Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Unit Pengurusan Risiko & Integriti

Unit Pengurusan Risiko/ Integriti

LATAR BELAKANG

Bermula dengan penggabungan Unit Pengurusan Risiko & Integriti dan Jabatan QC, R&D, Teknologi Baharu, KPI & KRA pada 15 Jun 2016, Unit Pengurusan Risiko/ Integriti (UPRI) diwujudkan sebagai sebuah unit sokongan kepada Pengurusan FELDA, di bawah Pengarah Besar FELDA. Berperanan utama dalam meningkatkan kualiti dan tahap perkhidmatan FELDA melalui Pengurusan Kualiti, Pengurusan Risiko, Pengukuhan Integriti, Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Baharu, kumpulan sasaran UPRI adalah terdiri daripada semua petugas FELDA.

OBJEKTIF

 A. Pengurusan Risiko
  • Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko Korporat (ERM) di FELDA
  • Menyediakan Laporan Profil Risiko Korporat dan tindakan mitigasi bagi kegunaan FELDA
  • Memastikan komitmen pengurusan melalui Jawatankuasa Risiko FELDA
B. Pengukuhan Integriti
  • Menerapkan nilai-nilai integriti secara menyeluruh di FELDA menerusi Program Jelajah Integriti FELDA, Integrity Pack dan lain-lain program
  • Memperkasa tadbir urus dan mekanisme kawalan dalaman bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan pelaksanan tugas dan fungsi jabatan/Wilayah dan rancangan
C. Keselamatan Perlindungan
  • Memastikan kriteria-kriteria keselamatan perlindungan di FELDA dipatuhi berdasarkan Buku Arahan Keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (PKPKKM)
  • Memastikan kesedaran berhubung keselamatan perlindungan dapat diterapkan di kalangan petugas-petugas FELDA di Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan
D. Pengurusan Kualiti (ISO, 5S, KIK, Lean Management, KPI dan OSH)
  • Mengekalkan pembaharuan pensijilan ISO sekali bagi setiap tiga tahun dan menyediakan SOP
  • Melaksanakan projek-projek KIK dalam semua jabatan, unit, wilayah dan rancangan yang dipilih
  • Mengambil bahagian sekurang-kurangnya 1 projek KIK dalam Konvensyen KIK Jabatan Perdana Menteri/ MPC/ Negeri
  • Memastikan semua wilayah dan rancangan melaksanakan 5S untuk mendapatkan pensijilan 5S yang disahkan oleh MPC
  • Untuk melaksanakan Lean Management Projects di jabatan/ wilayah yang dipilih
  • Memastikan semua jabatan, unit dan wilayah melaksanakan KPI dan KRA dengan mengemukakan laporan bulanan sebelum 10 haribulan setiap bulan yang akan digunakan sebagai kayu pengukur dalam penilaian prestasi Jabatan, Unit, Wilayah, Rancangan dan kakitangan
  • Meningkatkan kesedaran dan membudayakan petugas FELDA dalam isu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
  • Memastikan Keselamatan, kesihatan & Kebajikan petugas di tempat kerja dan mematuhi garis panduan pelaksanaan keselamatan & kesihatan pekerjaan (KKP) dalam persekitaran kerja
E.  R&D dan Teknologi Baharu
  • Melaksanakan projek penyelidikan dan penggunaan teknologi baharu (TOT) berskala kecil (perintis) yang sesuai bagi meningkatkan produktiviti dan berpotensi memberi nilai tambah kepada FELDA
  • Menyediakan syor bagi projek yang telah tamat untuk dikemukakan kepada pihak pengurusan FELDA untuk pelaksanaan secara berkala
F. Penerbitan
  • Menerbitkan 4 jilid Majalah Pengurus
  • Menerbitkan buku FELDA

                                              

FUNGSI DAN PERANAN

 

Ibu Pejabat Wilayah Rancangan/ Projek
A. Pengurusan Risiko
i)      Menerima dan menyemak Daftar Risiko 2018 Jabatan, Unit dan Wilayah.
 
ii)     Menyediakan Laporan Profil Risiko Korporat 2018.
i)      Menyediakan dan melengkapkan Daftar Risiko Wilayah 2018.
 
ii)     Memajukan Daftar Risiko Wilayah 2018 kepada UPRI.
Menyediakan dan memajukan maklumat berkaitan penyediaan Daftar Risiko Wilayah kepada Wilayah.
Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko di FELDA. Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko di peringkat Wilayah. Melaksanakan dan membudayakan Pengurusan Risiko di peringkat Rancangan.
i)      Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Risiko FELDA 2017.
 
ii)     Meminitkan dan menyediakan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Risiko FELDA 2017.
 
