.....................
.....................
 |
| :: Hak Milik :: |
|
1. Apakah jenis Surat Perjanjian Peneroka dan bila sepatutnya peneroka menandatanganinya?
Tujuan utama surat perjanjian ini adalah untuk memudahkan pihak Felda menjalankan tugas yang diamanahkan berdasarkan kepada syarat dan peraturan yang telah dipersetujui bersama antara Felda dan peneroka mengenai tugas dan tanggungjawab sebagai peneroka. Surat perjanjian akan dijadikan sebagai rujukan kepada pihak Felda dan peneroka sekiranya timbul rasa tidak puas hati mengenai perlaksanaan peraturan. Dengan ini hubungan yang bersefahaman antara Felda dan peneroka akan sentiasa terjalin.
Terdapat empat jenis Surat Perjanjian yang perlu ditandatangani oleh peneroka. Surat perjanjian tersebut ialah:
1. Surat Perjanjian Mula Masuk Ke Rancangan
2. Surat Perjanjian Berkuat kuasa Selepas Hak milik
3. Surat Perjanjian Tanam Semula
4. Surat Perjanjian Pindaan
2. Apakah kandungan penting Surat Perjanjian Peneroka?
Surat-surat Perjanjian yang perlu ditandatangani oleh peneroka mengandungi
perkara-perkara berikut:
a) Surat Perjanjian Mula Masuk Ke Rancangan
Bahagian Pertama
Mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dari tempoh mula peneroka masuk ke rancangan hingga sampai mengeluarkan hasil seperti peneroka perlu bermastautin di rancangan, bayaran sara hidup, tatatertib serta keperluan menandatangani Surat Perjanjian Tambahan bila kawasan rancangan telah mengeluarkan hasil.
Bahagian Kedua
Mengandungi peraturan-peraturan tambahan selepas kawasan peneroka mengeluarkan hasil di mana peneroka akan didaftarkan dalam Buku Daftar Pegangan sehingga peneroka selesai menjelaskan hutangnya dan memerikan surat hak milik, seperti Bayaran Kembali, penjualan hasil, mengerjakan ladang, tatatertib, pewarisan dan pengeluaran hak milik.
b) Surat Perjanjian Berkuat kuasa Selepas Hak milik
Mengandungi persetujuan peneroka untuk membenarkan dan membolehkan Felda mentadbirkan kawasan rancangan serta memberikan perkhidmatan kepada peneroka sementara menunggu hak milik diserahkan oleh Kerajaan Negeri.
c) Surat Perjanjian Tanam Semula
Mengandungi persetujuan peneroka supaya Felda mengendalikan kerja-kerja tanam semula bagi kawasan mereka termasuk kemudahan pinjaman sara hidup, bekalan benih dan penjualan hasil.
d) Surat Perjanjian Pindaan
Mengandungi persetujuan peneroka mengubah Sistem Hak milik Kumpulan kepada Sistem Hak milik Individu. Perjanjian ini ditujukan kepada rancangan sawit sistem blok yang pada asalnya diberikan hak milik secara kumpulan. Mulai 1988 Hak milik telah digantikan dengan Hak milik Individu.
1, 2, 3, 4
|
|
|
|
.....................
.....................
................... ..
|