepatutnya disempurnakan yang menetapkan tempoh perlantikan itu, fee, skop pengauditan dan apa-apa perkara lain yang relevan. |
| |
|
|
| |
1.3 |
Koperasi berdaftar itu hendaklah menyediakan suatu senarai buku dan dokumen yang diserahkan kepada juruaudit dan dibawa keluar dari premis koperasi. Satu salinan senarai tersebut, yang di atasnya juruaudit hendaklah memperakui penerimaan buku dan dokumen itu, hendaklah disimpan oleh koperasi berdaftar itu. |
| |
|
|
| |
1.4 |
Koperasi berdaftar itu hendaklah memberitahu Ketua Pendaftar tentang perlantikan juruaudit dengan mengemukakan satu salinan suratcara perlantikan yang dimaksudkan dalam perenggan 2(b) |
| |
|
|
| |
1.5 |
Ketua Pendaftar hendaklah pada bila-bila masa mempunyai akses kepada nota-nota kerja audit juruaudit yang dilantik itu. |
| |
|
|
| |
1.6 |
Menurut subseksyen 58(3) Akta, juruaudit koperasi berdaftar hendaklah melaporkan kepada Ketua Pendaftar mana-mana koperasi, yang dia adalah juruauditnya, yang belum menyerahkan akaun perdagangan dan untungrugi dan kunci kira-kira berserta dengan apa-apa dokumen lain, yang dikehendaki dikemukakan bagi maksud pengauditan, yang tidak diserahkan dalam tempoh lima belas hari setelah tamatnya tempoh dua bulan yang ditetapkan bagi penyediaan penyata dan dokumen yang dimaksudkan oleh subseksyen yang sama. |
| |
|
|
| |
1.7 |
Kegagalan koperasi berdaftar mematuhi tempoh yang ditetapkan dalam subperaturan (6) hendaklah dilaporkan kepada Ketua Pendaftar oleh juruaudit yang dilantik oleh koperasi berkenaan. |
| |
|
|
| |
1.8 |
Juruaudit sesuatu koperasi berdaftar hendaklah menyelesaikan audit koperasi berdaftar itu, yang dia adalah juruauditnya, dalam tempoh dua bulan selepas menerima akaun perdagangan dan untung rugi dan kunci kira-kira berserta dengan apa-apa dokumen lain koperasi itu yang dikehendaki bagi maksud pengauditan. |
| |
|
|
| |
1.9 |
Juruaudit sesuatu koperasi berdaftar hendaklah dengan serta-merta selepas selesai mengaudit dalam tempoh yang ditetapkan dalam subperaturan (8), mengemukakan kepada Ketua Pendaftar laporan pengurusan juruaudit sesuatu koperasi berdaftar. |
| |
|
|
| |
1.10 |
Menurut subseksyen 63(1) Akta, juruaudit koperasi berdaftar hendaklah melaporkan apa-apa luar aturan dalam akaun dan rekod relevan yang lain koperasi itu kepada Ketua Pendaftar dengan serta merta. |
| |
|
|
| |
1.11 |
Menurut subseksyen 59(2) Akta, Ketua Pendaftar boleh, bagi membolehkannya memberi pandangan yang sepatutnya mengenai akaun dan kunci kira-kira koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, meminta sesuatu koperasi berdaftar memberi maklumat dan dokumen tambahan kepadanya. |
| |
|
|
|
|
2. |
Kuasa-kuasa juruaudit. |
| |
|
|
| |
|
Tiap-tiap juruaudit hendaklah pada setiap masa mempunyai akses kepada rekod perakaunan dan rekod-rekod lain termasuk daftar koperasi berdaftar itu dan berkuasa- |
| |
|
a. |
memanggil, pada masa dia mengaudit, mana-mana pegawai atau bekas pegawai, ejen, pengkhidmat atau anggota koperasi yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai boleh memberi maklumat material berkenaan dengan apa-apa transaksi koperasi itu atau pengurusan hal-ehwal dan perniagaannya; dan |
| |
|
b. |
meminta dikemukakan apa-apa buku atau dokumen berkaitan dengan hal-ehwal dan pemiagaan koperasi itu, atau apa-apa wang tunai atau sekuriti kepunyaan koperasi berdaftar itu oleh mana-mana pegawai atau bekas pegawai, ejen, pengkhidmat atau anggota koperasi yang memiliki buku, dokumen, wang tunai atau sekuriti tersebut, di tempat dan masa seperti yang ditentukan olehnya. |
| |
|
|
|
|
3. |
Buku, akaun dan penyata kewangan. |
| |
|
|
|
|
| |
3.1 |
