|
|
|
|
|
1. |
Takrif. |
|
|
|
|
|
|
Dalam Bahagian ini, "undang-undang termansuh" ertinya undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 95. |
|
|
|
|
|
2. |
Pemansuhan dan Kecualian. |
|
|
|
|
|
|
2.1 |
Akta dan Ordinan yang berikut adalah dimansuhkan: |
|
|
a. |
Akta Koperasi 1948. |
|
|
b. |
Ordinan Koperasi 1958(Sabah); dan |
|
|
c. |
Ordinan Koperasi (Sarawak). |
|
|
|
|
|
|
2.2 |
Pertubuhan perbadanan yang diwujudkan dibawah seksyen 3A Akta Koperasi 1948 dengan nama "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" hendaklah terus wujud sebagai pertubuhan perbadanan di bawah Akta ini dan hendaklah disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan yang diwujudkan di bawah seksyen |
|
|
|
|
|
|
2.3 |
Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana daftar yang disimpan atau disenggarakan atau mana-mana kumpulan wang yang dipegang dan ditadbirkan menurut undang-undang termansuh hendaklah disifatkan menjadi sebahagian daripada daftar atau kumpulan wang yang bersamaan di bawah Akta ini. |
|
|
|
|
|
|
2.4 |
Walau apa pun subseksyen (3)- |
|
|
a. |
Kumpulan Wang Audit dan Penyeliaan yang ditubuhkan di bawah Kaedah-Kaedah Koperasi Sabah dan Kaedah-Kaedah Koperasi Sarawak hendaklah terus dipegang dan ditadbirkan oleh Pendaftar yang bertanggungjawab bagi koperasi-koperasi berdaftar di Negeri Sabah atau Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud yang diperuntukkan di bawah Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali bahawa tiada sumbangan baru kepada Kumpulan Wang itu boleh dilevi; dan |
|
|
b. |
wang yang didepositkan dengan sesuatu bank atau koperasi berdaftar oleh Pendaftar di bawah peruntukan-peruntukan subseksyen 46(3) Ordinan Koperasi 1958 (Sabah) atau Ordinan Koperasi (Sarawak) yang termansuh, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, dalam masa enam bulan dari tarikh mula. berkuatkuasanya Akta ini, dipindahkan kepada Akaun Pelikuidasian Koperasi yang dipegang oleh Ketua Pendaftar di bawah subseksyen 75(7). |
|
|
|
|
|
|
2.5 |
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi mengadakan peruntukan mengenai cara bagaimana Kumpulan Wang yang tersebut dalam perenggan (4)(a) akan dipegang dan ditadbirkan dan, apabila Kumpulan Wang itu menjadi terhaus, bagi pembubarannya dan bagi perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. |
|
|
|
|
|
3. |
Kedudukan pendaftaran dan undang-undang kecil koperasi-koperasi yang berdaftar di bawah undang-undang termansuh. |
|
|
|
|
|
|
3.1 |
Sesuatu koperasi yang, sebelum sahaja Akta ini mula berkuatkuasa, berdaftar atau disifatkan berdaftar di bawah peruntukan-peruntukan undang-undang termansuh hendaklah disifatkan telah didaftarkan di bawah Akta ini. |
|
|
|
|
|
|
3.2 |
Tertakluk kepada subseksyen (3), koperasi-koperasi yang didaftarkan atau disifatkan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang termansuh hendaklah, tidak lewat daripada dua tahun selepas Akta ini mula berkuatkuasa, meminda undang-undang kecilnya untuk menjadikannya selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta ini. |
|
|
|
|
|
|
3.3 |
Subseksyen (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang termansuh yang di bawahnya orang-orang individu serta juga koperasi-koperasi berdaftar, atau yang di bawahnya koperasi-koperasi berdaftar yang berlainan jenis, boleh menjadi anggota koperasi itu atau yang memperuntukkan bahawa koperasi itu ialah koperasi dengan liabiliti tak terhad, jika undang-undang kecil itu tidak tak konsisten dengan peruntukan-peruntukan undang-undang termansuh yang di bawahnya undang-undang kecil itu dibuat. |
|
|
|
|
|