Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
"Maha Suci Allah yang telah menjadikan dilangit, orbit-orbit peredaran bintang, dan menjadikannya matahari serta bulan yang menerangi." Surah Al-Furqan,61

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
KUMPULAN WANG AMANAH PENDIDIKAN KOPERASI
   
1. 
Tafsiran
   

Dalam Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain-

     
    Jawatankuasa:
     

ertinya Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 38;

       
    Maktab Kerjasama
     

ertinya Maktab Kerjasama Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Maktab Kerjasama (Pemerbadanan) 1968;

       
    Pengerusi
      ertinya Pengerusi Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah peraturan 38;
       
    Tahun Kewangan
      ertinya tempoh dari hari pertama bulan Januari sehingga hari ke tiga puluh satu bulan Disember yang sama
       
2. 
Akaun Kumpulan Wang Amanah Pendidikan.
       
 
2.1 
Maka hendaklah diwujudkan suatu akaun amanah yang dikenali sebagai Akaun Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi (kemudian daripada ini dipanggil ‘Akaun Amanah') yang diletakkan di bawah kawalan Menteri.
       
   
a. 
bagi membiayai perbelanjaan berkenaan dengan kajian ke atas pergerakan-pergerakan koperasi;
   
b. 
bagi membiayai perbelanjaan untuk mengadakan seminar, persidangan atau mesyuarat koperasi, dan penyertaan koperator atau mana-mana orang lain yang dicalonkan oleh Jawatankuasa ke seminar, persidangan atau lawatan sarnbil belajar koperasi di peringkat antarabangsa; atau
   
c. 
bagi membiayai perbelanjaan untuk memajukan pendidikan koperasi dalam apa jua bentuk yang difikirkan relevan oleh Jawatankuasa.
       
3. 
Jawatankuasa Akaun Amanah.
       
 
3.1 
Bagi maksud menasihati Menteri mengenai pentadbiran Akaun Amanah, suatu Jawatankuasa hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada-
       
   
a. 
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan koperasi sebagai Pengerusi;
   
b. 
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi atau alternatifnya Timbalan Ketua Pengarah sebagai Timbalan Pengerusi;
   
c. 
Pengarah Audit dan Akaun Jabatan Pembangunan Koperasi sebagai Setiausaha;
   
d. 
Pengetua Maktab Kerjasama; dan
   
e. 
empat orang yang mewakili koperasi-koperasi yang dilantik oleh Menteri.
       
 
3.2 
Pengarah Audit dan Akaun Jabatan Pembangunan Koperasi hendaklah menyimpan akaun yang teratur dan rekod-rekod lain berkenaan dengan operasi Akaun Amanah itu dan hendaklah menyediakan penyata-penyata akaun bagi setiap tahun kewangan.
       
 
3.3 
Suatu mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipanggil oleh Pengerusi sekurang-kurangnya sekali setahun.
       
 
3.4 
Tiga orang anggota menjadi suatu kuorum.
       
 
3.5 
Tertakluk kepada subperaturan(6), semua keputusan di mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diluluskan dengan suatu undi majoriti biasa semua anggota Jawatankuasa yang hadir dan mengundi dengan syarat bahawa jika dalam apa-apa persoalan undi adalah sama banyak, Pengerusi mempunyai undi pemutus.
       
 
3.6 
Anggota Jawatankuasa yang disebutkan dalam subperenggan (l)(d) tidak mempunyai hak mengundi di mesyuarat Jawatankuasa.
       
 
3.7 
Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini,Jawatankuasa ini boleh menerima pakai prosedurnya sendiri berhubung dengan mesyuarat Jawatankuasa.
       
       
4. 
Caruman kepada Akaun Amanah.
       
 
4.1 

Caruman kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi adalah apa-apa jumlah wang sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri menurut subseksyen 57(2) Akta, dengan syarat bahawa caruman itu bolehlah juga dibuat kepada Tabung Amanah daripada derma-derma.

       
       
5. 
Pembayaran daripada Akaun Amanah.
       
 
5.1 
Semua pembayaran yang dibuat daripada Akaun Amanah hendaklah bagi maksud yang disebutkan dalam subperaturan 37(2) dan hendaklah dibuat dengan baucar-baucar yang disahkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan pembangunan koperasi.
       
 
5.2. 
Akaun Amanah hendaklah pada setiap masa disimpan secara kredit dan dalam apa hal keadaan sekalipun tidak boleh terlebih keluar.
       
       
6. 
Akaun dan audit Akta 125.
       
 
6.1 
Akaun-Akaun Amanah hendaklah diauditkan tiap-tiap tahun oleh Juruaudit Negara atau oleh seorang juruaudit, yang merupakan juruaudit syarikat yang diluluskan mengikut takrif Akta Syarikat 1965, yang dilantik oleh Jawatankuasa.
       
 
6.2 
Pada akhir tiap-tiap tahun kewangan, sebaik sahaja akaun-akaun itu diauditkan, Pengerusi hendaklah menyebabkan satu salinan penyata akaun tersebut dikemukakan kepada Menteri bersama dengan satu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit yang lain yang dilantik di bawah perenggan (1) mengenai apa-apa penyata akaun itu.
       
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |