Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
"...Kami juga telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang hebat dan pelbagai faedah lagi bagi manusia ..." Surah Al-Hadid,25

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 

Sepanjang tahun 2006 ekonomi negara terus mencapai pertumbuhan yang mampan dengan keluaran negara kasar mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.9%. Pertumbuhan sektor pertanian bertambah kukuh didorong oleh prestasi kukuh harga minyak sawit mentah dan  getah. Prestasi ini memberi kesan ke atas kestabilan pendapatan peneroka serta mendorong mereka meningkatkan simpanan dengan KPF.

Pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke 9 yang bermula secara berperingkat-peringkat mulai suku tahun keempat 2006, merancakkan lagi perkembangan ekonomi negara yang membuka ruang peningkatan aktiviti-aktiviti perniagaan berbagai sektor.

YBhg. Datuk Khamis Md. Som
Pengerusi Koperasi Permodalan Felda

PRESTASI 2006

Prestasi dan keupayaan KPF membayar dividen dan bonus pada purata 13.5% sejak ianya ditubuhkan 26 tahun yang lalu, terus mengangkat keyakinan serta dorongan kepada isteri dan anak-anak peneroka untuk menjadi anggota dan menambah modal syer.  Tahun 2006 menyaksikan jumlah anggota dan modal syer anggota bertambah masing-masing sebanyak 2.64% kepada 179,882 (2005:175,257) dan 25.06%  kepada  RM942.96juta (2005: RM754.03juta).

Jumlah pelaburan anggota yang diterima ialah sebanyak RM243.21juta (2005:RM180.0juta). Pertambahan ini disumbangkan melalui pemberian syer insentif dan pinjaman oleh Felda kepada peneroka iaitu sebanyak RM69.18juta dan RM28.25juta pula ialah penerbitan syer bonus 4.0% yang dipermodalkan ke akaun modal syer anggota. Caruman langsung anggota menyumbang sebanyak RM145.78juta (2005:RM108.15juta). Pertambahan modal syer ini telah melonjakkan purata pemilikan modal syer oleh Kumpulan Peneroka kepada RM4,391 (2005:RM3,479) iaitu peningkatan sebanyak 26.21%.

Tahun 2006 turut menyaksikan pertumbuhan pelaburan KPF sebanyak 22.2% kepada RM1.06billion (2005:RM0.86billion) melalui penambahan pelaburan usahasama dan pemilikian ekuiti dalam syarikat-syarikat luar yang berdaya maju seperti Superlon Worldwide Sdn. Bhd, Pantech Corporation Sdn. Bhd. dan PowerRoot Group Sdn. Bhd. Pelaburan-pelaburan ini memberi peluang kepada KPF untuk memiliki saham dalam syarikat-syarikat  pra-terbitan awam (Pre-IPO) sebelum ianya disenaraikan di Bursa Malaysia, dengan kos pelaburan yang rendah disamping meluaskan lagi skop pelaburannya.

Perkembangan ekonomi negara yang mampan telah memberi peluang KPF mengambil kesempatan dengan meneroka pelaburan baru dalam sektor hartanah disamping meningkatkan pelaburan terokaan modal, ekuiti persendirian (private equity), untukan persendirian (private placement) serta bergiat cergas dalam pelaburan sekuriti pasaran.

 

Selaras dengan pelan bisnes 5 tahun, untuk meningkatkan pertumbuhan asetnya KPF mula menerokai pelaburan hartanah melalui pembelian kompleks perniagaan dan pejabat 8 tingkat, Blok F5 Solaris Dutamas yang berharga RM35.01juta yang  terletak di Jalan Dutamas Off Jalan Duta, Kuala Lumpur. Pelaburan hartanah ini mampu memberikan pulangan sebanyak 8.5% setahun.Pelaburan KPF terus mampu mencatatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 28.14% iaitu daripada RM130.75juta pada tahun 2005 kepada RM167.52juta pada tahun ini.

Pada tahun kewangan 2006 ini juga KPF telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM125.61juta atau 24.23% lebih tinggi berbanding RM101.2juta pada tahun lalu. Hasil daripada pendapatan dan keuntungannya yang lumayan ini, KPF berkemampuan mengistihar bayaran 10.0% dividen dan 4.5% bonus.

 

Kompleks Solaris Dutamas di dalam proses pembangunan

PROSPEK DAN HALATUJU

Ekonomi negara dijangka terus berkembang baik. Pelaksanaan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Ke 9 yang telah bermula, menjadi pemangkin untuk merangsang iklim perniagaan yang baik.  Dengan modal syer anggota yang terus berkembang, ia menyediakan peluang KPF memperluaskan modal dan skop pelaburan di dalam syarikat-syarikat luar dan hartanah disamping terus menjadi pemegang ekuiti terbesar dalam Syarikat Kumpulan Felda.

Melalui perancangan yang rapi, disokong senario ekonomi global dan ekonomi serantau bagi tahun 2007, Anggota-anggota Lembaga dan pengurusan mampu terus membawa KPF mencapai hasrat yang disasarkan.


KPF terus mengembangkan portfolio pelaburannya keluar dari lingkungan Syarikat Kumpulan Felda dengan menceburi pelaburan hartanah, perladangan dan usahasama modal. Usaha untuk meningkatkan purata modal syer anggota terutama peneroka supaya mencecah RM10,000  terus diberi perhatian.

Saya dan Anggota Lembaga mengucapkan terima kasih kepada semua anggota KPF yang telah memberikan sokongan dengan meningkatkan simpanan sepanjang tahun lalu serta syabas kepada kakitangan KPF yang telah bertugas dengan cekap. Lembaga juga mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Felda dan Kumpulan Syarikat Felda di atas kerjasama dan peluang pelaburan yang telah mendatangkan keuntungan kepada KPF.

 

DATUK KHAMIS MD. SOM
Pengerusi
Koperasi Permodalan Felda Berhad

 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |