|
Peraturan Koperasi 1995
|
|
| |
| PERTIKAIAN |
| |
| |
|
|
1.
|
Rujukan Pertikaian. |
| |
|
|
|
| |
1.1
|
Rujukan sesuatu pertikaian kepada Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 82(1) Akta boleh dibuat oleh Lembaga, atau oleh koperasi melalui suatu ketetapan dalam mesyuarat agung, atau oleh mana-mana pihak kepada pertikaian itu dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual III . Jika pertikaian adalah berkenaan dengan sejumlah wang yang kena dibayar oleh anggota Lembaga kepada koperasi, rujukan boleh dibuat oleh mana-mana anggota koperasi itu. |
| |
|
|
| |
1.2
|
Jika, menurut perenggan 82(3) (b) Akta, Ketua Pendaftar memutuskan untuk merujuk pertikaian itu kepada suatu timbang tara , dia boleh merujuknya kepada- |
| |
|
|
|
| |
|
a.
|
penimbang tara tunggal yang dilantik olehnya; atau |
| |
|
|
|
| |
|
b.
|
tiga orang penimbang tara di mana setiap pihak kepada pertikaian itu hendaklah menamakan seorang penimbang tara dan Ketua Pendaftar hendaklah menamakan orang yang ketiga yang juga menjadi pengerusi. Jika mana-mana pihak kepada pertikaian itu gagal menamakan seorang penimbang tara dalam masa lima belas hari dari tarikh pemberitahuan untuk berbuat demikian, Ketua Pendaftar sendiri boleh membuat penamaan tersebut. |
| |
|
|
| |
1.3
|
Segala pertikaian selain daripada yang dinyatakan dalam subseksyen 82(1) Akta hendaklah dirujuk kepada mesyuarat agung koperasi berdaftar itu untuk penyelesaian. Apa-apa soalan tentang sama ada pertikaian tersebut termasuk dalam maksud subseksyen 82(1) Akta hendaklah diputuskan oleh Ketua Pendaftar dan keputusannya adalah muktamad. |
|
|
| ke atas |
|