| |
|
1. |
Kuasa mengecuali. |
| |
|
|
|
|
| |
1.1 |
Menteri boleh melalui perintah, mengecualikan mana-mana koperasi berdaftar atau mana-mana kelas koperasi daripada mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini, atau mengarahkan Peraturan-Peraturan tersebut terpakai kepada mana-mana koperasi berdaftar atau kelas koperasi mulai dari suatu tarikh atau dengan pengubahsuaian sebagaimana yang ditentukannya. |
| |
|
|
|
|
2. |
Garis panduan dan surat arahan Ketua Pendaftar. |
| |
|
|
|
|
| |
2.1 |
Menurut subseksyen 3(4) Akta,Ketua Pendaftar boleh mengeluarkan garis panduan dan surat arahan selanjutnya dan hendaklah dipatuhi oleh pengurusan koperasi untuk memastikan pengurusan cekap koperasi berdaftar dan pemakaian yang sepatutnya Peraturan-Peraturan ini. |
| |
|
|
|
|
3. |
Serahan saman |
| |
|
|
|
|
| |
3.1 |
Saman yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar atau oleh seseorang yang diberikuasa untuk membuat siasatan di bawah seksyen 66 atau oleh seorang juruaudit di bawah seksyen 63 atau seorang pelikuidasi di bawah seksyen 75 Akta atau oleh juruaudit di bawah peraturan 28 hendaklah, jika dihantar kepada Pendaftar Mahkamah Sesyen, disampaikan oleh seorang pegawai Mahkamah. |
| |
|
|
|
|
4. |
Cara penyampaian saman. |
| |
|
|
|
|
| |
4.1 |
Saman yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai yang disebut dalam peraturan 44 boleh disampaikan sendiri atau melalui penghantar saman Mahkamah atau oleh mana-mana pegawai Jabatan Pembangunan Koperasi. |
| |
|
|
|
|
| |
4.2 |
Pegawai yang menyampaikan saman itu hendaklah, dalam semua hal yang saman telah disampaikan, mengendors atau menambah atau menyebabkan diendorskan atau ditambahkan kepada saman asal itu suatu penyata yang menyatakan tarikh dan waktu dan cara bagaimana saman itu disampaikan, dan nama, alamat dan pekerjaan orang, jika ada, yang mengenalpasti orang yang disampaikan saman itu dan menyaksikan penyerahan atau pemberian saman itu. |
| |
|
|
|
|
| |
4.3 |
Orang yang mengeluarkan saman boleh memeriksa pegawai yang menyampaikan saman itu dengan sumpah, atau menyebabkan dia diperiksa oleh Pendaftar Mahkamah Sesyen yang melaluinya ia disampaikan, dan boleh membuat siasatan selanjutnya tentang perkara tersebut sebagaimana yang difikirkannya patut, dan hendaklah memperakui sama ada saman itu telah dengan sempurnanya disampaikan atau memerintahkan supaya ianya disampaikan dengan cara yang difikirkannya patut. |
| |
|
|
|
|
5. |
Laporan oleh orang yang dilantik untuk mewakili koperasi berdaftar ke mesyuarat, seminar atau mana-mana forum |
| |
|
|
|
|
| |
5.1 |
Mana-mana orang yang telah dilantik untuk mewakili sesuatu koperasi berdaftar ke mana-mana mesyuarat, seminar atau mana-mana forum lain dengan perbelanjaan koperasi, di dalam atau di luar negara, hendaklah mengemukakan suatu laporan ringkas mengenai mesyuarat, seminar atau mana-mana forum lain yang dihadirinya kepada mesyuarat agung tahunan koperasi itu. Jika orang tersebut gagal mengemukakan laporan itu, dia hendaklah membayar ganti segala perbelanjaan yang telah ditanggung oleh koperasi untuk dia menghadiri mesyuarat, seminar atau forum tersebut. Koperasi boleh mendapat balik perbelanjaan tersebut daripada orang itu seolah-olah ianya suatu hutang yang kena dibayar olehnya kepada koperasi itu. |
| |
|
|
|
|
6. |
Masa bagi serah simpan dokumen dan memberi maklumat. |
| |
|
|
|
|
| |
6.1 |
Bagi maksud Akta dan Peraturan-Peraturan ini, tarikh penyerahsimpanan, pengemukaan atau pemberian dokumen atau maklumat adalah tarikh penerimaan dokumen atau maklumat itu oleh Ketua Pendaftar. |
| |
|
|
|
|
| |
6.2 |
Jika sesuatu dokumen atau maklumat itu, oleh atau di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan ini, perlu diserah simpan dengan atau diberikan kepada Ketua Pendaftar tetapi masa bila dokumen atau maklumat itu diserah simpan atau dikemukakan atau diberikan tidak dinyatakan, dokumen atau maklumat hendaklah diserah simpan, dikemukakan atau diberikan dalam masa satu bulan atau dalam tempoh seterusnya sebagaimana Ketua Pendaftar dalam keadaan khas membenarkannya, selepas berlakunya keadaan yang berkaitan dengan dokumen atau maklumat itu. |
