forex trading logo

 

 


Laman Utama Bahagian 3
Bahagian 3 Print
Undang-undang Kecil
 

MATLAMAT, TUJUAN DAN AKTIVITI

 

1.
Matlamat  Koperasi  ini  menurut subseksyen 4(1) Akta ialah  untuk  meningkatkan  kepentingan  ekonomi anggota-anggotanya mengikut Prinsip-prinsip koperasi.
  Nama

     
2.
Tujuan-tujuan utama Koperasi ini ialah seperti berikut:

 

  Tujuan

 
a.
Menggiat dan menggalakkan penyimpanan wang oleh anggota-anggota;
b.
Mengadakan kemudahan-kemudahan Pelaburan bagi wang-wang yang simpanan;
c.
Meninggikan taraf ekonomi anggota-anggota hasil daripada kegiatan simpanan dan pelaburan.
 
     
3. (1) Bagi  mencapai  matlamat yang tersebut di dalam Undang-undang kecil 6 amnya dan tujuan yang  tersebut   di  dalam  undang-undang  kecil 7 khasnya, Koperasi  bolehlah,  tertakluk  kepada  Peruntukan  Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:   Aktiviti-aktiviti

 
   
a.
Pelaburan
b.
Perladangan
c.
Pembangunan hartanah
d.
Pembalakan dan industri kayu-kayan
e.
Industri Perkilangan dan Perlancongan
f.
Perkhidmatan kredit
g.
Perkhidmatan agensi
h.
Perkhidmatan Pajak gadai
i.
Perkhidmatan kontrak
j.
Perniagaan imPort dan eksport
k.
Perniagaan Perlombongan dan kejuruteraan
l.
Operasi Pelabuhan, Perkapalan dan Pengangkutan
m.
Perkhidmatan Pergudangan. 
 
     
 

(2) Koperasi juga boleh menjalankan kegiatan-kegiatan berikut:

 
 
   
a.
Mengumpulkan wang dengan cara mengeluarkan syer, mendapatkan pinjaman, deposit dari anggota dan bukan anggota
b.
Membeli, memiliki, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan, sewa-menyewa, cagar-mencagar, pajak-memajak, gadai-menggadai, tanah, bangunan, gudang, kilang, ladang dan harta-harta alih atau tidak alih atau mendirikan bangunan dan pejabat bagi faedah Koperasi ini
c.
Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan di bawah seksyen 54 Akta
d.
Melabur modal dalam saham-saham, bon-bon, kertas-kertas dagangan, stok-stok, stok yang boleh tukar, saham debenture dan saham debenture yang boleh tukar syarikat-syarikat swasta dan awam
e.
Melabur saham dalam unit trust, tabong-tabong amanah, atau apa-apa jenis tabong atau mengendalikan unit trust, tabong-tabong amanah, pencen atau apa-apa jenis tabong yang ada dan diadakan dari semasa kesemasa khas untuk anggota-anggota dan dengan kebenaran Ketua Pendaftar
f.
Melabur modal dalam pasaran barangan atau apa-apa jenis barangan yang ada dan diadakan dari semasa kesemasa
g.
Melabur modal dalam perbadanan-perbadanan dan syarikat-syarikat Felda dan syarikat-syarikat lain
h.
Melabur modal dalam pasaran modal dan kewangan
i.
menyertai usahasama-usahasama, menubuhkan subsidiari-subsidiari dan melabur di dalamnya, menubuhkan anak Koperasi dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain
j.
Mengadakan khidmat-khidmat pelaburan atau khidmat     nasihat pelaburan bagi kemudahan anggota dan bukan anggota
k.
Memperolehi tanah untuk membuka Ladang-Ladang bagi diuruskan;
l.
Menjalankan usaha-usaha lain yang munasabah tertakluk kepada Undang-undang kecil dengan persetujuan Ketua Pendaftar
m.
Mengadakan subsidiari di bawah seksyen 19 Akta dengan kebenaran Ketua Pendaftar dan
 
     
 

(3) Bagi  melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah fasal (1) Undang-undang kecil ini, Koperasi boleh mendapatkan modal dengan cara mengumpul syer, yuran dan  simpanan  khas  daripada  anggota-anggota  dan  mendapatkan  deposit  atau pinjaman-pinjaman daripada anggota-anggota dan bukan anggota tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 50 Akta.

 
     
 
(4) Bagi mengendalikan sesuatu aktivitinya yang disebutkan di dalam fasal (1) itu, Lembaga hendaklah membuat aturan-aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh  mesyuarat agung perwakilan dan satu salinannya dikemukakan  kepada Ketua Pendaftar.
 
     
 
(5) Bagi melaksanakan skim berhubung dengan simpanan khas, deposit  atau pinjaman,  menurut peraturan 26 Peraturan, Lembaga hendaklah:
 
 
   
a.
Menyediakan suratcara berasingan yang menyatakan dengan jelas terma-terma dan syarat-syarat  bagi tiap-tiap skim
b.
Mengemukakan  suratcara skim itu kepada mesyuarat agung perwakilan untuk kelulusan dan
c.
Mengemukakan  satu salinan suratcara  yang  diluluskan itu kepada Ketua Pendaftar dalam masa satu bulan selepas diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan itu.
 
   
 ke atas
 

Berita Mutakhir

Mutiara Kata

Firman Allah Taala "Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Barangsiapa dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya ia telah berjaya dan (ingatlah) bahawa kehidupan didunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu." (Ali Imran:185)

Al Hikmah

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad 2009. Hakcipta Terpelihara.
This page is best viewed in IE 7.0.5 and above with 1024 x 768 resolution.