Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
KEWAJIPAN-KEWAJIPAN DAN KEISTIMEWAAN-KEISTIMEWAAN KOPERASI-KOPERASI BERDAFTAR
 
1. 
Undang-undang Kecil.
   
1.1 
Koperasi hendaklah memperuntukkan dalam undang-undang kecilnya perkara yang berikut:
       
 
a. 
nama dan alamat berdaftar koperasi itu;
 
b. 
kawasan operasinya;
 
c. 
tujuan koperasi itu ditubuhkan dan maksud-maksud yang wangnya boleh digunakan;
 
d. 
kelayakan yang diperlukan untuk menjadi anggota, terima penerimaan masuk anggota dan cara penggantungan dan pemecatan anggota;
 
e. 
hak dan liabiliti anggota;
 
f. 
cara modal boleh dikumpulkan;
 
g. 
cara perlantikan, pengosongan jawatan, penggantungan dan pemecatan pegawai koperasi, dan tugas dan kuasa pegawai tersebut;
 
h. 
cara memanggil dan menjalankan mesyuarat dan hak mengundi;
 
i. 
urusan am perniagaan koperasi itu;
 
j. 
pelupusan keuntungan; dan
 
k. 
pemberikuasaan kepada pegawai atau pegawai-pegawai untuk menandatangani dokumen bagi pihak koperasi itu.
   
1.2 
Koperasi boleh memasukkan dalam undang-undang kecilnya apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal dan perniagaannya.
 
2. 
Koperasi boleh memasukkan dalam undang-undang kecilnya apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal dan perniagaannya.
   
2.1 
Koperasi boleh, selepas pendaftarannya, meminda undang-undang kecilnya mengikut cara berikut:
       
 
a. 
tiap-tiap pindaan hendaklah dibuat menurut ketetapan yang diluluskan oleh suatu majoriti di mesyuarat agung koperasi berdaftar itu;
 
b. 
notis yang tidak kurang daripada lima belas hari sebelum mesyuarat agung itu hendaklah diberikan kepada anggota-anggotanya; dan
 
c. 
tidak kurang daripada dua pertiga daripada anggota atau perwakilan atau kedua-duanya koperasi berdaftar itu hendaklah hadir di mesyuarat agung tersebut.
   
2.2 
Walau apa pun subperaturan (1), Ketua Pendaftar boleh, dengan perintah secara bertulis, mengisytiharkan bahawa
       
 
a. 
dalam hal koperasi asas yang mesyuarat agungnya dihadiri oleh anggota individu hendaklah menurut kuorum yang ditetapkan dalam Jadual V, mengikut mana-mana yang kurang;
 
b. 
dalam hal koperasi berdaftar yang mesyuarat agungnya dihadiri oleh perwakilan, satu pertiga daripada jumlah perwakilan atau lima ratus perwakilan, mengikut mana-mana yang kurang, yang hadir di mesyuarat agung itu adalah mencukupi bagi meminda undang-undang kecil, tetapi tiada undang-undang kecil boleh dipinda di bawah subperaturan ini melainkan jika dua pertiga daripada anggota atau perwakilan yang hadir mengundi bersetuju dengan cadangan itu.
   
2.3 
Peruntukan subperaturan (2) tidaklah terpakai bagi koperasi menengah atau atasan atau koperasi asas yang wakil ke mesyuarat agungnya adalah melalui perwakilan
   
2.4 
Tiga salinan pindaan kepada undang-undang kecil dan satu salinan resolusi mesyuarat agung yang meluluskan pindaan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar sama-sama dengan borang permohonan yang ditetapkan dalam Jadual II. Permohonan tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengerusi dan dua anggota Lembaga dan hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
       
 
a. 
tarikh mesyuarat agung di mana pindaan itu diluluskan;
 
b. 
bilangan hari notis diberikan untuk memanggil mesyuarat agung itu;
 
c. 
jumlah bilangan anggota koperasi itu pada tarikh mesyuarat agung tersebut;
 
d. 
bilangan anggota atau perwakilan yang hadir di mesyuarat agung itu; dan
 
e. 
bilangan anggota atau perwakilan yang mengundi menyokong pindaan itu.
   
2.5 
Permohonan untuk mendaftarkan pindaan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar dalam masa tiga bulan dari tarikh mesyuarat agung di mana pindaan tersebut diluluskan.
   
2.6 
Jika Ketua Pendaftar meluluskan permohonan itu, dia hendaklah mendaftarkannya dan mengembalikan satu salinan pindaan itu bersama-sama dengan perakuan pendaftaran itu kepada pemohon.
       
3. 
Penama.
       
3.1 
Mana-mana anggota koperasi berdaftar yang bukan Muslim boleh secara bertulis, di hadapan sekurang-kurangnya dua saksi yang mengakusaksikan perkara yang sama atau dengan suatu akuan yang dibuat sewajarnya, menamakan mana-mana orang yang kepadanya syer atau kepentingannya atau nilai syer atau kepentingannya itu atau apa-apa wang yang disebut dalam seksyen 24 Akta yang kena dibayar kepadanya boleh, dengan kematian anggota itu, dibayar atau dipindahkan menurut seksyen tersebut, dan boleh dengan cara yang sama, dari semasa ke semasa, membatalkan atau menukar penamaan tersebut. Dalam hal-hal sedemikian, nilai syer atau kepentingan anggota itu hendaklah dirupakan oleh sejumlah wang yang sebenamya dibayar oleh anggota itu untuk memperolehi syer atau kepentingan tersebut melainkan undang-undang kecil itu memperuntukkan cara pengiraan yang lain.
   
3.2 
Tiap-tiap koperasi berdaftar hendaklah menyimpan suatu daftar semua orang yang dinamakan itu.
   
3.3 
Penama boleh menjadi anggota koperasi itu jika dia diterima mengikut undang-undang kecil koperasi itu.
   
3.4 
Resit yang diberikan oleh seseorang yang belum dewasa atau penjaganya bagi apa-apa wang yang dibayar kepadanya oleh koperasi berdaftar adalah suatu pelepasan yang mencukupi kepada koperasi berdaftar itu.
       
4. 
Pelupusan hasil kepada atau melalui koperasi berdaftar.
       
4.1 
Tiap-tiap anggota koperasi pemasaran hendaklah menghantar serah kepada koperasi itu, di suatu tempat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga sejumlah artikel yang dihasilkan atau diperolehi olehnya, seperti yang ditetapkan dalam undang-undang kecil atau kontrek yang releven, untuk dilupuskan oleh koperasi itu.
   
4.2 
Mana-mana anggota yang dibuktikan atau diputuskan bersalah mengikut peruntukan seksyen 20 Akta kerana melanggar undang-undang kecil atau kontrek yang releven, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah membayar kepada koperasi itu sebagai gantirugi jumlah tertentu suatu jumlah wang yang ditaksirkan secara khusus atau ditentukan mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang kecil atau kontrak yang releven, dan jumlah wang tersebut hendaklan disifatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada koperasi itu.
       
5. 
Salinan catatan buku.
       
5.1 

Bagi maksud seksyen 16 Akta, suatu salinan apa-apa catatan dalam sesuatu buku koperasi berdaftar bolehlah diperakui melalui suatu akaun yang bertarikh dan ditandatangani oleh pengerusi atau setiausaha atau orang yang diberikuasa oleh koperasi berdaftar itu dan adalah suatu salinan benar catatan tersebut.

       
 
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |