Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Unit Undang - Undang

Undang-Undang Felda

LATAR BELAKANG

Unit ini adalah merupakan suatu unit yang dinamakan sebagai Unit Undang-Undang dan telah ditubuhkan pada 21 Julai 2008 selaras dengan tugasnya untuk memberi nasihat perundangan kepada pihak pengurusan FELDA, Jabatan-jabatan, Pejabat Wilayah serta Pejabat Rancangan dari aspek perkhidmatan sokongan (support service) di dalam hal ehwal yang melibatkan sistem Perundangan dan Perlembagaan Malaysia.

OBJEKTIF

•    Memberi perkhidmatan perundangan yang bertaraf professional, bermutu tinggi dan bertindak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) dan undang-undang yang terpakai di Malaysia dengan cekap, adil dan saksama.
•    Menjaga hak dan kepentingan FELDA dari sudut perundangan dan memastikan kepentingan FELDA sentiasa diutamakan di dalam setiap transaksi perjanjian dengan pihak kedua. •   Mengemaskini serta memperbaharui peruntukan undang-undang yang sedia ada dan menyediakan, menggubal dan/ atau menyemak deraf Undang-Undang Kecil, Perintah, Pekeliling serta Kaedah sama ada baru atau pindaan.
•    Membantu Jabatan-jabatan lain dalam mengatasi masalah-masalah yang melibatkan isu-isu perundangan.
•    Membantu serta menasihati FELDA di dalam penyediaan dokumen-dokumen perjanjian.
•    Menyemak segala dokumen perjanjian dan sebarang dokumen yang mempunyai kesan dari segi dan di sisi undang-undang sebelum sesuatu perjanjian itu dimuktamadkan.
 
 

FUNGSI DAN PERANAN

•    Memberi khidmat nasihat, pendapat dan pandangan kepada pengurusan FELDA, Jabatan-jabatan, Pejabat Wilayah serta Pejabat Rancangan yang meliputi segala aspek perundangan dan menjaga kepentingan FELDA samada secara bertulis atau lisan.
•    Mengawalselia dan memantau segala perkara yang melibatkan aspek perundangan.
•    Menyedia dan menyemak dokumen-dokumen perjanjian dan dokumen lain yang mempunyai kesan dari segi dan di sisi undang-undang.
•    Membuat semakan undang-undang (law revision) terhadap mana-mana peruntukan atau mana-mana perundangan utama dan subsidiari sepertimana yang diperlukan oleh Pengurusan FELDA.
•   Melantik panel peguam serta memantau pengendalian dan perjalanan kes oleh panelpanel peguam dalam mengendalikan kes yang diberikan.
•   Menyemak undang-undang, peraturanperaturan, kaedah-kaedah dan dokumen perundangan lain yang melibatkan FELDA.

PROGRAM UTAMA

1. Pengurusan kes-kes di Mahkamah.
2. Pengurusan hal ehwal perundangan Jabatan/ Unit/ Wilayah/ Rancangan.
3. Pelantikan panel-panel peguam.
4. Rundingan/ perbincangan dengan pihak luar dan/atau panel peguam mengenai sesuatu kes atau perjanjian.
5. Menyediakan dokumentasi-dokumentasi yang diperlukan bagi penyediaan kes-kes di mahkamah dan perjanjian-perjanjian yang melibatkan FELDA.
6. Menguruskan serta membantu saksi-saksi memberi keterangan di mahkamah.
7. Penyediaan dan semakan perjanjian – perjanjian berkaitan dengan FELDA.
8. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan isu-isu perundangan dari masa ke semasa.

TOP