Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Sabda Rasulullah saw "Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang" (Bukhori dan Muslim)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
HARTA DAN WANG KOPERASI BERDAFTAR
       
1. 
Kuasa mengeluarkan pinjaman kepada pekerja.
       
 
1.1 
Kuasa mengeluarkan pinjaman kepada pekerja.
     
 
1.2 
Jika koperasi berdaftar meluluskan untuk mernberi apa-apa Pinjaman kepada pekerjanya dibawah perenggan 51(1)(b) Akta, koperasi berdaftar itu hendaklah memberitahu Ketua Pendaftar secara bertulis mengenai kelulusan tersebut dalam masa satu bulan dari tarikh kelulusan itu dan sebelum pemberian pinjaman itu.
     
 
1.3 
Pemberian pinjaman kepada pekerja hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua pendaftar.
     
 
1.4 
Koperasi berdaftar boIeh meneruskan pemberian pinjaman kepada pekerja jika-
       
   
a. 
Ketua Pendaftar memberitahu koperasi berdaftar itu bahawa dia tidak berhasrat menetapkan apa-apa syarat; atau
   
b. 
dalam masa satu bulan selepas dimaklumkan di bawah subperaturan (1). Ketua Pendaftar tidak menetapkan apa-apa syarat.
       
2. 
Keluaran bon atau debentur.
       
   

Penerbitan bon atau debentur oleh koperasi berdaftar hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar.

       
3. 
Syer tidak oleh disandarkan sebagai cagaran
       
   

Syer-syer koperasi berdaftar tidaklah boleh disandarkan kepada koperasi itu oleh anggotanya sebagai cagaran bagi sesuatu pinjaman.

       
4. 
Dividen.
       
   

Kadar dividen yang dibayar atas syer-syer atau yuran-yuran oleh sesuatu koperasi berdaftar hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus setahun kecuali dengan kelulusan Ketua Pendaftar.

       
5. 
Keuntungan modal dan syer bonus.
       
 
5.1 
Koperasi berdaftar yang buku-buku dan rekod-rekodnya yang, pada pendapat Ketua Pendaftar, disenggarakan dengan memuaskan boleh, dalam mesyuarat agungnya, mengisytiharkan dan mengeluarkan syer bonus di bawah mana-mana peruntukan relevan seksyen 55 Akta-
       
   
a. 
kepada anggota yang namanya ada dalam daftar anggota pada tarikh pengisytiharan syer bonus itu; dan
   
b. 
berasaskan kepada syer-syer yang dipegang oleh tiap-tiap anggota pada masa dua belas bulan sebelum tarikh pengisytiharan syer bonus itu dan dalam hal penerbitan semula daripada syer bonus yang ditebus semula, dua belas bulan sebelum tarikh pengngisytiharaan itu.
       
6. 
Simpanan khas, deposit atau pinjaman.
       
   
a. 
menyatakan dalam undang-undang kecilnya, skim berhubungan dengan simpanan khas anggota atau deposit atau pinjaman daripada anggota atau yang bukan anggota;
   
b. 
menyatakan terma dan syarat tiap-tiap skim dalam suratcara berasingan;
   
c. 
mengemukakan suratcara skim itu kepada mesyuarat agung untuk kelulusan; dan
   
d. 
mengemukakan suratcara yang diluluskan kepada Ketua Pendaftar dalam masa satu bulan selepas diluluskan.
       
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |