Dengan ducakita dimaklumkan bahawa Lembaga KPF

 
Allahyarham Tuan Haji Mahamood Sarjono telah
 
kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 29 Ogos
 
2008. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan di
 
tanah perkuburan Islam Felda Ulu Tebrau, Ulu
 
Tiram, Johor.
 

Notis Pemberitahuan Penutupan Pejabat

  Kpf Sempena Hari Raya E’idil Fitri 1429h
 

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sempena

 
sambutan Hari Raya E’idil Fitri tahun ini pejabat KPF
 
juga ditutup pada hari Jumaat, 3 Oktober 2008,
 
disamping hari kelepasan am yang diwartakan dan
 
akan dibuka semula pada hari Isnin 6 Oktober 2008.
   
Muat Turun Skim Khairat KPF :
    Pekeliling Skim Khairat KPF.pdf
 
Sabda Rasulullah saw "Tidak boleh taat kepada pemimpin dalam hal maksiat kepada Allah kerana kewajipan taat hanya dalam urusan yang baik" (Bukhori)

 

Subuh 05:50
Zohor 13:14
Asar 16:18
Maghrib 19:15
Isyak 20:25
 
 
 
PEMERIKSAAN, SIASATAN, PEMBUBARAN DAN PERTIKAIAN
       
1. 
Kuasa Ketua Pendaftar untuk memeriksa buku-buku, dll. koperasi-koperasi berdaftar.
       

Ketua Pendaftar, atau mana-mana pegawai awam yang diberikuasa olehnya secara am atau khas dengan bertulis, hendaklah mempunyai akses kepada segala buku, akaun, dokumen dan sekuriti sesuatu koperasi berdaftar dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan hendaklah berhak memeriksa wang tunai dalam tangan; dan tiap-tiap pegawai (termasuk mana-mana bekas pegawai) koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, hendaklah memberikan apa-apa maklumat dan mengemukakan apa-apa buku, akaun, dokumen dan sekuriti berkenaan dengan transaksi-transaksi dan perjalanan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, sebagaimana yang dikehendaki oleh orang yang membuat pemeriksaan itu.

       
2. 

Kuasa untuk menyita dan menahan buku-buku dan dokumen-dokumen.

       

Jika, dalam masa atau berikutan dengan sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 64, didapati bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan telah dilakukan, maka Ketua Pendaftar atau pegawai awam yang diberikuasa olehnya secara bertulis untuk membuat pemeriksaan itu boleh memasuki mana-mana premis yang dipunyai oleh atau dihuni oleh koperasi berdaftar itu dan boleh menyita dan menahan mana-mana buku, dokumen dan sekuriti koperasi berdaftar itu yang mungkin memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan.

       
3. 

Siasatan.

       
3.1 
Ketua Pendaftar boleh, berikutan dengan sesuatu pemeriksaan di bawah seksyen 64 atau pengauditan di bawah seksyen 60, mengadakan suatu siasatan atau mengarahkan mana-mana orang yang diberikuasa olehnya melalui perintah secara bertulis bagi maksud ini mengadakan suatu siasatan tentang penubuhan, perjalanan dan kedudukan kewangan koperasi berdaftar itu.
     
3.2 
Bagi maksud suatu siasatan di bawah subseksyen (1). Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa yang disebutkan dalam subseksyen (1) boleh memanggil mana-mana orang yang dia ada sebab untuk percaya tahu tentang mana-mana hal-ehwal koperasi berdaftar itu dan boleh memeriksa orang itu dengan bersumpah dan boleh menghendaki mana-mana orang mengemukakan atau menyerahkan apa-apa buku, akaun dan dokumen dalam jagaannya yang dipunyai oleh koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, jika Ketua Pendaftar atau orang yang diberikuasa itu mempunyai sebab untuk percaya bahawa buku-buku, akaun-akaun dan dokumen-dokumen itu boleh memberikan keterangan tentang sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah peraturan-peraturan.
     
3.3 
Tiap-tiap orang yang diberikuasa di bawah subseksyen (1) hendaklah, setelah tamatnya siasatan di bawah subseksyen (1), melaporkan dapatannya kepada Ketua Pendaftar.
       
4. 

Ketua Pendaftar boleh memberitahu koperasi berdaftar keputusan pemeriksaan atau siasatan.

       

Jika sesuatu pemeriksaan dijalankan di bawah seksyen 64 atau sesuatu siasatan diadakan di bawah seksyen 66, Ketua Pendaftar boleh memberitahukan keputusan pemeriksaan itu atau siasatan itu kepada koperasi berdaftar itu dan boleh, melalui perintah secara bertulis, mengarahkan mana-mana pegawai koperasi berdaftar itu mengambil apa-apa tindakan yang ditentukan dalam perintah itu untuk membetulkan, dalam masa yang dinyatakan di dalam perintah itu, kecacatan-kecacatan, jika ada, yang didedahkan hasil pemeriksaan atau siasatan itu.

       
5. 

Pemeriksaan atas permohonan pemiutang-pemiutang.

       
5.1 
Ketua Pendaftar boleh, atas permohonan seseorang pemiutang sesuatu koperasi berdaftar, memeriksa atau mengarahkan mana-mana pegawai awam yang diberikuasa olehnya melalui perintah secara bertulis bagi maksud ini memeriksa buku-buku, akaun-akaun, wang tunai atau harta lain kepunyaan koperasi berdaftar itu dan subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya, jika ada, dan Ketua Pendaftar atau pegawai awam itu hendaklah mempunyai segala kuasa di bawah seksyen 64.
     
5.2 
Tiada pemeriksaan boleh dibuat atau diarahkan di bawah subseksyen (1) atas permohonan seseorang pemiutang sesuatu koperasi berdaftar melainkan jika pemiutang itu-
a. 
memuaskan hati Ketua Pendaftar bahawa hutang itu ialah suatu jumlah wang yang telah genap masa pada masa itu dan dia telah menuntut pembayarannya tetapi telah tidak menerima pembayaran itu dalam masa yang munasabah; dan
b. 
mendepositkan dengan Ketua Pendaftar apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh Ketua Pendaftar sebagai cagaran bagi kos pemeriksaan itu.
     
5.3 
Ketua Pendaftar hendaklah memberitahukan keputusan pemeriksaan di bawah subseksyen (1) kepada pemiutang dan koperasi berdaftar itu.
       
6. 

Kuasa Ketua Pendaftar berikutan dengan siasatan-siasatan.

       
6.1 
Ketua Pendaftar boleh, selepas menimbangkan fakta-fakta yang didedahkan dalam siasatan di bawah seksyen 66 dan jika dianggapnya perlu berbuat demikian demi kepentingan koperasi berdaftar itu, melalui perintah-
a. 
menggantung semua atau mana-mana aktiviti koperasi berdaftar itu, selama tempoh yang dinyatakan olehnya;
b. 
menggantung atau membubarkan Lembaga koperasi berdaftar itu; atau
c. 
membekukan akaun-akaun bank koperasi berdaftar itu untuk mengelakkan kerugian atau penyalahgunaan wang.
     
6.2 
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kuatkuasa sebaik sahaja ia dibuat dan hendaklah, melainkan jika ia diketepikan di bawah subseksyen (7), sah selama tempoh yang dinyatakan di dalam perintah itu; dan tempoh itu boleh dilanjutkan dari semasa ke semasa tetapi jumlahnya tidak boleh melebihi empat tahun.
     
6.3 
Walaupun rayuan telah diserahkan di bawah subseksyen (7), Ketua Pendaftar boleh melantik seseorang (termasuk sesuatu pertubuhan perbadanan, sama ada didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain) sebagai pentadbir untuk menguruskan, tertakluk kepada pengawasan Ketua Pendaftar, hal-ehwal koperasi berdaftar itu; dan pentadbir yang sedemikian hendaklah menguruskan hal-ehwal koperasi berdaftar itu sehingga suatu Lembaga baru dipilih di bawah undang-undang kecil koperasi berdaftar itu atau, jika perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) kemudiannya diketepikan, sehingga perintah itu diketepikan sedemikian.
     
6.4 
Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (3) hendaklah mempunyai dan menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Lembaga koperasi berdaftar itu; dan berkenaan dengan pengurusan koperasi berdaftar itu peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah mempunyai kuatkuasa:
a. 
seseorang yang dilantik- sedemikian hendaklah diberi apa-apa saraan yang difikirkan patut oleh Ketua Pendaftar;
b. 
apa-apa saraan yang diperuntukkan di bawah perenggan (a) dan segala perbelanjaan dan kos hendaklah kena dibayar daripada wang koperasi berdaftar itu; dan
c. 
seseorang yang dilantik sedemikian tidaklah bertanggungan kepada koperasi berdaftar itu atau mana-mana anggota koperasi berdaftar itu atau kepada mana-mana orang atas apa-apa perbuatan yang dilakukan olehnya dengan suci hati.
     
6.5 
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan menyentuh kuasa Ketua Pendaftar untuk memerintahkan penggulungan sesuatu koperasi berdaftar.
     
6.6 
Walau apa pun peruntukan-peruntukan yang terdahulu dalam seksyen ini, Ketua Pendaftar boleh dengan perintah memecat mana-mana pegawai koperasi berdaftar itu jika tindakan yang demikian adalah bagi kepentingan koperasi berdaftar itu, tetapi tiada seorang pun boleh dipecat sedemikian tanpa diberi peluang untuk didengar; dan apa-apa kekosongan yang wujud akibat pemecatan sedemikian hendaklah diisi mengikut cara yang diperuntukkan dalam undang-undang kecil koperasi itu.
     
6.7 
Mana-mana orang yang terkilan dengan perintah Ketua Pendaftar yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (6) boleh, dalam masa dua puluh satu hari dari pembuatan perintah itu, merayu kepada Menteri, yang hendaklah mengesahkan atau mengetepikan perintah sedemikian dan keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.
       
7. 

Pegawai yang dipecat atas perintah Ketua Pendaftar tidak boleh dilantik semula.

       

Jika seseorang pegawai sesuatu koperasi berdaftar telah dipecat atas perintah Ketua Pendaftar di bawah peruntukan subseksyen 69(6), pegawai itu hendaklah selepas itu menjadi tidak layak untuk dilantik sebagai anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa koperasi berdaftar itu atau diambil kerja semula oleh keperasi berdaftar itu atau mana-mana koperasi berdaftar lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tempoh lima tahun dari tarikh pemecatan sedemikian.

       
8. 

Pembubaran.

       
8.1 
Jika Ketua Pendaftar, selepas sesuatu pemeriksaan dibuat di bawah seksyen 64 atau 68 atau selepas sesuatu siasatan diadakan di bawah seksyen 66 atau apabila diterima suatu permohonan yang dibuat oleh tiga perempat daripada anggota sesuatu koperasi berdaftar, berpendapat bahawa koperasi berdaftar itu patut dibubarkan, dia boleh membuat perintah bagi pembatalan pendaftaran koperasi itu.
     
8.2 
Mana-mana anggota sesuatu koperasi berdaftar boleh, dalam tempoh dua bulan dari tarikh sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), merayu kepada Menteri terhadap perintah itu.
     
8.3 
Jika tiada rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) dalam tempoh dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu hendaklah mula berkuatkuasa apabila tempoh itu tamat.
     
8.4 
Jika suatu rayuan dikemukakan kepada Menteri terhadap perintah di bawah subseksyen (1) dalam masa dua bulan dari tarikh perintah itu, perintah itu tidak boleh berkuatkuasa melainkan jika dan ehingga ia disahkan oleh Menteri.
     
8.5 
Jika Ketua Pendaftar membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) bagi pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi berdaftar, dia boleh membuat apa-apa perintah lanjut yang difikirkannya patut bagi jagaan buku-buku dan dokumen-dokumen dan bagi perlindungan atau pelupusan aset-aset koperasi berdaftar itu sehingga perintah yang membatalkan pendaftaran koperasi itu berkuatkuasa di bawah subseksyen (3) atau, jika rayuan dikemukakan di bawah subseksyen (4), sehingga perintah itu disahkan atau selainnya.
         
 
8.6 
Tiada koperasi berdaftar boleh digulung kecuali dengan perintah Ketua Pendaftar.
       
8(A). 

Pembubaran dalam hal keadaan khusus tertentu.

       
8(A).1 
Walau apapun peruntukan-peruntukan subseksyen 71(1), jika berkenaan dengan sesuatu koperasi berdaftar, selain daripada sesuatu koperasi berdaftar yang sedang disiasat atau diurus di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Perlindungan kepada Pendeposit) 1986, keanggotaan koperasi berdaftar itu adalah sekian bilangan yang menjadikan pematuhan subseksyen 71(1) tak semunasabahnya praktik dan jika Ketua Pendaftar telah menerima suatu permohonan daripada-
a. 
tidak kurang daripada satu persepuluh daripada anggota-anggota atau sekian bilangan wakil yang mewakili tidak kurang daripada satu persepuluh anggota-anggota koperasi berdaftar itu; atau
b. 
Lembaga Koperasi berdaftar itu,
 

bagi suatu perintah supaya koperasi berdaftar itu dibubarkan dengan hasrat untuk menyusunkannya semula sebagai suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, Ketua Pendaftar hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), memberitahu atau menyebabkan diberitahu semua anggota koperasi berdaftar mengenai perkara itu.

     
8(A).2 
Jika Ketua Pendaftar telah menerima lebih daripada satu permohonan di bawah subseksyen (1), dia hendaklah mempertimbangkan, di antara permohonan-permohonan yang memenuhi kehendak subseksyen ini, permohonan yang pertama diterima oleh pejabat Ketua Pendaftar itu.
     
8(A).3 
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertai dengan dokumen-dokumen dan maklumat yang di sebut dalam subseksyen (6) kecuali yang di bawah perenggan (a), (b) dan (j), dan Ketua Pendaftar boleh pada bila-bila masa menghendaki pemohon itu menyerahkan dalam masa yang ditetapkan olehnya apa-apa dokumen lain atau maklumat yang dia sifatkan perlu bagi maksud permohonan tersebut.
     
8(A).4 
Ketua Pendaftar boleh, sebelum membuat apa-apa pemberitahuan di bawah subseksyen (1) dan selepas memaklumkan koperasi berdaftar itu akan niatnya untuk berbuat demikian tidak lewat dari dua minggu sebelum perlantikan itu, melantik mana-mana orang yang urusannya memberi perkhidmatan perundingan dan nasihat berhubungan dengan perkara korporat dan pelaburan bagi menasihatkannya berkenaan cadangan yang terkandung dalam permohonan itu, atau mana-mana aspeknya.
     
8(A).5 
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) boleh, pada bila-bila masa sebelum apa-apa pemberitahuan di bawah subseksyen itu dihantar atau disiarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, ditarik balik oleh pemohon melalui permintaan secara bertulis yang dibuat kepada Ketua Pendaftar.
     
8(A).6 
Pemberitahuan di bawah subseksyen (1) hendaklah-
a. 
menetapkan tempoh yang dalamnya borang jawapan yang disediakan dalam pemberitahuan tersebut hendaklah dikembalikan oleh anggota itu kepada Ketua Pendaftar dan tempoh itu hendaklah tidak kurang daripada dua bulan dari tarikh pengeposan atau penyiaran pemberitahuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
b. 
menyatakan bahawa sekiranya-
i. 
borang jawapan itu tidak dikembalikan dengan sewajarnya oleh anggota itu dalam tempoh yang ditetapkan; atau
ii. 
borang jawapan itu dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan dan Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa jawapan itu tidak menunjukkan dengan nyata suatu penentangan terhadap pembubaran dan penyusunan semula koperasi berdaftar itu,

anggota itu hendaklah disifatkan telah bersetuju dengan keputusan untuk membubarkan dan menyusun semula koperasi berdaftar itu mengikut skim yang disebut dalam perenggan (e);

c. 
termasuk akaun-akaun teraudit bagi tahun kewangan yang sebelumnya bagi koperasi berdaftar itu;
d. 
termasuk suatu pengisytiharan oleh-
i. 
setiap anggota Lembaga koperasi berdaftar itu berkenaan sifat dan takat, jika ada, akan kepentingannya dalam syarikat pengganti itu; dan
ii. 
setiap anggota di bawah perenggan (1)(a) atau anggota Lembaga di bawah perenggan (1)(b), mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai agregat pemegangan syer yang dipegang olehnya, secara individu atau bersesama dengan mana-mana orang lain, dalam koperasi berdaftar itu;
e. 
termasuk skim penyusunan semula yang dicadangkan untuk menggantikan koperasi berdaftar itu dengan apa-apa perincian yang mencukupi untuk memaklumkan anggota mengenai sifat dan takat penyertaannya dalam hal pembubaran dan penyusunan semula koperasi berdaftar itu yang skimnya hendaklah disediakan oleh seorang yang urusannya memberi perkhidmatan perundingan dan nasihat berhubungan dengan perkara korporat dan pelaburan;
f. 
termasuk, jika syarikat pengganti itu adalah suatu syarikat yang akan diperbadankan, nama dan butir-butir lain penaja syarikat itu yang tidak kurang daripada dua orang dan semua dokumen sedemikian sebagaimana perlu bagi pembentukan dan pemerbadanan syarikat itu;
g. 
termasuk, jika syarikat pengganti itu adalah suatu syarikat yang sedia ada, Memorandum dan Perkara Persatuannya dan, setakat yang berkenaan, akaun-akaun teraudit bagi tiga tahun kewangan sebelum tahun semasa;
h. 
termasuk sifat dan takat apa-apa kelulusan, persetujuan atau pengendorsan yang dikehendaki daripada mana- mana pihak berkuasa atau orang yang relevan, selain daripada persetujuan anggota-anggota koperasi berdaftar itu di bawah subseksyen (7), dan yang perlu bagi maksud skim yang disebut dalam perenggan (e);
i. 
termasuk suatu pengisytiharan oleh setiap anggota Lembaga Pengarah syarikat pengganti, atau Lembaga Pengarah yang pertama syarikat yang dicadangkan dan penaja, dalam hal jika syarikat pengganti akan diperbadankan, berkenaan sifat dan takat, jika ada, akan kepentingannya dalam koperasi berdaftar itu; dan
j. 
termasuk apa-apa dokumen lain atau maklumat, termasuklah apa-apa nasihat yang boleh diperolehi oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen (4), atau mana-mana bahagiannya, sebagaimana yang difikirkannya perlu.
     
8(A).7 
Sebaik sahaja habis tempoh yang disebut di bawah perenggan (6)(a) dan Ketua Pendaftar berpuas hati bahawa tiga perempat daripada anggota-anggota itu telah bersetuju dengan pembubaran dan penyusunan semula koperasi berdaftar itu sebagai suatu syarikat, dia hendaklah membuat suatu perintah bagi pembatalan pendaftaran koperasi itu:
     

Dengan syarat bahawa perintah pembatalan itu tidaklah boleh berkuatkuasa atau berkesan sehingga-

a. 
jika syarikat pengganti itu akan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, pemerbadanannya; atau
b. 
jika syarikat pengganti itu adalah suatu syarikat yang sedia ada, penyempurnaan apa-apa tindakan yang perlu untuk menjadikannya berkeupayaan mengusahakan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan 75(1)(1); dan
c. 
kesemua kelulusan, persetujuan atau pengendorsan yang disebut dalam perenggan (6)(h) telah diperolehi.
     
8(A).8 
Bagi maksud subseksyen (7), tarikh habis tempoh yang disebut dalam perenggan (6)(a) hendaklah tarikh terkemudian daripada yang berikut:
a. 
dua bulan dari tarikh akhir tarikh pengeposan pemberitahuan di bawah subseksyen (1);
b. 
dua bulan dari tarikh penyiaran di bawah subseksyen (11).
 
 
8(A).9 
Apa-apa kos yang dilakukan oleh Ketua Pendaftar menurut seksyen ini, termasuk apa-apa kos yang dilakukan dibawah subseksyen (4), hendaklah ditanggung oleh koperasi berdaftar itu.
     
8(A).10 
Pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (6) hendaklah secara bertulis dan hendaklah dihantar melalui pos biasa kepada anggota koperasi berdaftar itu di alamatnya yang terakhir diketahui.
     
8(A).11 
Tanpa menjejaskan subseksyen (10), selain daripada penyampaian pemberitahuan melalui pos biasa kepada anggota-anggota koperasi berdaftar itu, Ketua Pendaftar hendaklah juga memberitahu atau menyebabkan diberitahu kepada anggota-anggota mengenai semua perkara yang disebut dalam subseksyen (1) dan (6) dengan menyiarkannya dalam sekurang-kurangnya satu akhbar tempatan utama dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa Inggeris dan jika berkenaan, dengan memberi perhatian kepada keanggotaan koperasi itu, dalam akhbar tempatan vernakular yang berkenaan.
     
