Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
PELBAGAI
       
1. 
Pergabungan, pemindahan dan pembahagian sukarela.
       
Sesuatu koperasi berdaftar boleh-
a. 
bergabung dengan suatu koperasi berdaftar yang lain atau koperasi-koperasi berdaftar yang lain untuk membentuk satu koperasi tunggal;
b. 
memindahkan aset-aset dan liabiliti-liabilitinya kepada suatu koperasi berdaftar yang lain; atau
c. 
membahagikan dirinya menjadi dua koperasi atau lebih, mengikut peraturan-peraturan.
       
2. 
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan.
       
2.1 
Menteri boleh membuat segala peraturan yang perlu bagi maksud melaksanakan atau memberikan kuatkuasa kepada prinsip-prinsip dan peruntukan-peruntukan Akta ini.
     
2.2 
Khususnya, tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1). peraturan-peraturan itu boleh-
 
a. 
menetapkan borang-borang yang hendaklah digunakan dan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi dalam memohon supaya sesuatu koperasi didaftarkan dan prosedur dalam hal permohonan itu;
 
b. 
menetapkan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi oleh sesuatu koperasi berdaftar yang memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan;
 
c. 
menetapkan perkara-perkara yang berkenaan dengannya sesuatu koperasi berdaftar boleh atau hendaklah membuat undang-undang kecil dan bagi prosedur yang hendaklah diikuti dalam membuat, meminda dan menghapuskan undang-undang kecil itu, dan syarat-syarat yang hendaklah dipenuhi sebelum pembuatan, pemindaan atau penghapusan sedemikian;
 
d. 
menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan perlantikan dan tempoh jawatan anggota-anggota Lembaga sesuatu koperasi berdaftar;
 
e. 
menetapkan cara bagaimana sesuatu aktiviti tertentu boleh dijalankan oleh sesuatu koperasi berdaftar;
 
f. 
menetapkan maksud-maksud yang baginya simpanan khas boleh digunakan;
 
g. 
menetapkan segala perkara yang berhubungan dengan pergabungan dan pembahagian koperasi-koperasi berdaftar dan pemindahan aset-aset dan liabiliti-liabiliti koperasi-koperasi berdaftar, termasuk peletakhakan aset-aset dan liabiliti-liabiliti
   
i. 
koperasi-koperasi yang bergabung pada koperasi gabungan itu;
   
ii. 
sesuatu koperasi berdaftar pada koperasi-koperasi baru yang diwujudkan menurut sesuatu pembahagian;
   
iii. 
sesuatu koperasi berdaftar pada suatu koperasi berdaftar lain menurut sesuatu pemindahan, pendaftaran koperasi gabungan, koperasi-koperasi baru dan pemindahan itu, dan pembatalan pendaftaran, dalam hal pergabungan, koperasi-koperasi yang bergabung, dalam hal pembahagian, koperasi yang sedia ada, dan dalam hal pemindahan, koperasi yang membuat pemindahan;
 
h. 
menetapkan maksud-maksud yang baginya wang dalam Akaun Rizab, selain daripada yang berbangkit daripada keuntungan modal, boleh digunakan;
 
i. 
menetapkan kadar maksimum dividen atas modal syer atau modal yuran yang boleh dibayar oleh koperasi-koperasi berdaftar;
 
j. 
menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Pusat Koperasi dan Akaun Pelikuidasian Koperasi hendaklah dipegang, ditadbirkan dan digunakan;
 
k. 
tertakluk kepada peruntukan-peruntukan nyata dalam Akta ini, menentukan dalam kes-kes yang bagaimanakah rayuan boleh dibuat terhadap perintah Ketua Pendaftar dan menetapkan prosedur yang hendaklah diikuti dalam mengemukakan dan membereskan rayuan-rayuan sedemikian;
 
l. 
menetapkan kaedah melantik penimbang tara atau penimbang-penimbang tara dan prosedur yang hendaklah diikuti dalam prosiding di hadapan Ketua Pendaftar atau penimbang tara atau penimbang-penimbang tara sedemikian;
 
m. 
menetapkan prosedur yang hendaklah diikuti oleh pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 dan kes-kes yang mengenainya rayuan boleh dibuat terhadap perintah pelikuidasi sedemikian;
 
n. 
menetapkan borang-borang yang hendaklah digunakan, fee-fee yang hendaklah dibayar, prosedur yang hendaklah diikuti dan segala perkara lain yang berkaitan dengan atau bersampingan dengan pengemukaan, pendengaran dan pemberesan rayuan-rayuan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan;
 
o. 
membuat peruntukan bagi pemeriksaan dokumen-dokumen dan daftar-daftar di pejabat Ketua Pendaftar dan fee-fee yang hendaklah dibayar baginya dan bagi pengeluaran salinan dokumen-dokumen atau daftar-daftar sedemikian;
 
p. 
membuat peruntukan bagi penubuhan Majlis Perundingan Koperasi Kebangsaan;
 
q. 
membuat peruntukan bagi pelaksanaan yang lebih, baik akan Akta ini dan khususnya peruntukan berhubungan dengan seksyen 71A, 71B dan 71C.
 
r. 
menetapkan cara bagaimana Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi dipegang, ditadbirkan dan digunakan
       
2.3 
Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan subseksyen (1) dan (2), Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu bagi maksud mengawal atau mengawalselia aktiviti-aktiviti, dan untuk mengadakan peruntukan bagi pentadbiran yang lebih baik, koperasi-koperasi berdaftar yang menjalankan perniagaan pembiayaan atau perniagaan insurans.
       