iii)   Merumuskan Laporan Mitigasi bulanan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Risiko FELDA 2017.
Menyediakan Laporan Mitigasi bulanan Wilayah dan dimajukan kepada Ibu Pejabat mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Memajukan maklumat berkaitan penyediaan Laporan Mitigasi bulanan Wilayah kepada Wilayah.
B. Pengukuhan Integriti
Melaksanakan program-program integriti peringkat Ibu Pejabat dan Wilayah dengan tujuan membudayakan penginstitusan dan pelaksanaan integriti di FELDA. i)      Bekerjasama dengan pihak Ibu Pejabat dan bertindak sebagai Pegawai Penyelaras bagi pelaksanaan program-program integriti di peringkat Wilayah.
 
ii)     Bersatu membudayakan penginstitusan dan pelaksanaan integriti di peringkat Wilayah.
i)      Memberi kerjasama kepada pengurusan Wilayah dengan memastikan penyertaan dan kehadiran petugas Rancangan ke program-program integriti di peringkat Wilayah.
 
ii)     Bersatu membudayakan penginstitusan dan pelaksanaan integriti di peringkat Rancangan.
i)      Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Integriti & Tadbir Urus FELDA (JITU).
 
ii)     Meminitkan dan menyediakan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat JITU FELDA.
 
iii)   Menerima dan merumuskan laporan maklumbalas integriti dan tadbir urus Jabatan/ Unit daripada Integrity Champion yang telah dilantik.
Menyediakan laporan maklumbalas integriti dan tadbir urus Wilayah dan memajukannya kepada UPRI. Memajukan maklumat berkaitan penyediaan laporan maklumbalas integriti dan tadbir urus kepada Wilayah.
C. Keselamatan Perlindungan
i)      Menyediakan panduan keselamatan perlindungan kepada petugas di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
 
ii)     Melaksanakan pengauditan dalaman keselamatan perlindungan ke Ibu Pejabat/ Wilayah/ Rancangan.
 
iii)   Menyediakan rumusan pengauditan dalaman keselamatan perlindungan dan maklumbalas laporan untuk penilaian.
 
iv)   Menganjurkan kursus/ latihan keselamatan perlindungan dengan tujuan meningkatkan kesedaran petugas Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan terhadap kepentingan pematuhan kepada keselamatan perlindungan.
i)      Bekerjasama dengan pengurusan Ibu Pejabat dalam anjuran kursus/ latihan di peringkat Wilayah berkaitan pematuhan keselamatan perlindungan.
 
ii)     Memastikan petugas Wilayah mematuhi panduan keselamatan perlindungan yang telah disediakan.
i)      Bekerjasama dengan pengurusan Wilayah dengan memastikan penyertaan dan kehadiran petugas Rancangan ke kursus/ latihan di peringkat Wilayah.
 
ii)     Memastikan petugas Rancangan mematuhi panduan keselamatan perlindungan yang telah disediakan.
D. Pengurusan Kualiti
i)      Menyediakan dasar kualiti dan kursus/ latihan kepada petugas di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan dengan tujuan meningkatkan kepatuhan MS ISO ISO 9001:2008.
 
ii)     Melaksanakan pengauditan dalaman ISO ke Ibu Pejabat/ Wilayah dan Rancangan.
 
iii)   Menyediakan rumusan pengauditan dalaman ISO dan maklumbalas laporan untuk penilaian.
i)      Bekerjasama dengan pengurusan Ibu Pejabat dalam anjuran kursus/ latihan di peringkat Wilayah berkaitan pematuhan dasar kualiti.
 
ii)     Memastikan petugas Wilayah mematuhi dasar kualiti yang telah disediakan.
iii)   Bekerjasama dengan pengurusan Wilayah dengan memastikan penyertaan dan kehadiran petugas Rancangan ke kursus/ latihan di peringkat Wilayah.
 
iv)   Memastikan petugas Rancangan mematuhi dasar kualiti yang telah disediakan.
i)      Memantau pengisian data pencapaian KPI FELDA daripada peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan melalui Sistem e-KPI mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
 
ii)     Menyediakan Laporan Rumusan Eksekutif Bulanan kepada pengurusan FELDA.
i)      Mengisi data pencapaian KPI Wilayah di dalam Sistem e-KPI mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
 
ii)     Memantau dan memastikan KPI Wilayah dicapai.
Memastikan KPI Rancangan dicapai.
i)      Menganjurkan program pembudayaan kreativiti dan inovatif di FELDA.
 
ii)     Melaksanakan projek KIK sekurang-kurang 1 projek bagi setiap Jabatan dan Unit.
 
iii)   Menganjurkan program pelaksanaan projek KIK, latihan/ kursus KIK di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
 
iv)   Membuat penilaian dan menghantar penyertaan KIK FELDA ke Konvensyen KIK peringkat agensi luar.
i)      Menyokong dan membudayakan kreativiti dan inovatif di peringkat Wilayah.
 
ii)     Melaksanakan projek KIK sekurang-kurangnya 1 projek bagi setiap Wilayah.
 
