|
|
|
|
1. |
Kelayakan untuk menjadi anggota. |
|
|
|
|
|
Untuk layak menjadi anggota dalam sesuatu koperasi asas, seseorang mestilah- |
| |
a. |
seorang warganegara Malaysia; |
| |
b. |
telah mencapai umur lapan belas tahun atau, dalam hal sesuatu koperasi sekolah, telah mencapai umur dua belas tahun; dan |
| |
c. |
bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi asas itu atau, dalam hal koperasi sekolah, menjadi penuntut berdaftar sekolah itu. |
|
|
|
|
2. |
Hilang kelayakan untuk menjadi anggota. |
|
|
|
|
|
Tiada seorang pun layak masuk menjadi anggota sesuatu koperasi berdaftar jika- |
| |
a. |
dia tak upaya dari segi mental; |
| |
b. |
dia ialah scorang bankrap yang belum dilepaskan; |
| |
c. |
dia ialah seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar; |
| |
d. |
dia telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu. |
|
|
|
|
3. |
Anggota-anggota tidak boleh menggunakan hak sehingga dibuat bayaran wajar. |
|
|
|
|
|
Tiada anggota sesuatu koperasi berdaftar boleh menggunakan hak-hak sebagai anggota melainkan jika dan sehingga dia telah membuat apa-apa bayaran kepada koperasi berdaftar itu berkenaan dengan keanggotaannya atau telah memperoleh apa-apa kepentingan dalam koperasi berdaftar itu sebagaimana yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan atau melalui undang-undang kecil koperasi itu. |
|
|
|
|
4. |
Sekatan keanggotaan dalam koperasi. |
|
|
|
|
|
Tiada seorang pun boleh menjadi anggota lebih daripada satu koperasi berdaftar yang matlamat utamanya ialah untuk memberikan pinjaman kepada anggota-anggotanya. |
|
|
|
|
5. |
Undi anggota-anggota. |
|
|
|
|
|
5.1 |
Tiada anggota atau perwakilan anggota-anggota mana-mana koperasi berdaftar boleh mempunyai lebih daripada satu undi dalam penjalanan hal-ehwal koperasi itu, dan dalam hal kesamarataan undi pengerusi tidak boleh mempunyai undi pemutus. |
|
|
|
|
|
5.2 |
Walau apa pun subseksyen (1), anggota sesuatu koperasi menengah atau atasan boleh mempunyai kuasa-kuasa mengundi yang diperuntukkan oleh undang-undang kecil koperasi menengah atau atasan itu. |
|
|
|
|
|
5.3 |
Tertakluk kepada seksyen 31 dan 36, tiada anggota boleh mengundi melalui seorang anggota lain dan tiada perwakilan boleh mengundi melalui perwakilan lain. |
|
|
|
|
6. |
Perwakilan melalui proksi. |
|
|
|
|
|
Anggota sesuatu koperasi menengah atau atasan boleh melantik mana-mana perwakilannya, yang mestilah anggota Lembaganya, sebagai proksinya bagi maksud mengundi dalam penjalanan hal-ehwal koperasi menengah atau atasan itu. |
|
|
|
|
7. |
Kontrak anggota belum dewasa dengan koperasi. |
|
|
|
|
|
Perihal belum dewasanya mana-mana orang yang diterima masuk sewajarnya sebagai anggota mana-mana koperasi berdaftar tidaklah menghalang orang itu daripada menyempurnakan apa-apa suratcara atau memberikan apa-apa penjelasan yang perlu disempurnakan atau diberikan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan dan tidaklah menjadi alasan bagi mentaksahkan atau mengelakkan apa-apa kontrak yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu; dan mana-mana kontrak sedemikian yang dibuat oleh mana-mana orang sedemikian dengan koperasi itu, sama ada sebagai prinsipal atau penjamin, hendaklah boleh dikuatkuasakan di sisi undang-undang atau terhadap orang itu walaupun dia belum dewasa. |
|
|
|
|
8. |
Sekatan atas pemegangan saham. |
|
|
|
|
|
Tiada anggota, selain daripada suatu koperasi berdaftar, boleh memegang lebih daripada satu perlima modal syer mana-mana koperasi berdaftar. |
|
|
|
|
9. |
Sekatan atas pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan. |
|
|
|
|
|
Pemindahan atau gadaian syer atau yuran atau kepentingan seseorang anggota atau bekas anggota atau anggota yang mati dalam modal sesuatu koperasi berdaftar hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat tentang pemegangan maksimum sebagaimana yang ditetapkan melalui atau di bawah Akta ini. |
|
|
|
|
10. |
Liabiliti bekas anggota dan harta pusaka atas hutang-hutang koperasi. |
|
|
|
|
|
10.1 |
Liabiliti seseorang bekas anggota sesuatu koperasi berdaftar atas hutang-hutang koperasi berdaftar itu sebagaimana yang ada pada tarikh dia terhenti menjadi anggota tidaklah berterusan melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh itu. |
|
|
|
|
|
10.2 |
Harta pusaka seseorang anggota sesuatu koperasi berdaftar yang mati tidaklah bertanggungan bagi hutang-hutang koperasi berdaftar itu, sebagaimana yang ada pada tarikh dia mati, melebihi tempoh dua tahun dikira dari tarikh dia mati. |
|
|
|
|