.....................
.....................
 |
| :: Perutusan Pengarah Besar Felda :: |
|
Selamat datang dan terima kasih kerana meluangkan masa melayari Laman Web Felda.
Kita sekarang berada di alam siber. Kita juga bersaing untuk sentiasa berdaya maju. Penguasaan maklumat memberi competitive advantage untuk berada di puncak. Dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang serba canggih dalam dunia tanpa sempadan, kita tidak mampu untuk merangkak di belakang jika kita berhasrat untuk bersaing di komuniti global.
Dalam pada kita sibuk untuk memastikan pencapaian matlamat, misi dan visi organanisasi, pelaksanaan tugas seharian juga menuntut kita melaksanakan fungsi memungut, mentafsir dan menyebar maklumat. Tidak kira di mana kita bertugas dan apa jawatan yang di sandang, kita kini berhadapan dengan berbagai cabaran dalam usaha mewujudkan kumpulan pengurusan dan pekerja yang berpengetahuan. Tuntutan masyarakat pada zaman cyber ini menjurus kepada penyediaan maklumat yang mudah dicapai dan secara real time. Selaras dengan era globalisasi, penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa adalah perlu demi mencapai kecemerlangan dalam pembangunan.
|
 |
Dalam usaha Felda untuk memenuhi tuntutan pengguna-pengguna maklumat sama ada terdiri daripada pihak kerajaan, swasta, masyarakat umum atau pun dari luar Negara, laman web ini disediakan dengan tujuan menyebarkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi ini. Sebagai sebuah agensi pembangunan tanah yang terbesar di dunia, adalah menjadi tanggungjawab Felda untuk berkongsi maklumat mengenai hasil usahanya yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi Negara. Berpandukan motto Bakti Disemai Bukti Dituai, Felda terus melebarkan sayapnya untuk menabur benih di pentas global dalam millennium ini.
|
Selaras dengan hasrat Kerajaan supaya semua agensi kerajaan berfungsi dalam suasana kerajaan elektronik, Felda sedang berusaha mempertingkatkan kapasiti teknologi maklumatnya bagi penyaluran dan penyebaran perangkaan kepada pengguna-pengguna data. Jika anda melayari internet dan singgah di laman Web Felda, anda akan dapat mencapai berita mengenai kemudahan bankuasi yang disediakan oleh Dewan Perdana Felda, barangan kraf yang diusahakan oleh warga peneroka, pelbagai produk pengguna berasaskan sawit serta program-program khidmat kemasyarakatan yang disumbang oleh Yayasan Felda untuk kepentingan umum.
Saya berharap pasukan petugas yang berusaha gigih menyenggara laman web ini akan meneruskan usaha mereka untuk meningkatkan kualiti kandungannya sepanjang masa sehingga ia dapat dijadikan sebagai sumber rujukan yang terkini mengenai agensi ini.
DATUK KHAMIS MD SOM
Pengarah Besar Felda
September 2004 |
|
|
|
|
.....................
.....................
...................
..
|