Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Sabda Rasulullah saw "Sesiapa yang tidak menyukai sunnahku ia tidak termasuk golonganku" (Bukhori dan Muslim)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
KUMPULAN WANG PUSAT KOPERASI
   
1. 
Pentadbiran Kumpulan Wang Pusat Koperasi.
       
 
1.1 
Bagi maksud subseksyen 75(8) Akta, Ketua Pendaftar hendaklah mentadbir Kumpulan Wang Pusat Koperasi dengan melaburkan atau mendepositkan wang itu-
       
   
a. 
dalam mana-mana bank;
   
b. 
dalam mana-mana sekuriti Kerajaan Persekutuan atau kerajaan mana-mana Negeri;
   
c. 
dalam sekuriti-sekuriti berfaedah tetap yang diterbitkan di Malaysia dengan kebenaran Perbendaharaan, oleh mana-mana pihak berkuasa awam atau berkanun;
   
d. 
dalam mana-mana syer yang pertama kali diterbitkan yang diluluskan oleh Kerajaan;
   
e. 
dalam mana-mana koperasi yang menjalankan urusniaga bank; atau
   
f. 
dalam pembelian hartanah dan bangunan-bangunan
       
 
1.2 
Ketua Pendaftar boleh menggunakan Kumpulan Wang Pusat Koperasi dibawah subseksyen 75(8) Akta dan apa-apa pendapatan daripada pelaburan-pelaburan di bawah subperaturan (1) bagi manfaat dan pembangunan pergerakan koperasi, dan jika jumlah wang yang akan digunakan itu melebihi satu ratus ribu ringgit, kebenaran Menteri adalah diperlukan.
       
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |