Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Sabda Rasulullah saw "Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia tidak termasuk golonganku" (Bukhori dan Muslim)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 

ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI-KOPERASI BERDAFTAR

   
1. 

Fungsi mesyuarat agung.

 
 
1.1 
Tertakluk kepada subperaturan (2), fungsi-fungsi mesyuarat agung koperasi berdaftar hendaklah termasuk yang berikut:
         
   
a. 
mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang terdahulu dan mana-mana mesyuarat agung khas yang berselang;
   
b. 
menimbang laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman, dan pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun teraudit dan laporan Lembaga koperasi;
   
c. 
menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit koperasi berdaftar dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, bersama dengan laporan juruaudit;
   
d. 
memilih anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;
   
e. 
menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan datang;
   
f. 
meluluskan elaun-elaun kepada anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman dan saraan kepada anggota lembaga yang dilantik sebagai pengarah subsidiari atau subsidiari-subsidiari koperasi itu, jika ada;
   
g. 
meluluskan perlantikan suatu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua firma audit untuk mengaudit akaun-akaun;
   
h. 
menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan yang dibiayai oleh wang berlebihan koperasi;
   
i. 
menentukan had maksimum keterhutangan;
   
j. 
melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang anggota atau perwakilan dan empat orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan;
   
i. 
menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan.
   
k. 
mengisytihar atau menerbitkan syer-syer bonus;
   
l. 
mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain koperasi yang suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan;
   
m. 
menimbang danmeluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi;
   
n. 
mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan kepada koperasi berdaftar itu, yang dikemukakan oleh anggota yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga;
   
o. 
meluluskan apa-apa perbelanjaan bagi perlantikan orang-orang yang kompeten untuk membantu Jawatankuasa Audit Dalaman; dan
   
p. 
menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan menurut Peraturan-Peraturan ini, jika ada.
         
 
1.2 
Fungsi-fungsi di bawah perenggan (1)(a). (b), (c.), (d) dan (e) hendaklah diputuskan oleh mesyuarat agung tahunan.
         
Kuorum bagi mesyuarat agung.
         
 
2.1 
Tertakluk kepada yang berikut, kuorum bagi mesyuarat agung dan mesyuarat agung khas sesuatu koperasi berdaftar bagi apa-apa maksud selain daripada bagi meminda undang-undang kecil adalah seperti berikut:
         
   
a. 
Kuorum bagi koperasi asas yang dihadiri oleh anggota individu hendaklah tertakluk kepada kategori yang ditetapkan dalam Jadual VI, mengikut mana-mana yang kurang; atau
   
b. 
Kuorum bagi suatu koperasi berdaftar yang dihadiri oleh perwakilan hendaklah tidak kurang daripada satu pertiga perwakilan.
         
 
2.2 
Sesuatu mesyuarat agung khas yang tidak boleh bersidang kerana ketiadaan kuorum pada tarikh asal ("tarikh yang ditetapkan") hendaklah-
         
   
a. 
jika dipanggil oleh Lembaga, atau atas rekuisisi anggota atau perwakilan menurut subseksyen 40(1) Akta, dibatalkan; atau
   
b. 
jika dipanggil menurut subseksyen 40(2) Akta, ditunda ke suatu tarikh lain yang tidak kurang daripada empat belas hari tetapi tidak lebih daripada tiga puluh hari dari tarikh yang ditetapkan dan apa-apa bilangan anggota atau perwakilan yang tidak kurang daripada dua kali ganda bilangan anggota Lembaga, yang hadir pada tarikh lain itu hendaklah disifatkan membentuk suatu kuorum:
         
    Dengan syarat bahawa
         
     
i. 
notis berkenaan penundaan hendaklah diposkan kepada semua anggota atau pewakilan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh yang ditetapkan;
     
ii. 
perkara-perkara yang dicadangkan bagi mesyuarat yang ditunda itu hendaklah dibincang pada mesyuarat yang diadakan pada tarikh lain itu; dan
     
iii. 
keputusan yang dibuat dengan undi dua pertiga anggota atau perwakilan yang hadir dan layak mengundi hendaklah terpakai.
 
2.3 
Walau apa pun perenggan (1)(a) Ketua Pendaftar boleh, dengan perintah secara bertulis, atas permohonan suatu koperasi asas yang tidak tertakluk kepada perenggan 37(a) Akta, menetapkan apa-apa bilangan anggota yang difikirkan sesuai, tidak kurang daripada satu perdua puluh anggota sesuatu koperasi asas itu sebagai suatu kuorum bagi mesyuarat agungnya bagi menjalankan apa-apa urusan selain daripada meminda undang-undang kecil.
         
3. 
Belanjawan Tahunan.
         
 
3.1 
Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyediakan suatu belanjawan tahunan dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan dan hendaklah dikemukakan bagi kelulusan mesyuarat agung tabunan.
         
 
3.2 
Perbelanjaan koperasi berdaftar tidak boleh melebihi lima peratus daripada amaun yang diperuntukkan dalam belanjawan yang disediakan di bawah subperaturan (1) kecuali dengan kebenaran mesyuarat agung.
         
4. 
Urusan mesyuarat agung wilayah atau kawasan.
         
 
4.1 
Mesyuarat agung wilayah atau kawasan sesuatu koperasi berdaftar hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua tahun sekali iaitu satu bulan sebelum mesyuarat agung tahunan koperasi itu dan hendaklah menimbangkan yang berikut:
         
   
a. 
ringkasan-
   
i. 
draf akaun, atau
   
ii. 
akaun teraudit, jika ada, koperasi;
   
b. 
belanjawan tahunan untuk dibentangkan di mesyuarat agung tahunan koperasi;
   
c. 
cadangan pindaan kepada undang-undang kecil koperasi, jika ada;
   
d. 
melantik perwakilan ke mesyuarat agung tahunan koperasi; dan
   
e. 
usul-usul daripada Lembaga dan anggota koperasi, jika ada, untuk dikemukakan kepada koperasi tujuh hari sebelum mesyuarat.
         
 
4.2 
Koperasi berdaftar hendaklah menyediakan set-set yang mencukupi dokumen-dokumen berkaitan dengan perkara yang ditetapkan dalam subperaturan (1) yang perlu diedarkan kepada anggota yang menghadiri mesyuarat agung wilayah atau kawasan.
         
 
4.3 
Kuorum bagi mesyuarat agung wilayah atau kawasan sesuatu koperasi berdaftar hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil.
         
         
5. 
Perlantikan dan pengosongan jawatan anggota Lembaga.
         
 
5.1 
Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah memperuntukkan Perlantikan dan perkara-perkara berikut dalam undang-undang kecilnya:
   
a. 
sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan mereka tiap-tiap tahun di mesyuarat agung tahunan; dan
   
b. 
aturan yang ditetapkan dalam perenggan (a) hendaklah diulangi bergilir-gilir tiap-tiap tahun bagi dua pertiga anggota Lembaga yang selainnya supaya pada permulaan tahun ke empat atau lebih awal daripada itu, kesemua anggota Lembaga hendaklah telah mengosongkan jawatan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun sebelum itu;
         
   

Dengan syarat bahawa mana-mana anggota yang mengosongkan jawatannya di bawah subperaturan ini adalah layak untuk dilantik semula.

         
 
5.2 
Walau apa pun subperaturan (1), mesyuarat agung mempunyai kuasa untuk menamatkan Perlantikan kesemua atau mana-mana anggota Lembaga dengan syarat bahawa usul secara bertulis untuk menamatkan perlantikan anggota Lembaga itu telah diterima oleh koperasi sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat agung diadakan.
         
6. 
Butir-butir anggota Lembanga
         
 
6.1 
Suatu senarai anggota Lembaga yang mengandungi butir-butir seperti nama, alamat kediaman, nombor kad pengenalan, tarikh keanggotaan dan pekerjaan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar mengikut perenggan 14(a) Akta.
         
 
6.2 
Notis mengenai apa-apa perubahan tentang butir-butir anggota Lembaga itu hendaklah diberikan secara bertulis kepada Ketua Pendaftar dalam masa lima belas hari dari tarikh perubahan tersebut.
         
7. 
Pegawai atau pekerja menanggung rugi kerugian.
         
   

Seseorang anggota lembaga atau pekerja sesuatu koperasi berdaftar hendaklah menanggung rugi koperasi bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh koperasi akibat daripada suatu transaksi yang dilakukan olehnya tanpa kebenaran Lembaga.

         
         
8. 
Anggota eksekutif Lembaga.
         
 

Anggota eksekutif Lembaga mana-mana koperasi berdaftar hendaklah memegang jawatannya dengan syarat-

         
   
a. 
dia tidak memegang jawatan eksekutif dalam mana-mana koperasi berdaftar lain;
   
b. 
dia tidak memegang jawatan eksekutif dalam mana-mana subsidiari koperasi berdaftar yang dia adalah anggota eksekutif Lembaga subsidiari koperasi berdaftar itu; atau
   
c. 
dia tidak digunakhidmat sepenuh masa di tempat lain.
         
9. 
Penggantungan anggota Lembaga tertakluk kepada pengesahan atau pengetepian.
         
 
9.1 
Lembaga boleh menggantung mana-mana anggotanya jika suatu majoriti anggota Lembaga itu berpuas hati bahawa anggota tersebut telah bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan koperasi berdaftar atau pergerakan koperasi.
         
 
9.2 
Seseorang anggota Lembaga yang digantung dibawah subperaturan (1) hendaklah dengan segera berhenti daripada menjalankan segala hak dalam pengurusan atau pentadbiran hal-ehwal koperasi berdaftar itu.
         
 
9.3 
Apa-apa penggantungan di bawah subperaturan (1) hendaklah tertakluk kepada pengesahan atau atau majoriti anggota di mesyuarat agung yang terawal yang diadakan selepas penggantungan itu.
         
 
9.4 
Sebelum mengesahkan atau mengetepikan penggantungan itu, mesyuarat agung hendaklah mendengar penjelasan anggota yang digantung oleh Lembaga itu jika dia memilih untuk berbuat demikian.
         
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |