Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2008 Pejabat (KPF) akan berpindah ke :

  Pejabat Koperasi Permodalan Felda (KPF)
  Bangunan Blok J,
  Anjung Felda, Jalan Maktab,
  54000 Kuala Lumpur.
  Tel : +603-2069 70502
    : +603-269 42095
  Faks : +603-269 48492
 
Firman Allah Taala "Kamu tidak sekali-kali akan mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu beri makan sebahagian dari apa yang kamu sayangi, dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahui." (AliImran:92)

 

Subuh 05:51
Zohor 13:23
Asar 16:44
Maghrib 19:26
Isyak 20:41
 
 
 

 


KOPERASI PERMODALAN FELDA telah ditubuhkan pada 1 Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948.Bertujuan untuk menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.

Penubuhan KPF ini telah menyerlahkan hasrat murni FELDA untuk memberi peluang secara adil kepada warga FELDA untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat-syarikat FELDA melalui KPF juga merupakan suatu wawasan dan prihatin FELDA untuk kemajuan warga FELDA.

 
Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kpf Yang Ke 27
 

Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KPF Yang Ke 27 telah diadakan pada hari Jumaat, 27 Jun 2008  jam 2.45 petang bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 900 perwakilan dari seluruh negeri.

Agenda Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan ini antaranya telah membentangkan penyata kewangan tahun 2007, menetapkan bayaran dividen tahunan,  memilih Anggota Lembaga bagi sesi 2008/2009 dan menetapkan skop dan had pelaburan tahun 2008.
   
    Galeri Gambar Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kpf Yang Ke 27
   

Prestasi 2007 > Anggota Dan Modal Syer

 

Jumlah anggota KPF telah bertambah sebanyak 3.55% kepada 186,268 (2006:179,882) manakala  modal syer anggota meningkat sebanyak 23.64%  kepada  RM1.17billion (2006: RM942.98juta).

Bilangan anggota Kumpulan Peneroka bertambah sebanyak 3.31% kepada 163,580 (2006:158,580). Kumpulan ini merupakan 87.82% daripada jumlah anggota KPF.

Jumlah modal syer yang dilaburkan oleh peneroka dan keluarga mereka turut bertambah sebanyak 28.24% kepada RM761.89juta (2006:RM594.12juta). Jumlah modal syer yang dimiliki oleh Koperasi/Badan peneroka pula ialah sebanyak RM105.61juta (2006:RM101.19juta). Kumpulan Peneroka merupakan pemilik terbesar modal syer iaitu sebanyak RM867.50juta yang merupakan 74.41% daripada keseluruhan modal syer dengan purata pemilikan sebanyak RM5,303 (2006: RM4,391).

Keanggotaan dari Kumpulan Kakitangan pula iaitu seramai 22,687,  merupakan 12.18% daripada jumlah anggota KPF. Kumpulan ini memegang syer sebanyak RM294.82juta ataupun 25.29% daripada keseluruhan modal syer anggota.
   

Pelaburan

 

Pelaburan KPF mencecah RM1.47 billion pada tahun 2007 iaitu mengalami pertumbuhan  sebanyak 39.20% (2006:RM1.05  billion). Teras utama pelaburan KPF ialah pegangan ekuiti dalam 13 buah Syarikat Kumpulan Felda melalui pegangan sebanyak 303.2juta unit saham dengan kos pelaburan sebanyak RM393.55juta.

Sepanjang tahun 2007, pelaburan-pelaburan utama KPF ialah urusniaga pasaran sekuriti (RM505.44juta), pelaburan usahasama/terokaan modal (RM362.89juta), pelaburan dalam Amanah Raya Berhad (RM129.22juta) dan pasaran bon (RM82.38juta), disamping menceburi usahasama dengan syarikat-syarikat luar yang berdaya maju.

Pelaburan KPF dalam 14 buah syarikat usahasama/luar meningkat kepada RM146.5juta iaitu pertambahan 11.35% berbanding sebanyak RM131.6juta pada tahun lalu. Pelaburan ini merupakan pemilikan ekuiti dalam syarikat luar yang berdaya maju seperti Superlon Worldwide Sdn. Bhd., Pantech Corporation Sdn. Bhd., PowerRoot Group Sdn. Bhd. dan POS Ad Sdn. Bhd.

KPF terus menambah pelaburan pemilikan ekuiti apabila mengambil ekuiti dalam tiga lagi syarikat luar yang berdaya maju iaitu ELNA PCB RM3.0juta, Hasrat Eramas (RM15.54juta) dan Plastic Centre (RM9.21juta). Pelaburan ini memberi peluang kepada KPF memiliki saham dalam syarikat-syarikat yang berdaya maju sebelum ianya disenaraikan, dengan kos pelaburan yang rendah serta peluang menikmati pulangan yang menarik dalam jangkamasa yang sederhana, juga berpeluang meluaskan lagi skop pelaburannya.

KPF turut menerokai pelaburan hartanah melalui pembelian 2 buah bangunan komersial yang memuatkan ruang perniagaan dan ruang pejabat iaitu bangunan 8 tingkat “Solaris Dutamas” di Jalan Duta dengan kos sebanyak RM35.01juta; dan bangunan 20 tingkat “The Icon” yang terletak di Jalan Tun Razak dengan dengan kos pembelian sebanyak RM174.4juta.

Pelaburan hartanah ini merupakan satu strategi mempelbagaikan skop pelaburan disamping menikmati pulangan dalam bentuk sewaan dan kenaikan harga dengan kadar 8.5% setahun. Kedua-dua bangunan tersebut masih dalam pembinaan dan dijadualkan siap pada pertengahan tahun 2009. KPF juga sedang menilai beberapa peluang pelaburan hartanah lain yang berpotensi di Lembah Klang.
   

Kewangan

 

Pada tahun 2007 KPF memperolehi pendapatan sebanyak RM253.06juta, meningkat 51.03% berbanding tempoh yang sama tahun lalu (2006:RM167.55juta). Dividen kasar daripada Syarikat-syarikat Felda telah memberikan pulangan sebanyak RM127.11juta, menyumbang 50.22% daripada jumlah pendapatan keseluruhan KPF (2006: 71.86%).

Keuntungan bersih sebelum cukai ialah sebanyak RM244.79juta, meningkat sebanyak 50.47% berbanding keuntungan tahun lalu (2006:RM162.68juta).

Pada tahun ini bayaran zakat perniagaan yang diagihkan kepada institusi zakat negeri masing-masing juga turut meningkat kepada RM8.0juta berbanding RM4.0juta pada tahun lalu.

Keuntungan selepas bayaran cukai/zakat sebanyak RM183.31juta pula meningkat 45.93% berbanding tahun lalu (2006:RM125.61juta).

Kadar dividen dan bonus yang dibayar tahun ini ialah 16.5% berjumlah RM178juta tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
   
 
Anda boleh memuat turunkan, borang-borang KPF seperti di bawah :-  
     
.doc
.pdf
 
Borang Keanggotaan (Individu)
 
Borang Keanggotaan(Kop Kakitangan/Peneroka)
 
Borang Tambah Pelaburan
 
Borang Penama
 
Borang Arahan Potongan
 
Borang Akuan Waris
 

 

 
 
 
| Pengenalan | | Maklumat Korporat | | Perangkaan | | Soalan Lazim | | Akta Koperasi 1993 | | Peraturan Koperasi 1995 | | Undang-Undang Kecil | | Hubungi Kami |