8(A).12 
Penyiaran pemberitahuan di bawah subseksyen (11) hendaklah memperuntukkan perkara-perkara yang dinyatakan dalam subseksyen (6) dan penyiaran itu hendaklah disifatkan sebagai notis yang mencukupi kepada anggota-anggota koperasi berdaftar itu.
     
8(A).13 
Subseksyen 71(2), (3), (4), (5) dan (6) hendaklah terpakai bagi seksyen ini tetapi dengan pengubahsuaian bahawa segala sebutan dalamnya mengenai subseksyen 71(1 ) hendaklah diertikan sebagai sebutan mengenai subseksyen 71A(1).
     
8(A).14 
Bagi maksud seksyen ini-
a. 
Pemohon
i. 

berhubungan dengan permohonan yang dibuat oleh orang yang disebut dalam perenggan (1)(a), ertinya kesemua orang yang memenuhi kehendak satu persepuluh secara bersesama;

b. 
Syarikat Pengganti
ii. 

ertinya syarikat, sama ada yang akan diperbadankan atau sedia ada, yang disebut dalam subseksyen (1).

     
8(A).15 
Jika syarikat pengganti adalah suatu syarikat yang sekuriti atau kelas sekuritinya ada disebut harga di pasaran saham sesuatu bursa saham, termasuk Pasaran Saham Bumiputra, dan atas permohonan mana-mana permohon di bawah seksyen ini, Menteri, bertindak atas syor Ketua Pendaftar, boleh mengecualikan permohon daripada kehendak untuk mengemukakan apa-apa butir di bawah perenggan 6(d), (f), (g) atau (i) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan termasuk jaminan atau jaminan-jaminan sedemikian yang perlu bagi melindungi anggota-anggota koperasi berdaftar itu.
       
8(B). 

Peruntukan bagi anggota-anggota yang tidak bersetuju.

       

Jika menurut subseksyen 71A(7) Ketua Pendaftar membuat suatu perintah bagi pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi berdaftar, dia hendaklah, berhubungan dengan mana-mana anggota yang tidak bersetuju dengan pembubaran dan penyusunan semula koperasi itu sebagai suatu syarikat, membuat suatu perintah untuk mengagihkan kepada anggota itu sekian jumlah wang yang merupakan nilai perkadaran aset koperasi itu yang selainnya akan diagihkan kepadanya di bawah perenggan 75(1)(p):

       

Dengan syarat bahawa-

a. 
apa-apa pertikaian berhubungan dengan atau rayuan ke atas sifat dan amaun pengagihan yang akan dibuat kepada anggota itu hendaklah tidak berkuatkuasa sebagai menggantung penjalanan kuasa oleh Ketua Pendaftar di bawah Akta ini bagi melaksanakan cadangan penyusunan semula itu; dan
b. 
apa-apa ketetapan pertikaian atas rayuan atau selainnya selepas tarikh perletakhakan itu yang disebut dalam subseksyen 7lC(l) hendaklah menjadi liabiliti syarikat pengganti.
       
8(C). 
Pemindahan aset koperasi berdaftar kepada syarikat.
       
8(C).1 
Berkenaan dengan sesuatu koperasi berdaftar yang di-sebut dalam subseksyen 7IA(7), Ketua Pendaftar boleh, selepas membuat pengagihan di bawah seksyen 71B, jika ada, dan selepas berunding dengan koperasi berdaftar itu, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, menetapkan suatu tarikh peletakhakan dan pada tarikh tersebut, segala aset, hak atau liabiliti koperasi berdaftar yang dinyatakan oleh Ketua Pendaftar dalam perintah itu hendaklah menurut kuasa Akta ini terletakhak pada syarikat yang disebut dalam skim penyusunan semula tanpa apa-apa jua pun pemindahhakan, penyerahhakan atau pemindahan.
     
8(C).2 
Tiap-tiap aset yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) dalam syarikat itu hendaklah sedemikian pada syarikat itu bagi hakmilik,estet atau kepentingan serupa dan selama pemegangan serupa sebagaimana aset itu telah terletakhak atau dipegang sebelum sahaja tarikh peletakhakan itu.
     