Menurut seksyen 58 Akta, sesuatu koperasi berdaftar menyimpan buku, akaun dan rekod tertentu sebagaimana, dari semasa ke semasa, yang ditetapkan atau diluluskan oleh Ketua Pendaftar dan hendaklah mengemukakan suatu penyata kewangan tiap-tiap tahun dalam bentuk dan cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar. |
| |
|
|
| |
3.2 |
Suatu senarai terperinci butir-butir perbelanjaan Lembaga dan bayaran kepada atau bagi pihak anggota individu Lembaga dan jawatankuasa hendaklah dimasukkan dalam nota kepada akaun untungrugi koperasi berdaftar itu. |
| |
|
|
| |
3.3 |
Menurut subseksyen 58(4) Akta, semua rekod tersebut yang disebutkan dalam subperaturan (1) hendaklah disimpan oleh koperasi selama enam tahun selepas diaudit. |
| |
|
|
| |
3.4 |
Bagi maksud peraturan ini, penyata kewangan adalah termasuk akaun perdagangan dan akaun untungrugi, akaun pembahagian, kunci kira-kira dan penyata sumber dan penggunaan wang koperasi berdaftar itu. |
| |
|
|
|
|
4. |
Pandangan Ketua Pendaftaran mengenai laporan Lembaga. |
| |
|
|
|
|
| |
4.1 |
Akaun dan kunci kira-kira yang dikemukakan kepada Ketua Pendaftar menurut subseksyen 59(2) Akta hendaklah disertakan bersama-sama dengan salinan laporan yang disebutkan dalam perenggan 59(1)(c) Akta dan Ketua Pendaftar boleh memberi pandangan sebagaimana difikirkannya patut mengenai laporan itu. |
| |
|
|
| |
4.2 |
Pandangan tersebut, jika ada, hendaklah dibentangkan, bersama-sama dengan pandangan yang disebutkan dalam perenggan 59(1) (e) Akta dan akaun dan kunci kira-kira yang berkaitan dengannya, di mesyuarat agung tahunan koperasi berdaftar itu yang diadakan menurut seksyen 39 Akta selepas berakhirnya tahun kewangan yang akaun dan kunci kira-kira itu dibuat. |
| |
|
|
| |
4.3 |
Mana-mana pandangan Ketua Pendaftar yang disebutkan dalam subperaturan(l) dan (2) dan perenggan 59(1)(e) Akta diterima oleh koperasi berdaftar hanya selepas akaun dan kunci kira-kira dan laporan yang berkaitan dengannya telah dibentangkan di mesyuarat agung tahunan, pandangan tersebut hendaklah dibentangkan di mesyuarat agung tahunan berikutnya bersama-sama dengan akaun dan kunci kira-kira dan laporan bagi tahun kewangan berikutnya dan pandangan Ketua Pendaftar mengenainya. |
| |
|
|
|
|
5. |
Perlantikan juruaudit oleh Jawatankuasa Audit Dalaman. |
| |
|
|
| |
5.1 |
Jika, menurut perenggan 49(1)(b) Akta, Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar melantik orang yang kompeten untuk memeriksa akaun koperasi itu, perbelanjaan yang ditanggung berkenaan dengan perlantikan dan pemeriksaan tersebut hendaklah diluluskan oleh mesyuarat agung. |
| |
|
|
| |
5.2 |
Orang yang dilantik di bawah subperaturan (1) hendaklah bukan orang yang sama yang perkhidmatannya telah atau akan digunakhidmat untuk mengaudit akaun koperasi berdaftar itu menurut subseksyen 60(1) Akta. |
| |
|
|
| |
5.3 |
Fee yang dibayar kepada mana-mana orang yang dilantik dibawah subperaturan (1) hendaklah dilaporkan kepada mesyuarat agung. |
| |
|
6. |
Pandangan Ketua pendaftar dan perakuan-perakuan Jawatankuasa Audit Dalaman. |
| |
|
|
| |
6.1 |
Apa-apa pandangan tambahan Ketua Pendaftar selain daripada apa-apa pandangan yang telah diberi atas akaun semasa yang telah diaudit hendaklah dibentangkan ke mesyuarat agung yang berikutnya atau pun mana-mana mesyuarat agung khas yang diadakan sebelum mesyuarat agung berikutnya. |
| |
|
|
| |
6.2 |
Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah bersidang dan membuat syornya tidak kurang daripada dua kali tiap-tiap tahun dalam mana-mana koperasi berdaftar dan laporan-laporan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar. |
| |
|
|
|
|
| |
|
|
|
keatas |