Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Terengganu

Pertanyaan/Talian Umum (03-21912191) / Aduan (03-21792466) @ F1CC >

 

Terengganu

Pembangunan FELDA Wilayah Terengganu bermula di FELDA Chalok pada tahun 1957 seluas 1646.23 hektar yang menempatkan peneroka seramai 403 orang keluarga.

Sebanyak 20 buah rancangan berpeneroka diurustadbir oleh Wilayah ini, melibatkan semua daerah di Negeri Terengganu kecuali daerah Marang. Rancangan yang terlibat ialah Tenang Besut dan Selasih terletak dalam daerah Besut, Chalok dan Chalok Barat terletak dalam daerah Setiu, Belara dalam daerah Kuala Terengganu, Bukit Bading, Tersat, Mengkawang dan Jerangau Barat terletak dalam daerah Hulu Terengganu manakala Jerangau, Kerteh 1, 2, 3 dan 4 terletak di daerah Dungun dan terakhir Kerteh 5, Kerteh 6, Seberang Tayor, Cerul, Neram 1 dan Neram 2 terletak dalam daerah Kemaman.

Pembangunan rancangan berpeneroka yang terakhir di FELDA Wilayah Terengganu ialah FELDA Cerul pada tahun 1979 serta penempatan peneroka terakhir pada tahun 1988 menjadikan pembangunan ladang keseluruhan FELDA Wilayah Terengganu seluas 33,647 hektar dan menempatkan peneroka seramai 7,459 keluarga peneroka dan sehingga kini jumlah warga FELDA seluruh Wilayah Terengganu seramai 86,237 orang.

Pejabat Pentadbiran FELDA Wilayah Terengganu yang asal terletak di Jalan Hiliran, Kuala Terengganu yang kini tapaknya dijadikan Hotel Residence Felda.Pejabat Pentadbiran berpindah ditapak baru pada tahun 2008 diKomplek Pejabat FELDA Wilayah Terengganu, di Lot 10262 seluas 4.25 hektar di Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu sejauh 15 km dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu dilengkapi dengan kemudahan dan infrastruktur yang moden saperti bangunan pejabat, perumahan petugas, surau, tempat latihan serta asrama dan bangunan kedai.

 

Sehingga kini jumlah petugas (sehingga Februari 2013) yang sedang berkhidmat di FELDA Wilayah Terengganu seramai 205 orang meliputi kakitangan Pengurusan dan Profesional dan Sokongan.

Senarai kawasan Parlimen dan ADUN yang terlibat di FELDA Wilayah Terengganu sebanyak enam kawasan Parlimen dan sembilan kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Parlimen meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman manakala Dewan Undangan Negeri meliputi Hulu Besut, Jabi, Langkap, Tepoh, Ajil, Bukit Besi, Paka, Kemasik dan Air Putih.

 

Sejarah dan kronologi penempatan Pengurus Besar Wilayah yang pernah bertugas dan menguruskan Wilayah ini adalah seperti berikut:

 Bil  Nama  Tahun Pentadbiran  Jawatan
 1  Tg. Farik bin Tg. Husin  1965 - 1966  Setiausaha Cawangan
 2  Abdullah bin Yusof  1966 - 1968  Setiausaha Cawangan
 3  Abd. Hamid bin Samad  1968 - 1972  Setiausaha Cawangan
 4  Ramli bin Osman  1972 - 1974  Setiausaha Cawangan
 5  Mohamad bin Abd.Rahman  1974 - 1975  Setiausaha Cawangan
 6  Ismail bin Mohamad  1975 - 1977  Pengurus Kawasan
 7  Rosman bin Hashim  1977 - 1984  Pengawal Wilayah
 8  Y.M.Raja Abd.Rahman bin Raja Ismail  1984 - 1989  Pengawal Wilayah
 9  Tormodi bin Hj. Zainuddin  1989 - 1993  Pengarah Pembangunan
 10  Hj.Addnan bin Din  1993 - 1995  Pen.Pengarah Pembangunan
 11  Hj.Shaharuddin bin Abd. Majid  1995 - 1998  Pengurus Besar Wilayah
 12  Abu Bakar bin Abdullah  1998 - 1999  Pengurus Besar Wilayah
 13  Mohd Nor bin Kailany  24.1.2000 - 2.3.2003  Pengurus Besar Wilayah
 14  Hj. Yahya bin Lim  16.3.2003 - 31.3.2005  Pengurus Besar Wilayah
 15  Datuk Faizoull bin Ahmad  1.4.2005 - 31.12.2009  Pengurus Besar Wilayah
 16  Abd. Malib bin Abd. Rani  01.1.2010 - 31.10.2012  Pengurus Besar Wilayah
 17  Mohd Helmi Fakhzan bin Abd Wahab  1.11.2012  Pengurus Besar Wilayah
  • Kemaskini Terkini :20.3.2019

    Sawit(CPO)  RM 2,105.00 (per tan)
     
    Getah(SMR20)  RM 599.50 (sen/kg)
     
     FGV  RM 1.13
     MSM  RM 2.05

  • Hari Ini 517

    Semalam 666

    Minggu Ini 1868

    Bulan Ini 11002

    Keseluruhan 597702

  • FGV1 FELDA JPG KPF1  KPF2  fic-logo-01 satu
    10 11 12 13
    logofufc jshine fb utb
TOP