Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Pembangunan Usahawan

LATAR BELAKANG

Jabatan Pembangunan Usahawan bertanggungjawab melahirkan usahawan baru selain membangunkan usahawan yang berdaya maju di kalangan warga peneroka dan generasi baharu FELDA. Pelaksanaan tindakan ini adalah menyokong strategi dan teras FELDA yang kedua iaitu “warga peneroka menjadi golongan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.”. Aktiviti keusahawanan yang dilaksanakan merupakan aktiviti non farm bagi menambah pendapatan warga peneroka selain daripada hasil utama daripada sawit dan getah. Pelbagai program latihan bimbingan keusahawanan dianjurkan oleh jabatan dengan kerjasama Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) untuk meningkatkan dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para usahawan dan bakal usahawan. Pelaksanaan program keusahawanan merangkumi pelbagai peringkat bermula daripada motivasi menjadi usahawan, ilmu asas keusahawanan, peningkatan dalam tahap atau status usahawan dari segi
pendapatan serta pengembangan jaringan perniagaan di dalam dan luar Negara.
Program ‘Satu Wilayah Satu Industri’ (SAWARI) telah dapat membangunkan seramai 101 orang pengusaha industri makanan dan seramai 37 orang pengusaha kraftangan yang mana mendapat bimbingan secara terus daripada FELDA. Tumpuan khas kepada peserta SAWARI bagi meningkatkan taraf premis perusahaan mereka serta kualiti produk yang memenuhi standard piawaian makanan, pensijilan Halal, Mesti, GMP dan HACCP. Produk keluaran pengusaha dipasarkan melalui Outlet SAWARI yang sediada iaitu di Wisma FELDA, TRAP Sg.Klah dan juga Outlet Terengganu yang akan mula beroperasi tahun 2014 serta Hypermarket seperti Jaya Jusco, AEON Big, Maidin dll.
FELDA juga telah mewujudkan Pusat Pengumpulan Makanan Sawari Pasak (PPMS) bagi memasarkan produk pengusaha terlibat.Usaha meningkatkan mutu dan kualiti produk dari segi pembungkusan juga terus dibuat dengan kerjasama SIRIM dan SME Corp melibatkan 20 pengusaha di bawah program SAWARI.

FOKUS UTAMA

Fokus utama Jabatan Pembangunan Usahawan untuk tahun 2014 adalah seperti berikut:
  • Melahirkan jutawan di kalangan usahawan generasi baharu FELDA
  • Meningkatkan kutipan hutang pinjaman Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF)
  • Menubuhkan Pusat Peneraju Usahawan FELDA (PPUF) berskala besar di Wilayah Raja Alias dengan anggaran peruntukan RM 4 juta.
  • Menambahbaik penggunaan machinery di Pusat Industri Makanan FELDA (PIMF) di Chini secara optimum dan cost effective dengan anggaran kos RM410,000.00.
  • Menjadikan Kompleks Industri Makanan di Pasak menepati piawaian HALAL, MESTI, GMP dan HACCP (certification compliance) untuk tujuan pemasaran dalam dan luar negara.
  • Menambah bilangan mesin tenun Jaquard dan Dobby loom bagi meningkatkan pengeluaran tenun dan songket eksklusif untuk memenuhi permintaan pasaran dalam dan luar negara.
  • Mewujudkan jaringan agensi kerajaan yang berkaitan dengan program keusahawanan seperti KPDNKK, MITI, MATRADE, SME Corp serta potential trader bagi meningkatkan kualiti produk dan seterusnya memasarkan produk keluaran FELDA di dalam dan luar negara.
  • Mentransformasi koperasi peneroka rancangan mencapai pendapatan melebihi RM1 juta dan mewujudkan konsortium koperasi peneroka FELDA.
  • Bekerjasama dengan agensi kerajaan yang dapat membantu pengusaha dari segi modal kewangan seperti PUNB, MARA,MBSB dan lain supaya mengurangkan kebergantungan kepada FELDA.
 

OBJEKTIF

  • Meningkatkan bilangan penyertaan warga peneroka melebihi 26,633 atau 23.6% dalam aktiviti keusahawanan.
  • Meningkatkan pendapatan usahawan di kalangan peneroka melalui aktiviti non-farm sekurang-kurangnya dengan purata RM 4,500 sekeluarga/ bulan.
  • Mewujudkan peluang perniagaan baru serta menambah baik kualiti produk yang dikeluarkan selari dengan kehendak pasaran semasa.
  • Mewujudkan jaringan pemasaran produk usahawan dengan agensi kerajaan seperti FAMA, MITI, MATRADE, dan lain-lain traders dalam dan luar negara.
  • Membantu pengusaha makanan dari segi penyediaan infrastruktur dan analisa nutrisi makanan “nutrient fact” bagi memenuhi akta piawaian standard. 
  • Menambah bilangan produk usahawan yang mendapat pensijilan tempatan dan antarabangsa iaitu HALAL, MeSTI, GMP dan HACCP.
 
