forex trading logo

 

 


Laman Utama Pengenalan
Pengenalan Print
         
SEJARAH KPF        
         
Hasrat untuk menubuhkan KPF sebagai suatu wadah simpanan & pelaburan warga Felda telah dicetuskan pada Mesyuarat Lembaga FELDA yang ke 102 pada 15 Januari 1980 Yang dipengerusikan oleh Y.M Tan Sri Raja Muhammad Alias.

Dengan iltizam yang tinggi pihak pengurusan ketika itu, maka Koperasi Permodalan FELDA Berhad telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di Bawah Ordinan Koperasi 1948(Digantikan oleh Akta Koperasi 1993).

Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF.
   
  
         
KPF telah menjadi wadah simpanan dan pelaburan warga FELDA yang unggul. Penubuhannya juga adalah suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

 


VISI & MISI  
   
MISI

KPF mempunyai MISI untuk mengoptimumkan pulangan pelaburan anggota dan meningkatkan nilai pelaburan mereka dalam syarikat FELDA. Berusaha untuk menggiatkan dan menggalakkan penyimpanan wang anggota melalui penyediaan kemudahan pelaburan. Mengamalkan tadbir urus koperasi yang baik, cekap, bermotivasi dan telus.
   
VISI

KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan warga FELDA yang terunggul.
   


OBJEKTIF
 
  Menggiat dan menggalakkan penyimpanan wang oleh anggota-anggota.
 
  Mengadakan kemudahan-kemudahan simpanan dan aktiviti pelaburan yang diuruskan secara profesional.
 
  Menjana pulangan yang konsisten, stabil lagi baik melalui usaha-usaha pelaburan.
 
  Meninggikan taraf ekonomi anggota hasil daripada kegiatan simpanan dan pelaburan.
 

 

 

Berita Mutakhir

Mutiara Kata

Sabda Rasulullah saw "Pelankanlah suaramu dalam berzikir dan berdoa, kerana kamu tidak memohon kepada Tuhan yang tuli dan ghaib." (Muslim)

Al Hikmah

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad 2009. Hakcipta Terpelihara.
This page is best viewed in IE 7.0.5 and above with 1024 x 768 resolution.