Bahasa / Language


Font Size

W3C

Articles

Latihan Kemahiran Generasi Baru FELDA

Generasi Baru

 

Latihan Kemahiran telah bermula pada tahun 2005 yang meliputi empat peringkat iaitu peringkat Sijil (Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3), diploma, ijazah dan kursus berprofil tinggi. FELDA dalam usaha memperkasa dan memberi peluang pengajian kepada generasi baru FELDA untuk menyambung pelajaran samada pada peringkat sijil, Diploma, ijazah atau peringkat berprofil tinggi. Pendidikan tertiari adalah satu cara untuk membangunkan potensi diri individu generasi baru FELDA selepas SPM ke arah memajukan potensi diri dan taraf kehidupan. Hal ini adalah selaras dengan hala tuju jabatan Pengajian Tinggi & Pembangunan Generasi Baru iaitu untuk melahirkan generasi baru yang berilmu, berketerampilan, berdaya saing untuk memenuhi keperluan FELDA dan negara pada masa akan datang. 

 

Program ini memberi impak yang tinggi kepada generasi baru FELDA khasnya untuk melengkapkan diri mereka dengan ilmu dan berkemahiran untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar pada zaman globalisasi sekarang. Antara faedah yang diperoleh oleh generasi baru FELDA mengikuti program ini adalah seperti pelatih mampu berdikari untuk meneruskan latihan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi tenaga penggerak untuk melahirkan usahawan dan dapat membendung masalah-masalah gejala sosial.

 

Senarai nama institusi di bawah Institusi Penyedia Latihan Kemahiran FELDA tahun 2014 adalah seperti di lampiran.

 

i) Institusi & Kursus peringkat Sijil

ii)  Institusi & Kursus peringkat Diploma

iii)  Institusi & Kursus peringkat Ijazah 

iv) Borang SILK (dikemaskini 28 Feb 2014)

v) Kod Kursus Baru Tahun 2014

 

pd fgv felda holding-01 pd kpf majlis belia-01 pd fufc pd asrama pd yf pd hf pd sk pd sv