Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Perladangan

Perladangan

LATAR BELAKANG

Jabatan Perladangan berperanan dalam pengurusan hal ehwal produktiviti kebun peneroka, penyelenggaraan dan khidmat nasihat kebun peneroka serta menangani aduan isu-isu kebun peneroka di rancangan. Peningkatan produktiviti dan kualiti diberi penekanan melalui Amalan Pengurusan Terbaik (BMP), Amalan Pertanian Baik (GAP), serta inovasi pertanian dalam pengurusan kebun peneroka. Tumpuan sasaran kerja bagi 2016 kepada aktiviti-aktiviti dalam memaksimakan produktiviti kebun bagi menyelaraskan VISI FELDA iaitu sebagai peneraju industri sawit dan warga peneroka berpendapatan tinggi. Pemindahan teknologi pertanian dan mekanisasi turut dilaksanakan dalam usaha meningkatkan produktiviti sawit dan getah. Disamping itu, jabatan bertanggungjawab dalam pembangunan projek baharu iaitu Projek FELDA Limbang dan pemantauan kemajuan Projek Laka Temin dan Kalabakan. Projek Agropolitan merupakan projek di bawah seliaan jabatan ini di mana FELDA telah dilantik menjadi agen pelaksana oleh East Coast Economic Region (ECER).
 
 

OBJEKTIF

 
 1. Memaksimakan pengeluaran hasil (produktiviti dan kualiti) kebun Lot Peneroka dan Lot FELDA dengan:
  • Memastikan Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) dan Amalan Pertanian Baik (GAP) dilaksanakan
  • Menggunakan konsep Ladang Persis (Precision Farming) di semua kawasan
  • Memberi khidmat nasihat pertanian kepada pihak pengurusan rancangan dan menangani isu-isu kebun peneroka di rancangan 
  • Melaksanakan program pemindahan teknologi pertanian (TOT) dan inovasi baharu
 
2. Melaksana dan mengurus Projek Agropolitan mengikut perjanjian yang dimeterai
 
3. Menguruskan pembangunan Projek FELDA Limbang
 
4. Memantau kemajuan hasil dan produktiviti projek di Laka Temin dan Kalabakan yang diuruskan oleh FELDA Global Ventures Plantation     Management (FGVPM)

FUNGSI DAN PERANAN

IBU PEJABAT
  • Merancang dan mengkaji semula dasar-dasar Perladangan FELDA selaras dengan perkembangan semasa untuk dilaksanakan oleh rancangan
  • Mengemaskini dan menganalisa data serta maklumat pembangunan Perladangan
  • Mengkaji, menilai, menerima teknologi baru berkaitan Perladangan dan memanjangkannya ke wilayah serta rancangan
  • Mengkaji, merancang dan memantau program kerja tahunan dan bulanan bagi Projek FELDA Limbang
  • Merancang dan memantau program kerja tahunan dan bulanan bagi semua Projek Agropolitan
WILAYAH
  • Memantau dan memberi khidmat nasihat semasa perlaksanaan kerja-kerja Perladangan di rancangan
  • Membuat analisa dan rumusan terhadap semua laporan daripada rancangan dan memajukan laporan tersebut ke Ibu Pejabat.
  • Mengkaji, menilai, menerima teknologi baharu berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke rancangan dan peneroka
RANCANGAN/ PROJEK
  • Melaksanakan dasar-dasar Perladangan FELDA.
  • Merekodkan semua kerja-kerja Perladangan di peringkat rancangan dan memajukan laporan ke wilayah secara harian, mingguan dan bulanan
  • Mengkaji, menilai, menerima teknologi baharu berkaitan pertanian dan memanjangkannya ke peneroka dan melaksanakannya
  • Menyelesaikan isu status pemilikan tanah, mendapatkan kebenaran untuk pembangunan daripada pejabat tanah dan kerajaan negeri, serta mengkaji dan melaksanakan pembangun ladang
  • Melaksanakan segala program kerja tahunan dan bulanan bagi semua Projek Agropolitan

PROGRAM UTAMA

 Jabatan mensasarkan untuk memantau dan menyelaras kemajuan, latihan dan pemindahan teknologi pertanian yang melibatkan keseluruhan unit pertanian di sebelas (11) wilayah FELDA. Antara program berkala yang disasarkan sepanjang tahun 2017 adalah seperti berikut:
i.    Pelaksanaan sekurang-kurangnya 4 kali program turun ke ladang atau ‘Field Day’ pertanian;
ii.    Bengkel Analisa Pencapaian Hasil atau Anggaran Hasil setiap suku tahun;
iii.    Sesi Audit dan Verifikasi Projek Agropolitan setiap suku tahun; dan
iv.    Siri Program Jelajah Kesedaran RSPO dan Jelajah Pembajaan mengikut zon dan/atau wilayah.
 
 

TOP