3. 
Pengecualian.
       

Menteri boleh, apabila berpuas hati bahawa adalah wajar berbuat demikian demi kepentingan perkembangan koperasi-koperasi berdaftar pada amnya atau sesuatu koperasi berdaftar tertentu atau sesuatu golongan koperasi berdaftar tertentu, melalui perintah am atau khas, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan olehnya, mengecualikan mana-mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar daripada mana-mana peruntukan Akta ini, atau mengarahkan bahawa peruntukan-peruntukan itu hendaklah terpakai bagi mana-mana koperasi berdaftar atau golongan koperasi berdaftar dari tarikh atau dengan apa-apa ubahsuaian sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

       
4. 
Mendapatkan jumlah-jumlah wang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
       
4.1 
Segala jumlah wang yang kena dibayar oleh sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau anggota atau bekas anggota sesuatu koperasi berdaftar, sebagai yang demikian kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-rnana Kerajaan Negeri boleh dapatkan sebagai hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.
       
4.2 
Jumlah-jumlah wang yang kena dibayar oleh sesuatu koperasi berdaftar kepada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri dan boleh didapatkan di bawah subseksyen (1) boleh didapatkan-
       
 
a. 
pertamanya, daripada harta koperasi itu;
 
b. 
keduanya, dalam hal koperasi-koperasi berdaftar yang liabiliti anggota-anggota adalah terhad, daripada anggota-anggota tertakluk kepada had liabiliti mereka; dan
 
c. 
ketiganya, dalam hal koperasi-koperasi lain, daripada anggota-anggotanya.
       
5. 
Larangan penggunaan perkataan "Koperasi".
       
5.1 
Tiada seorang pun, selain daripada sesuatu koperasi berdaftar, boleh berdagang atau menjalankan perniagaan di bawah apa-apa nama atau gelaran yang mengandungi, sebagai sebahagian daripada nama atau gelaran itu, perkataan "koperasi" atau perkataan yang seerti dengannya dalam apa-apa bahasa lain.
     
5.2 
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan-peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
       
6. 

Ketakpakaian undang-undang tertentu.

       

Peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan kesatuan sekerja, persatuan, pertubuhan dan syarikat tidaklah terpakai bagi koperasi-koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.

       
7. 

Kesalahan-kesalahan am.

       
7.1 
Adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini jika-
 
a. 
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau memberikan maklumat yang dikehendaki bagi maksud Akta ini oleh Menteri, Ketua Pendaftar atau seseorang yang diberikuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu oleh Menteri atau Ketua Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;
 
b. 
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu membuat penyata palsu atau memberikan maklumat palsu;
 
c. 
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau pekerja atau anggota koperasi itu melakukan apa-apa perbuatan, yang memerlukan persetujuan atau kelulusan Ketua Pendaftar atau mesyuarat agung, tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan atau kelulusan yang sedemikian;
 
d. 
sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang pegawai atau anggota Jawatankuasa Audit Dalaman atau pekerja atau anggota koperasi itu abai atau enggan melakukan sesuatu perbuatan atau benda yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini supaya dibuat;
 
e. 
seseorang anggota Jawatankuasa Audit Dalaman sesuatu koperasi berdaftar atau seseorang juruaudit membuat laporan palsu di bawah subseksyen 49(2) atau seksyen 63, mengikut mana-mana yang berkenaan;
 
g. 
sesuatu koperasi berdaftar atau mana-mana orang yang melakukan atau menyebabkan dilakukan apa-apa tindakan atau perkara yang dilarang oleh, atau tidak mematuhi kehendak-kehendak Akta ini.
       
7.2 
Tiap-tiap koperasi berdaftar atau pegawai, pekerja atau anggota sesuatu koperasi berdaftar, atau orang lain, yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda selanjutnya sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
       
8. 
Bagaimana dan bila prosiding diambil.
       

Ketua Pendaftar atau mana-mana pegawai awam yang diberikuasa secara bertulis oleh Ketua Pendaftar boleh, dengan keizinan secara bertulis daripada Pendakwa Raya, di mana-mana mahkamah, mendakwa mana-mana kes berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini.

       
9. 

Kuasa Ketua Pendaftar untuk mengkompaun kesalahan-kesalahan.

       
9.1 
Ketua Pendaftar boleh, dalam sesuatu kes jika difikirkan-nya patut dan sesuai berbuat demikian, mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang boleh dihukum di bawah mana-mana peruntukan Akta ini dengan membuat tawaran bertulis kepada orang itu untuk mengkompaun kesalahan itu dengan membayar kepada Ketua Pendaftar, dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, apa-apa jumlah wang yang ditentukan dalam tawaran itu yang tidak boleh melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum (termasuk denda harian, jika ada, dalam hal sesuatu kesalahan yang berterusan) yang boleh dikenakan atas orang itu sekiranya dia telah disabitkan.
     
9.2 
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau apa-apa perlanjutan masa itu yang diberikan oleh Ketua Pendaftar, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.
     
9.3 
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.
       
 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |