Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Gedung Makanan Negara (GMN)

Gedung Makanan Negara (GMN)

LATAR BELAKANG

Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya sempena pelancaran Hari Peneroka FELDA pada 7 Julai 2009 bertempat di FELDA Moakil, Segamat Johor menyarankan FELDA melaksanakan Projek Gedung Makanan Negara (GMN).
“Hari ini saya tekankan satu lagi hasrat kerajaan supaya FELDA ini kita jadikan sebagai Gedung Makanan Negara. Inilah usaha-usaha yang akan kita lakukan supaya FELDA akan muncul sebagai pusat pengeluaran makanan berskala besar unutk menampung keperluan negara sebab negara masih mengimport bahan makanan yang begitu besar daripada luar negara”.

OBJEKTIF

1.    Memaksimumkan penggunaan tanah ideal dengan aktiviti pertanian berimpak tinggi
2.    Mewujudkan pengurusan rangkaian bekalan yang bersepadu dan komprehensif
3.    Pengukuhan jenama di peringkat tempatan dan antarabangsa
4.    Menawarkan perkhidmatan perundingan secara professional kepada pelanggan
5.    Memberi pulangan yang setimpal kepada stakeholder
 

FUNGSI DAN PERANAN

 
 IBU PEJABAT
a.    Merancang penggunaan tanah yang ideal secara maksima dengan aktiviti pertanian berimpak tinggi
b.    Merancang pengurusan rangkaian bekalan yang bersepadu dan komprehensif
c.    Membuat perancangan pengukuhan jenama di peringkat tempatan dan antarabangsa
d.    Bertindak sebagai kumpulan perancang kepada pembangunan seluruh projek
e.    Penyeliaan dan pemantauan ke atas prestasi projek dan ladang yang ingin dicapai
f.    Memastikan semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dan sejajar dengan visi dan misi asal
g.    Memastikan kualiti dan produktiviti ladang dapat dihasilkan seiring dengan matlamat FELDA sebagai Gedung Makanan Negara
    
WILAYAH
a.    Membantu dalam memaksimumkan penggunaan tanah yang ideal dengan aktiviti pertanian berimpak tinggi
b.    Mewujudkan pengurusan rangkaian bekalan yang bersepadu dan komprehensif
c.    Membantu pihak ibu pejabat dalam proses pengukuhan jenama di peringkat tempatan dan antarabangsa
d.    Bertindak sebagai pelaksana kepada pembangunan yang telah dirancang
e.    Pelaksana ke atas pengeluaran produk dan prestasi ladang
f.    Melaksana program yang telah dirancang
g.    Melaksanakan pelan perancangan yang telah ditetapkan oleh ibu pejabat

PROGRAM UTAMA

Demi mencapai visi dan misi GMN sebagai pengeluar dan pengedar makanan negara utama berskala besar, GMN mendukung konsep untuk berperanan sebagai national one-stop food centre di mana penglibatan GMN adalah merentas rantaian nilai, daripada pengeluaran bahan mentah sehingga penjualan keluaran bahan mentah dan makanan diproses/ produk downstream secara runcit.
 a.  Pembangunan Produk
AKTIVITI SASARAN
 Membangunkan produk hiliran baru
  • Mengurus proses pembangunan produk
  • Menerima cadangan dari pelbagai pihak
  • Menjalankan kerja-kerja pemilihan produk
Mengeluarkan produk jus minuman kordial 
  • Membangunkan 2 jenis jus iaitu jus nenas dan jus laici
  • Melibatkan pembelian bahan dari pembekal
  • Menguruskan jualan produk secara borong kepada pengedar
  • Mengurus tadbir kerja-kerja promosi di peringkat pengedar
  • Mengurus maklumbalas bagi penambahbaikan produk
Membangunkan produk chip buah-buahan berasaskan nanas dan nangka
  • Membangunkan 2 jenis Chip iaitu Chip Nenas dan Chip Nangka
  • Pengurusan pentadbiran termasuk pendaftaran
  • Melibatkan pembelian bahan dari pembekal
  • Menguruskan jualan produk secara borong kepada pengedar
  • Mengurus tadbir kerja-kerja promosi di peringkat pengedar
  • Mengurus maklumbalas bagi penambahbaikan produk
   
b.   Trading
AKTIVITI SASARAN
Bawang Mengimport 50 mtan bawang setahun
Cili Kering Mengimport 50 mtan cili kering setahun
 Beras Mengimport 1,000 mtan beras setahun
c. Pemasaran
AKTIVITI SASARAN
1) Mengenalpasti pasaran baharu bagi produk keluaran GMN
___________________________________________ 2)Menjalankan aktiviti promosi
 
___________________________________________
3)Mengenalpasti produk berpotensi
Mengadakan pertemuan bersama pelanggan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan.
___________________________________________
  • Mengadakan jualan bulanan di menara FELDA
  • Menyertai 5 aktiviti promosi melalui Jabatan atau organisasi luar FELDA. Contoh; HALALFEST
  •  Mengikuti program atau majlis FELDA
___________________________________________
Menjalankan kajian harga secara mingguan
 
 
 
 

TOP