 

CABARAN

  • Meyakinkan warga peneroka dan generasi baru di rancangan tentang faedah-faedah dan kejayaan yang boleh diraih jika menjadi usahawan di tanah rancangan dengan pendapatan yang terjamin.
  • Pendedahan kepada usahawan untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi, menepati akta piawaian makanan dan mendapat pensijilan tempatan dan antarabangsa.
  • Meningkatkan pasaran tempatan termasuk jualan hypermarket, jualan runcit, dan terlibat dalam majlis atau festival anjuran kerajaan dan swasta.
  • Sentiasa peka dan kemaskini dengan program-program bagi membina jaringan perniagaan dan pemasaran serta terlibat dalam majlis, seminar, persidangan, dan lawatan ke projek usahawan yang berjaya yang dianjurkan oleh pihak berkenaan.
  • Memastikan setiap projek usahawan yang berdaya saing mempunyai business plan yang mantap supaya pulangan yang baik dapat diperolehi.
  • Melaksanakan kajian projek Research and Development (R&D) dari segi produk, pemasaran dan kewangan projek sebelum satu-satu projek dimulakan.

MAKLUMAT ASAS

Bilangan Penyertaan Pengusaha
 
Bilangan Pengusaha Mengikut Wilayah
 
 jab pembangunanusahawan1
 
 
Bilangan Projek Mengikut Kategori
 
jab pembangunanusahawan2
Mengikut peratus tertinggi hingga terendah.
 
 
Nilai Jualan Aktiviti Non-Farm
 
jab pembangunanusahawan3
 
Mengikut Nilai Jualan Hingga Ogos 2013 (RM) dari tertinggi hingga terendah
 
 
Laporan Nilai Jualan Koperasi Peneroka
 
jab pembangunanusahawan4
 
Mengikut Nilai Jualan Sehingga Ogos 2013 (RM) dari tertinggi hingga terendah.
 
 
Laporan Jualan Aktiviti Non-Farm Keseluruhan
 
jab pembangunanusahawan5
 
 
Tunas Mekar
 
Rumusan pencapaian Tunas Mekar adalah
seperti berikut:
 
jab pembangunanusahawan6jab pembangunanusahawan7
 
Homestay
 
Rumusan pendapatan pengusaha dan kedatangan pelancong seperti berikut:
 
 jab pembangunanusahawan8
 
 jab pembangunanusahawan9
 
 
Skim Insentif Usahawan FELDA (SIUF)
 
Laporan kemajuan kelulusan pinjaman SIUF sehingga Ogos 2013 adalah seperti berikut:
 
jab pembangunanusahawan10
 
 

FUNGSI DAN PERANAN

jab pembangunanusahawan11
 
 jab pembangunanusahawan12
jab pembangunanusahawan13
 
jab pembangunanusahawan14
 
jab pembangunanusahawan15
 
 

PROGRAM UTAMA

Tahun 2014 menjurus kepada empat (4) tumpuan utama pelaksanaan program dan keperluan bajet tahun 2014 ialah seperti berikut:
 jab pembangunanusahawan20
   
Pusat Peneraju Usahawan FELDA (PPUF) di Wilayah Raja
Alias.
Kajian dan penyelidikan (R&D) produk.
   
PPUF ialah hub pengeluaran produk makanan terpilih yang menepati
keperluan pensijilan dengan penglibatan usahawan dari
peringkat pembekalan bahan mentah hingga ke peringkat pemasaran
dan pewujudan outlet FELDA. PPUF juga merupakan
satu pusat untuk aktiviti perniagaan baru yang berskala besar bagi
FELDA yang mampu membantu meningkatkan pendapatan usahawan
perusahaan makanan dan usahawan tani serta memberi
peluang pekerjaan.
Bagi menghasilkan produk-produk yang berkualiti dan berdaya
saing dalam pasaran tempatan mahupun antarabangsa, kajian
dan penyelidikan (R&D) akan dilaksanakan sebelum mana-mana
produk dihasilkan atau diketengahkan ke pasaran.
   
Pembukaan Outlet SAWARI di Lembah Klang. Pensijilan tempatan dan antarabangsa.
   
Bagi memenuhi permintaan pengguna di Lembah Klang, dicadangkan
untuk menubuhkan satu outlet SAWARI di Hypermarket.
Antara tempat yang dicadangkan ialah Jaya Jusco Wangsa Maju,
Carrefour Wangsa Maju dan Tesco Ampang.
Bagi menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa dengan
lagi efektif, usahawan-usahawan yang berdaya saing akan dibantu
dari segi penghasilan produk-produk yang memenuhi kriteria-
kriteria pensijilan tempatan dan antarabangsa iaitu HALAL,
MeSTI, GMP, dan HACCP.
   
Packaging Produk Makanan PPMS & PIMF. Menambah baik mesin di PPMS Pasak & PIMF Chini.
   
Pembangunan pembungkusan produk makanan PPMS & PIMF
dijangka akan dibangunkan dengan kerjasama SIRIM. Spesifikasi
saiz, rekabentuk dan maklumat berkaitan pembungkusan demi
menghasilkan mutu pembungkusan produk yang terkini serta
mematuhi peraturan Halal JAKIM dan MeSTI, Kementerian Kesihatan.
Mesin yang sedia ada di Pasak dan Chini akan di tambah baik
agar dapat menghasilkan keluaran produk yang lebih optimum
bagi menampung permintaan tempatan dan luar negara.
   
  Memenuhi permintaan antarabangsa.
   
  Bagi memenuhi permintaan tempatan dan antarabangsa tumpuan
adalah kepada kualiti produk dan kuantiti yang mencukupi
mengikut keperluan. Penghasilan produk pengusaha akan dimantapkan
dan dipantau serta mematuhi piawaian pengeluaran produk
makanan standard agar dapat memenuhi permintaan hypermarket
tempatan dan antarabangsa seperti MALINDO AIR,UAE,
Arab Saudi, Australia dan lain- lain.
   

TOP