Selamat Datang Ke Laman Web Felda                                                                                                                              
.....................
Maklumat Tambahan
.....................
Link


  :: Pembangunan Masyarakat ::


Aktiviti Kemasyarakatan


Misi utama Felda membangunkan tanah rancangan dan menempatkan peneroka telah mencapai kejayaan yang dibanggakan. Sehingga Julai 2004 seramai 70,000 peneroka daripada 103,156 keluarga peneroka telah menerima hakmilik masing-masing daripada Kerajaan Negeri. Kira-kira 30% lagi sedang berusaha untuk menyelesaikan bayaran kembali kos pembangunan dan akhirnya akan mendapat hak milik.

Sebagai sebuah agensi pembangunan tanah yang berjaya, pembangunan manusia terutamanya peneroka juga menjadi matlamat utama Felda. Prgram khusus disusun dan dilaksanakan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kualiti hidup masyarakat rancangan


Kepimpinan Peneroka



Masyarakat peneroka yang berdaya maju memerlukan pemimpin yang dinamik. Dari segi strukturnya kepimpinan peneroka di Rancangan dan Wilayah adalah teratur. Kepimpinan peneroka digerakkan melalui penubuhan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW). Institusi ini melalui proses pemilihan yang demokratik dan dijalankan dalam suasana yang muhibbah melalui musyarawah.


Aktiviti Keusahawanan


Punca utama pendapatan peneroka ialah daripada sumber kebun mereka. Pendapatan daripada punca ini bergantung kepada hasil pengeluaran dan harga komoditi tersebut. Apabila kebun ditanam semula, peneroka bergantung pula kepada pinjaman sara hidup yang didahulukan oleh Felda. Oleh itu punca pendapatan daripada sumber lain adalah diperlukan bagi mengurangkan tekanan beban ekonomi peneroka. Tumpuan diberi kepada usaha menambah pendapatan daripada punca selain kebun melalui pendekatan membantu bakal pengusaha untuk menjayakan perusahaan yang ingin mereka ceburi.

Aktiviti keusahawanan disusun bagi menggalakkan perlaksanaan kegiatan non-farm income dengan tujuan mencapai matlamat berikut:

  • Mewujudkan pengusaha baru di kalangan peneroka / ahli keluarga
  • Mewujudkan pengusaha dan perusahaan sedia ada supaya mereka berupaya menyumbang sumber pendapatan kepada ahli masyarakat yang lain
  • Menggalakkan pembangunan ekonomi di rancangan.

Aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan adalah:

  • Perlaksanaan Projek Satu Wilayah Satu Industri (SAWARI)
  • IKS-TANI

Bantuan Kewangan


Program ini dilaksanakan melalui aktiviti berikut:

  • Skim Insentif Usahawan Felda
  • Skim Bantuan Aktiviti Pertanian Luar Bandar
  • Bantuan Membesarkan Rumah Peneroka

Aktiviti Pendidikan

  • Program Latihan Kemahiran
  • Asrama Semai Bakti

Gerakan Belia


Seramai 96,000 belia terdapat di rancangan seluruh negara. Golongan ini perlu diberi perhatian. Selain mewujudkan Majlis Belia Felda Malaysia , Felda turut mengadakan program meningkatkan kesejahteraan belia melalui latihan dan kursus. Kusus dan latihan yang giat dijalankan pada masa ini ialah Kursus Rokan Waja di Pusat Latihan Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Kursus ini ditumpukan kepada pembinaan sahsiah belia dan menekankan aspek pembinaan disiplin yang tinggi. Sehingga Julai 2004 seramai 1,030 belia telah mengikuti kursus tersebut

Aktiviti Koperasi


Sebanyak 287 kooperasi telah ditubuhkan di seluruh rancangan Felda. Maklumat Koperasi di Rancangan pada Julai 2004:


Bil

Wilayah

Bil Koop

Bil Ahli

Jumlah Modal
(RM)

1

Ipoh

22

6,856

1,842,726

2

Seremban

41

13,207

3,939,536

3

Segamat

34

10,548

4,952,838

4

Johor Bahru

41

17,897

10,526,522

5

Kuantan

36

11,625

5,438,044

6

Temerloh

36

12,867

5,728,198

7

Jengka

37

14,447

3,776,586

8

Terengganu

20

7,527

1,963,176

9

Gua Musang

11

3,145

2,338,056

10

Sabah

9

1,785

476,190

Jumlah

287

99,904

40,981,872



Berita Semasa

Majlis Pengisytiharan Sambutan 50 Tahun Felda Dirasmikan Oleh TPM
Pada 7 Julai 2006 (Jumaat) Jam 9.00 Pagi Di Dewan Perdana Felda .


----------##----------

Tayangan Perdana Filem BILUT Bersama TPM
Pada 7 Julai 2006 (Jumaat) Jam 8.30 Malam Di Hotel Hilton Kuala Lumpur.


----------##----------

Gala Dinner Sempena Pengisytiharan Sambutan 50 Tahun Felda Bersama TPM
Pada 9 Julai 2006 (Ahad) Jam 8.00 Malam Di Hotel Hilton Kuala Lumpur


----------##----------



Dana Khas
Pelajar Cemerlang
Anak-anak Warga Felda
Ke Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara
Klik untuk maklumat lanjut.

----------##----------


Kenyataan Tawaran

Klik untuk maklumat lanjut.

----------##----------


Jawatan Kosong

Klik untuk maklumat lanjut.

----------##----------


::Nota::
Borang Permohonan Dana Khas
Jawatan Kosong
Kenyataan Tawaran

Klik Untuk Berita Lanjut

.....................
Link Berita
.....................

...................
..






Semua kandungan di dalam Felda.Net ini adalah hak cipta terpelihara.
Wisma Felda, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur
Tel : 03-26935066 Fax : 03-26920087

Webmaster: unitIT.felda@felda.net.my
Web site engine's code is fully owned by Felda.Net©. All Rights Reserved.
Page Generation: 0.141 Seconds
Paparan Terbaik Laman Web 1024 x 768 pixels