Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Sabda Rasulullah saw "Celakalah orang yang memperbudakkan dirinya kepada wang dan harta. apabila diberi ia puas dan apabila tidak diberi ia gelisah" (Bukhori)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
PENDAFTARAN
     
1. 
Pemohonan pendaftaran.
   
1.1 
Tiap-tiap perrnohonan pendaftaran sesuatu koperasi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual I dan hendaklah ditandatangani menurut subseksyen 6(1) Akta.
 
1.2 
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan tiga salinanundang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan satu salinan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani menurut subseksyen 6(2) Akta.
 
1.3 
Jika permohonan atau undang-undang kecil yang dikemukakan itu tidak mematuhi Akta atau Peraturan-Peraturan ini, Ketua Pendaftar boleh memulangkannya kepada pemohon dan mengarahkan apa-apa pengubahan yang perlu dibuat kepadanya
 
1.4 
Apabila koperasi itu didaftarkan, ketiga-tiga salinan undang-undang kecil koperasi itu hendaklah tandatangani dan dimeteraikan oleh Ketua Pendaftar, yang satu daripadanya hendaklah dikembalikan kepada koperasi itu berserta dengan perakuan pendaftaran.
 
   
2. 
Maklumat tambahan sebelum pendaftaran.
   
 

Bagi maksud peraturan 3, Ketua Pendaftar boleh meminta pemohon memberi maklumat-maklumat tambahan yang berikut:

 
kepentingan ekonomi bakal anggota bagi penubuhan koperasi yang hendak didaftarkan itu;
 
dayamaju aktiviti yang hendak dijalankan oleh koperasi itu;
 
ada tidaknya modal yang meneukupi bagi memulakan operasi operasi itu; dan
 
ada tidaknya orang yang berkebolehan untuk mengarah dan mengurus hal-ehwal koperasi itu menurut undang-undang kecilnya.
     
 
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |