| | | | |
1. | Kelayakan untuk menjadi anggota. |
| | | | |
| | Untuk layak menjadi anggota dalam sesuatu koperasi asas, seseorang mestilah- |
| | a. | seorang warganegara Malaysia; |
| | b. | telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal sesuatu koperasi sekolah, telah mencapai umur dua belas tahun; dan |
| | c. | bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu atau, dalam hal koperasi sekolah, menjadi penuntut berdaftar sekolah itu. |
| | | | |
2. | Hilang kelayakan untuk menjadi anggota. |
| | | | |
| | Tiada seorang pun layak masuk menjadi anggota sesuatu koperasi berdaftar jika- |
| | a. | dia tak upaya dari segi mental; |
| | b. | dia ialah scorang bankrap yang belum dilepaskan; |
| | c. | dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar; |
| | d. | dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu. |
| | | | |
3. | Anggota-anggota tidak boleh menggunakan hak sehingga dibuat bayaran wajar. |
| | | | |
| | Tiada anggota sesuatu koperasi berdaftar boleh menggunakan hak-hak sebagai anggota melainkan jika dan sehingga dia telah membuat apa-apa bayaran kepada koperasi berdaftar itu berkenaan dengan keanggotaannya atau telah memperoleh apa-apa kepentingan dalam koperasi berdaftar itu sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan atau melalui undang-undang kecil koperasi itu. |
| | | | |
4. | Sekatan keanggotaan dalam koperasi. |
| | | | |
| | Tiada seorang pun boleh menjadi anggota lebih daripada satu koperasi berdaftar yang matlamat utamanya ialah untuk memberikan pinjaman kepada anggota-anggotanya. |
| | | | |
5. | Undi anggota-anggota. |
| | | | |
| | 5.1 | Tiada anggota atau perwakilan anggota-anggota mana-mana koperasi berdaftar boleh mempunyai lebih daripada satu undi dalam penjalanan hal-ehwal koperasi itu, dan dalam hal kesamarataan undi pengerusi tidak boleh mempunyai undi pemutus. |
| | | | |
| | 5.2 | Walau apa pun subseksyen (1), anggota sesuatu koperasi menengah atau atasan boleh mempunyai kuasa-kuasa mengundi yang diperuntukkan oleh undang-undang kecil koperasi menengah atau atasan itu. |
| | | | |
| | 5.3 | Tertakluk kepada seksyen 31 dan 36, tiada anggota boleh mengundi melalui seorang anggota lain dan tiada perwakilan boleh mengundi melalui perwakilan lain. |
| | | | |
6. | Perwakilan melalui proksi. |
| | | | |
| | Anggota sesuatu koperasi menengah atau atasan boleh melantik mana-mana perwakilannya, yang mestilah anggota Lembaganya, sebagai proksinya bagi maksud mengundi dalam penjalanan hal-ehwal koperasi menengah atau atasan itu. |
| | | | |
7. | Kontrak anggota belum dewasa dengan koperasi. |
| | | | |
| | Perihal belum dewasanya mana-mana orang yang diterima masuk sewajarnya sebagai anggota mana-mana koperasi berdaftar tidaklah menghalang orang itu daripada menyempurnakan apa-apa suratcara atau memberikan apa-apa penjelasan yang perlu disempurnakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan dan tidaklah menjadi alasan bagi mentaksahkan atau mengelakkan apa-apa kontrak yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu; dan mana-mana kontrak sedemikian yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu, sama ada sebagai prinsipal atau penjamin, hendaklah boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau terhadap orang itu walaupun dia belum dewasa. |
| | | | |
8. | Sekatan atas pemegangan saham. |
| | | | |
| | Tiada anggota, selain daripada suatu koperasi berdaftar, boleh memegang lebih daripada satu perlima modal syer mana-mana koperasi berdaftar. |
| | | | |
9. | Sekatan atas pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan. |
| | | | |
| | Pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dalam modal sesuatu koperasi berdaftar hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat tentang pemegangan maksimum sebagaimana yang ditetapkan melalui atau di bawah Akta ini. |
| | | | |
10. | Liabiliti bekas anggota dan harta pusaka atas hutang-hutang koperasi. |
| | | | |
| | 10.1 | Liabiliti seseorang bekas anggota sesuatu koperasi berdaftar atas hutang-hutang koperasi berdaftar itu sebagaimana yang ada pada tarikh dia terhenti menjadi anggota tidaklah berterusan melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh itu. |
| | | | |
| | 10.2 | Harta pusaka seseorang anggota sesuatu koperasi berdaftar yang mati tidaklah bertanggungan bagi hutang-hutang koperasi berdaftar itu, sebagaimana yang ada pada tarikh dia mati, melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh dia mati. |