| |
|
|
|
|
7. |
Resolusi koperasi yang tidak teratur dibatalkan. |
| |
|
|
|
|
| |
7.1 |
Apa-apa resolusi atau tindakan seseorang pegawai atau suatu Lembaga koperasi, atau sesuatu koperasi yang luar daripada matlamat atau skop koperasi itu sebagaimana yang ditakrifkan di dalam undang-undang kecilnya adalah tidak sah, dan Ketua Pendaftar boleh memerintahkan rekod resolusi atau tindakan tersebut dipotong dari rekod, koperasi itu. |
| |
|
|
|
|
8. |
Kesalahan-kesalahan am |
| |
|
|
|
|
| |
8.1 |
Adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini jika- |
| |
|
|
|
|
| |
|
a. |
sesuatu koperasi berdaftar atau pegawai, pekerja atau anggotanya abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau membelikan maklumat yang dikehendaki bagi maksud Peraturan-Peraturan ini oleh Menteri, Ketua Pendaftar atau seseorang yang diberikuasa bagi maksud tersebut oleh Menteri atau Ketua Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan; |
| |
|
b. |
sesuatu koperasi berdaftar atau pegawai, pekerja atau anggotanya membuat suatu penyata palsu atau memberi maklumat palsu; atau |
| |
|
c. |
sesuatu koperasi berdaftar atau pegawai, pekerja atau anggotanya melakukan atau menyebabkan dilakukan suatu perbuatan atau perkara yang dilarang oleh atau di bawah Peraturan-Peraturan ini. |
| |
|
|
|
|
| |
8.2 |
Tiap-tiap koperasi berdaftar, atau seseorang pegawai, pekerja atau anggota koperasi berdaftar atau mana-mana orang lain yang melanggar Peraturan-Peraturan ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya sebanyak seratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan. |
| |
|
|
|
|
9. |
Rayuan |
| |
|
|
|
|
| |
9.1 |
Melainkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Akta, tiada rayuan boleh dikemukakan terhadap apa-apa perintah yang dibuat oleh Ketua Pendaftar mengenai apa-apa perkara yang disebutkan dalam Akta atau Peraturan-Peraturan ini. |
| |
|
|
|
|
| |
|
|
|
|
10. |
Perwakilan kuasa kecualian |
| |
|
|
|
|
| |
10.1 |
Ketua Pendaftar boleh mewakilkan untuk menjalankan semua atau mana-mana kuasanya di bawah Peraturan-Peraturan ini kepada Pendaftar yang dilantik olehnya menurut subseksyen 3(2) Akta. |
| |
|
|
|
|
11. |
Pemasuhan dan kecualian. |
| |
|
|
|
|
| |
11.1 |
Kaedah-Kaedah berikut adalah dimansuhkan: |
| |
|
a. |
Kaedah-Kaedah Koperasi 1249; |
| |
|
b. |
Kaedah-Kaedah Koperasi (Akaun Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi) 1969; |
| |
|
c. |
Kaedah-Kaedah Koperasi (Pergabungan Keuntungan Modal dan Kumpulan Wang Pusat Koperasi) 1979; |
| |
|
d. |
Kaedah-Kaedah Koperasi Sabah; |
| |
|
e. |
Kaedah-Kaedah Koperasi Sarawak. |
| |
|
|
|
|
| |
11.2 |
Tertakluk kepada subseksyen 95(4) Akta, apa-apa daftar yang disimpan atau disenggara atau apa-apa kumpulanwang yang dipegang atau ditadbirkan mengikut Kaedah-Kaedah yang dimansuhkan hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada daftar atau kumpulanwang bersamaan di bawah Peraturan-Peraturan ini. |
| |
|
|
|
|
JADUAL V (PERATURAN 6)
| Jumlah Keanggotaan Sebuah Koperasi Berdaftar |
Kuorum |
Bahagian Jumlah Anggota |
Bilangan Anggota |
| 1000 ke bawah |
1/3 |
250 |
| 1001 hingga 3000 |
1/4 |
500 |
| 3001 hingga 6000 |
1/6 |
750 |
| 6001 ke atas |
1/8 |
1000 |
KUORUM BAGI MEMINDA UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI BERDAFTAR
JADUAL V1 (PERATURAN 13)
| Jumlah Keanggotaan Sebuah Koperasi Berdaftar |
Kuorum |
Bahagian Jumlah Anggota |
Bilangan Anggota |
| 1000 ke bawah |
1/3 |
250 |
| 1001 hingga 3000 |
1/4 |
375 |
| 3001 hingga 6000 |
1/8 |
500 |
| 6001 ke atas |
1/12 |
650 |
KUORUM BAGI MESYUARAT AGUNG DAN MESYUARAT AGUNG KHAS KOPERASI BERDAFTAR.
|
| |
|
|
|
keatas |