8(C).3 
Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletakhak menurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat itu boleh, selepas tarikh peletakhakan itu, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh syarikat itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat itu memberi notis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakan itu mengenai peletakhakan yang dibuat melalui subseksyen (1).
     
8(C).4 
Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak melalui subseksyen (1) pada syarikat itu boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman, didapatkan kembali atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikat itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikat itu memberi notis kepada orang yang hak atau liabilitinya disentuh oleh peletakhakan di bawah subseksyen (1).
     
8(C).5 
Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap koperasi berdaftar itu yang berhubungan dengan mana-mana aset, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat itu menurut kuasa subseksyen (1) boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap syarikat itu.
     
8(C).6 
Jika menurut kuasa subseksyen (1), apa-apa aset berpindah kepada dan terletakhak pada syarikat itu, peruntukan-peruntukan Bahagian Tiga Puluh Kanun Tanah Negara yang terpakai bagi penerima pindahan selain daripada suatu Pihak Berkuasa Negeri atau Kerajaan sesuatu Negeri hendaklah, bagi maksud membuat pendaftaran bagi peletakhakan itu, terpakai bagi syarikat itu.
       
9. 

Pembatalan pendaftaran sesuatu koperasi kerana kurang anggota.

       
9.1 
Ketua Pendaftar boleh, dengan perintah secara bertulis, membatalkan pendaftaran mana-mana koperasi berdaftar, selain daripada sesuatu koperasi yang di antara anggota-anggotanya ialah satu atau lebih koperasi berdaftar, jika pada bila-bila masa dibuktikan sehingga dia berpuas hati bahawa bilangan anggota koperasi berdaftar yang mula-mula disebut itu telah berkurangan sehingga menjadi kurang daripada sepuluh orang.
     
9.2 
Tiap-tiap perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah mula berkuatkuasa dari tarikh perintah itu.
       
10. 

Akibat pembatalan pendaftaran.

       

Jika pendaftaran sesuatu koperasi berdaftar dibatalkan oleh suatu perintah di bawah seksyen 71, 71A atau di bawah seksyen 72, koperasi itu hendaklah terhenti wujud sebagai pertubuhan perbadanan dari tarikh perintah itu mula berkuatkuasa.

       
11. 

Pelikuidasian selepas pembatalan pendaftaran koperasi.

       

Jika pendaftaran sesuatu koperasi berdaftar dibatalkan di bawah seksyen 71, 71A atau seksyen 72, Ketua Pendaftar boleh melantik seorang orang kompeten untuk menjadi pelikuidasi koperasi berdaftar itu.

       
12. 

Kuasa-kuasa pelikuidasi.

       
12.1 
Seseorang pelikuidasi yang dilantik di bawah seksyen 74 hendaklah, tertakluk kepada bimbingan dan kawalan Ketua Pendaftar dan kepada apa-apa had yang dikenakan oleh Ketua Pendaftar dengan perintah di bawah seksyen 76, mempunyai kuasa untuk-
 
a. 
menentukan, dari semasa ke semasa, sumbangan-sumbangan yang hendaklah dibuat oleh anggota-anggota dan bekas anggota-anggota, atau oleh harta pusaka anggota-anggota yang mati, koperasi berdaftar itu kepada aset-asetnya;
 
b. 
menetapkan, dengan notis, suatu hari yang sebelumnya pemiutang-pemiutang, yang tuntutan-tuntutan mereka belum lagi direkodkan dalam buku-buku koperasi berdaftar itu, hendaklah menyatakan tuntutan-tuntutan mereka bagi diambil kira supaya mereka tidak tersingkir daripada apa-apa pembahagian yang dibuat sebelum mereka membuktikan tuntutan-tuntutan itu;
 
c. 
memutuskan apa-apa persoalan tentang susunan keutamaan yang berbangkit di antara orang-orang yang menuntut dan menyediakan suatu skim bagi pembayaran apa yang sepatutnya diterima oleh mereka;
 
d. 
memulakan dan membela guaman-guaman dan prosiding-prosiding undang-undang lain oleh dan bagi pihak sesuatu koperasi berdaftar atas namanya atau jawatannya dan hadir sendiri di mahkamah sebagai litigan bagi pihak koperasi itu;
 
e. 
memberi mana-mana orang kuasa untuk membuat pemungutan dan memberikan resit-resit sah bagi pihaknya;