forex trading logo

 

 


Laman Utama Soalan Lazim
Soalan Lazim Print

 

1. Siapakah yang layak menjadi anggota?

2. Apakah keistimewaan melabur didalam KPF? 

3. Bagaimana cara untuk menambah pelaburan? 

4. Bagaimanakah perkiraan dividen dibuat? 

5. Bilakah Sijil Saham boleh dijual? 

6. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Sijil Saham KPF hilang? 

  

 

 

1. Siapakah yang layak menjadi anggota?

  1. Peneroka-peneroka Felda, isteri dan anak-anak mereka yang warganegara Malaysia dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan berkelakuan baik.
  2. Koperasi-koperasi peneroka Felda.
  3. Kakitangan-kakitangan Felda yang sedang bertugas dan isteri.
  4. Kakitangan-kakitangan Felda yang sudah bersara yang warganegara Malaysia dan sudah menjadi ahli Koperasi sebelum bersara.
  5. Koperasi-koperasi kakitangan Felda.

 

2. Apakah Keistimewaan melabur didalam KPF? 

  1. Pulangan stabil dan menguntungkan menerusi pelaburan dalam aktiviti syarikat-syarikat kumpulan Felda yang berkembang pesat.
  2. Pelaburan selamat kerana dikendalikan oleh tenaga pengurusan profesional.
  3. Pelaburan mudah dan boleh dibuat melalui potongan paysheet, potongan gaji dan pembelian tunai.
  4. KPF membayar zakat perniagaan.

 

3. Bagaimana cara untuk menambah pelaburan? 

  1. Penambahan syer boleh dibuat melalui borang KPF1 manakala bagi potongan bulanan bagi peneroka, isteri peneroka, kakitangan dan isteri kakitangan borang K.P.004 perlu diisi.

    Nota : Sila muat turun borang yang boleh didapati secara online.


4. Bagaimanakah perkiraan dividen dibuat? 

  1. Dividen dibayar mengikut tempoh pemegangan saham dalam tahun tersebut berasaskan baki minimum pada tiap-tiap bulan.
  2. Baki minimum saham dikira dengan mengambil kira pembelian hanya pada 1 haribulan dan dikurangi dengan jumlah pengeluaran dalam bulan berkenaan.
  3. Manakala pembelian selepas 1 haribulan akan ditambah kedalam baki minimum bulan berikutnya.


5. Bilakah Sijil Saham boleh dijual?

  1. Sijil saham boleh dijual kepada KPF selepas satu tahun dimiliki. Permohonan jualan boleh dikemukakan melalui pejabat rancangan atau terus kepada pejabat KPF.


6. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Sijil Saham KPF hilang?

  1. Buat laporan polis.
  2. Salinan laporan polis hendaklah dikemukakan kepada setiausaha agung KPF bersama surat pengakuan yang anggota memperakukan sijil itu tidak pernah diurusniagakan dan akan mengembalikan sijil asal jika dijumpai semula.
  3. Surat pengakuan hendaklah disahkan oleh Pengurus Rancangan bagi peneroka/badan peneroka.Kakitangan pula hendaklah mendapat pengesahan daripada Ketua Jabatan masing-masing.

 

 

Berita Mutakhir

Mutiara Kata

Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori)

Al Hikmah

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad 2009. Hakcipta Terpelihara.
This page is best viewed in IE 7.0.5 and above with 1024 x 768 resolution.