forex trading logo

 

 


Pelaburan 2009 Print

Pelaburan KPF telah mencecah RM2 bilion iaitu mencatatkan pertumbuhan sebanyak 18.14% (2008:RM1.69 bilion). Teras utama pelaburan KPF ialah pemilikan ekuiti dalam 11 buah Syarikat Kumpulan FELDA melalui pegangan sebanyak 255.89 juta unit saham dengan kos pelaburan sebanyak RM353.6 juta.

 

Sepanjang tahun 2009, pelaburan-pelaburan utama KPF ialah urusniaga pasaran sekuriti (RM547.24 juta), pelaburan usahasama/terokaan modal (RM385.34 juta), hartanah (RM235.55  juta), bon (RM64.83 juta), Amanah Raya Berhad (RM70.26 juta), Bank Koperasi (RM37.68 juta) dan Saham Amanah (RM20 juta).

 

KPF terus mengambil peluang memiliki saham dalam syarikat luar yang berdaya maju apabila mengambil 20% pegangan ekuiti dalam syarikat Teo Seng Capital dengan nilai pelaburan sebanyak RM18.60 juta. Pelaburan KPF dalam 15 buah syarikat usahasama/luar meningkat kepada RM385.34 juta iaitu pertambahan sebanyak 38.04% berbanding pada tahun lalu (2008:RM279.14 juta).

 

Pelaburan hartanah bernilai RM235.55 juta (2008:RM174.71 juta) telah mencatatkan pertumbuhan sebanyak 34.82%, melalui pembelian bangunan korporat Southgate di Jalan Sg. Besi berharga RM226 juta, 2 lot tanah di Bandar Baru Bangi berharga RM11.64 juta dan sebuah rumah kedai tiga tingkat di Pusat Komersil Bandar Jengka, berharga RM0.59 juta. Bangunan korporat Southgate dijangka siap sebelum akhir 2011, manakala lot-lot tanah di Bandar Baru Bangi dirancang untuk pembinaan sebuah kompleks yang menempatkan sebuah hotel, “Service Apartment” dan “Garden Restaurant”.

 

Pelaburan hartanah ini dijangka mampu memberi pulangan sekurang-kurangnya sebanyak 8% setahun.

 

Berita Mutakhir

Mutiara Kata

Allah berfirman "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakanmu dari seorang diri, dan dari padanya Allah telah menciptakan isterinya, dan dari keduanya Allah mengembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepad Allah yang (dengan namaNya) kamu saling meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasimu."(Annisa:1)

Al Hikmah

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad 2009. Hakcipta Terpelihara.
This page is best viewed in IE 7.0.5 and above with 1024 x 768 resolution.