forex trading logo

 

 


Laman Utama Bahagian 4
Bahagian 4 Print
Peraturan Koperasi 1995

 
HAK-HAK DAN LIABILITI-LIABILITI ANGGOTA-ANGGOTA
 
1. 
Menandatangani ikrar
     
 
1.1 
Sebelum seseorang diterima menjadi anggota sesuatu koperasi berdaftar, dia hendaklah menandatangani suatu ikrar bahawa dia akan terikat dengan undang-undang kecil yang sedia ada bagi koperasi itu dan dengan apa-apa pindaan kepada undang-undang kecil tersebut yang dibuat di sisi undang-undang semasa tempoh keanggotaannya.
     
 
1.2 
Seseorang yang telah pun menjadi anggota atas sebab penyertaannya dalam memohon pendaftaran koperasi itu adalah dikehendaki menandatangani ikrar yang sama dalam masa empat puluh lima hari selepas menerima perakuan pendaftaran itu. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan dia dipecat.
     
     
2. 
Penyingkiran daripada keanggotaan
   
 

Koperasi berdaftar hendaklah menyingkir daripada keanggotaannya mana-mana orang yang didapati telah diterima bertentangan dengan seksyen 26, 27 atau 29 Akta, selepas berkuatkuasanya Akta.

 alt   
ke atas

 

Berita Mutakhir

Mutiara Kata

Sabda Rasulullah saw "Pelankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib." (Muslim)

Al Hikmah

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad 2009. Hakcipta Terpelihara.
This page is best viewed in IE 7.0.5 and above with 1024 x 768 resolution.