Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu" (AliImran:185)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan & pelaburan warga felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias.

Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).

Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF.
   
KPF telah menjadi wadah simpanan dan pelaburan warga FELDA yang unggul. Penubuhannya juga adalah suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.
 
 
MISI

KPF mempunyai MISI untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan anggota dan meningkatkan nilai pelaburan mereka dalam syarikat FELDA. Berusaha untuk menggiatkan dan menggalakkan penyimpanan wang anggota melalui penyediaan kemudahan pelaburan. Mengamalkan tadbir urus koperasi yang baik, cekap, bermotivasi dan telus.
   
VISI

KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan warga FELDA yang terunggul.
   
 
Menggiat dan menggalakkan penyimpanan wang oleh anggota-anggota.
   
Mengadakan kemudahan-kemudahan simpanan dan aktiviti pelaburan yang diuruskan secara profesional.
   
Menjana pulangan yang konsisten, stabil lagi baik melalui usaha-usaha pelaburan
   
Meninggikan taraf ekonomi anggota hasil daripada kegiatan simpanan dan pelaburan.
   
 

 

 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |