Bahasa / Language


Font Size

W3C

Projek Sentuhan Kasih FELDA

Sentuhan Kasih

 

Pengenalan

Sempena Himpunan Generasi Baharu FELDA yang diadakan di Uitm Shah Alam pada 10 November 2012 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembangunan projek Sentuhan Kasih FELDA yang meliputi 3 komponen utama iaitu Pembangunan Rumah berkualiti tinggi, Projek Pertanian Bersepadu dan Pembangunan Infrastruktur Moden. Sentuhan Kasih FELDA dilihat mampu memperkasa generasi baharu FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek perumahan pintar dengan menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk mereka. Projek Sentuhan Kasih FELDA ini disasarkan kepada golongan Generasi baharu FELDA yang tinggal di tanah rancangan dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri. Oleh yang demikian, program ini akan dapat mengurangkan masalah perpindahan dalam kalangan Generasi muda FELDA ke bandar. Selain itu ia juga salah satu cara untuk mencapai hasrat menjadikan FELDA sebagai penjana ekonomi utama masyarakat luar bandar menjelang tahun 2020.

 

Konsep

Projek Sentuhan Kasih FELDA akan melibatkan pembinaan 100 unit rumah bagi satu kawasan. Setiap rumah mempunyai keluasan lantai 1000 kaki persegi dan dianggarkan berharga RM76,000. Untuk permulaan, sejumlah 300 unit rumah akan dibina di FELDA Tenggaroh 3, FELDA Chini Timur 2 dan FELDA Tenang Besut.
Berkonsepkan Mini FELDA, projek ini adalah mirip seperti kemasukan peneroka FELDA pada 50 tahun yang lalu namun pemohon yang layak akan dikenali sebagai Peserta Sentuhan Kasih FELDA.

konsep sk

Objektif

  • Pengambilan peserta yang berkonsepkan Mini FELDA ini bukan sahaja bertujuan untuk memberi rumah malah turut menjalankan projek pertanian bersepadu yang melibatkan objektif tersebut:
  • Menyediakan rumah yang selesa dan kontemporari untuk Generasi baharu FELDA
  • Memberi pekerjaan dan jaminan pendapatan tetap serta pembangunan usahawan melalui aktiviti pertanian dan industri asas tani.
  • Membentuk satu komuniti yang harmoni dan berinovasi dengan kemudahan asas yang moden dan sempurna
  • Memperkasa Generasi baharu FELDA dalam cabaran dunia global menerusi projek perumahan pintar
  • Sebagai pemangkin kepada hasrat FELDA untuk menjadi Gedung Makanan Negara.

Komponen

Komponen dalam Sentuhan Kasih

  1. Perumahan
  2. Pertanian
  3. Pembangunan Infrastruktur

Komponen Perumahan

Ciri-ciri rumah

Rumah untuk generasi baharu FELDA ini dibina menggunakan sistem IBS (Industrial Building System) IRIS KOTO. Menerusi kaedah pembinaan tersebut, sesebuah rumah boleh disiapkan dalam tempoh seminggu. Terdapat 2 reka bentuk rumah sentuhan kasih dimana ianya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1.    Unit banglo satu tingkat
2.    3 bilik tidur, 1 ruang tamu, ruang makan, dapur dan 2 bilik air
3.    Keluasan tanah : 3000 kaki persegi / unit
4.    Keluasan binaan : 1000 kaki persegi / unit
5.    Lantai seramik
6.    Kalis api
7.    Lebih sejuk dan selesa
8.    Berdaya tahan
9.    Pembinaan yang cepat dan mudah (pasang siap)
10.  Mudah untuk diubah suai
11.  Berkonsepkan moden kontemporari

sk 1

sk 2

Syarat-syarat


Sentuhan Kasih Felda mensasarkan peserta terdiri daripada golongan Generasi Baharu FELDA yang tinggal di tanah rancangan namun tidak mampu memiliki rumah sendiri. Salah seorang dari setiap keluarga yang terpilih diwajibkan bekerja di ladang pertanian. Antara syarat utama menjadi peserta sentuhan kasih FELDA ialah:
1.    Pemohon merupakan Generasi Baharu FELDA
2.    Sudah berkahwin
3.    Berumur diantara 21 - 40 tahun
4.    Hendaklah menetap dan bekerja di dalam rancangan FELDA
* tertakluk kepada pindaan.

Untuk mengetahui lebih tentang Sentuhan Kasih FELDA, sila klik pada imej di bawah.

sentuhan kasih

 

 

pd fgv felda holding-01 pd kpf majlis belia-01 pd fufc pd asrama pd yf pd hf pd sk pd sv