Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Seminar Pengurus 2017

Seminar Pengurus 2017

pengumuman2

Seminar Pengurus 2017 telah di laksanakan di Institut Latihan FELDA Trolak, Perak sebanyak tiga (3) siri yang melibatkan semua Pengurusan Tertinggi dan pengurus –pengurus di Ibu pejabat, Wilayah dan Rancangan FELDA secara berperingkat. Objektif Seminar adalah untuk memperkasa pengetahuan dan kepimpinan petugas FELDA terutama terhadap isu –isu yang sering di utarakan oleh warga peneroka.

Sepanjang seminar ini, Timbalan –timbalan Pengarah Besar FELDA telah turun untuk memberi penerangan dan memupuk kesedaran kepada semua petugas akan kepentingan menjaga FELDA dan hal ehwal peneroka di setiap pelusuk rancangan agar selari dengan Visi dan Misi FELDA bagi tahun 2017.

Peserta juga didedahkan kepada aktiviti berkumpulan / team building yang mana mendorong peserta di dalam pebagai kemahiran seperti kemahiran penyelesaian masalah, merancang, menganalisa dan membuat keputusan yang tepat. Melalui seminar ini, peserta telah diberi peluang di dalam sesi Q&A terus kepada Pengurusan Tertinggi di dalam membincang dan mencapai keputusan terhadap permasalahan yang timbul di kawasan rancangan.

TOP