iii)   Menyertai program pelaksanaan projek KIK, latihan/ kursus KIK peringkat Wilayah.
Menyokong dan membudayakan kreativiti dan inovatif di peringkat Rancangan.
i)      Menyediakan panduan amalan persekitaran kerja yang komprehensif melalui pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di peringkat FELDA.
 
ii)     Melaksanakan pengauditan dalaman EKSA di peringkat Ibu Pejabat.
 
iii)   Melaksanakan pengauditan dalaman Amalan 5S di peringkat Wilayah dan Rancangan.
 
iv)   Menyediakan rumusan dan laporan maklumbalas pengauditan dalaman EKSA FELDA untuk penilaian pengurusan FELDA.
i)      Memastikan ruang pejabat dan persekitaran kerja Wilayah mematuhi panduan 5S/ EKSA yang telah digariskan oleh pengurusan FELDA.
 
ii)     Menerima laporan maklumbalas pengauditan dalaman 5S/ EKSA peringkat Wilayah untuk penambahbaikan.
i)      Memastikan ruang pejabat dan persekitaran kerja Rancangan mematuhi panduan 5S/ EKSA yang telah digariskan oleh pengurusan Ibu Pejabat.
 
ii)     Menerima laporan maklumbalas pengauditan dalaman EKSA peringkat Rancangan untuk penambahbaikan.
i)      Menyampaikan panduan pembudayaan Lean Management ke peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
 
ii)     Melaksanakan projek Lean Management di peringkat Jabatan/ Unit/ Wilayah yang terpilih.
 
iii)   Mengadakan kursus/ latihan/ sesi pembentangan dengan agensi yang dilantik bagi tujuan penilaian projek Lean Management FELDA.
 
iv)   Membudayakan Lean Management di peringkat Ibu Pejabat untuk tujuan memaksimumkan penjimatan kos kerja.
i)      Menubuhkan projek Lean Management peringkat Wilayah jika terpilih.
 
ii)     Membudayakan Lean Management di peringkat Wilayah untuk tujuan memaksimumkan penjimatan kos kerja.
Membudayakan Lean Management di peringkat Rancangan untuk tujuan memaksimumkan penjimatan kos kerja.
i)      Mengadakan program-program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan dengan tujuan menghebahkan kepentingan pematuhan kepada akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
 
ii)     Menyediakan ruang kerja Ibu Pejabat yang selamat dan dilengkapi dengan alatan keselamatan yang mencukupi.
 
iii)   Menyediakan bilik rawatan kecemasan peringkat Ibu Pejabat dan jadual tugasan anggota ERT untuk persediaan semasa waktu kecemasan.
i)      Menyediakan ruang kerja dan alatan keselamatan yang selamat kepada pengurusan dan persekitaran Wilayah.
 
ii)     Menghebahkan kepentingan pematuhan kepada akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di peringkat Wilayah.
i)      Menyediakan ruang kerja dan alatan keselamatan yang selamat kepada pengurusan dan persekitaran Rancangan.
 
ii)     Menghebahkan kepentingan pematuhan kepada akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di peringkat Rancangan.
i)      Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti.
 
ii)     Meminitkan dan menyediakan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti.
Memajukan maklumat peringkat Wilayah berkaitan penyediaan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti kepada Ibu Pejabat. Memajukan maklumat peringkat Rancangan berkaitan penyediaan laporan maklumbalas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti kepada Wilayah.
E. R&D dan Teknologi Baharu
Melaksanakan kajian perintis melalui penyelidikan dan penggunaan teknologi baharu (TOT). Membantu dalam menjalankan dan memantau kemajuan projek perintis di peringkat Rancangan. Menyediakan maklumat yang tepat dan lengkap tentang kawasan kajian.
Memantau kemajuan projek perintis dan melaporkan kepada pihak pengurusan FELDA. Melaporkan isu-isu berbangkit berkaitan dengan projek yang dijalankan di Rancangan. Membantu dan memberikan kerjasama dalam melaksanakan projek perintis di peringkat Rancangan.
F. Penerbitan
i)      Menerbitkan Majalah Pengurus.
 
ii)     Menerbitkan Buku FELDA.
Memajukan artikel ke Ibu Pejabat bagi penerbitan Majalah Pengurus. Memajukan artikel ke Ibu Pejabat bagi penerbitan Majalah Pengurus.

PROGRAM UTAMA

1)    Daftar Risiko Korporat 2018.
2)    Laporan Profil Korporat 2018.
3)    Mesyuarat Jawatankuasa Risiko FELDA.
4)    Hari Integriti & Tadbir Urus FELDA.
5)    Program-program pembudayaan integriti di kalangan petugas FELDA di peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
6)    Pengauditan dalaman ISO di Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
7)    Bengkel/ latihan pemantapan ISO dan penyediaan SOP.
8)    Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti.
9)    Pengauditan dalaman Keselamatan Perlindungan.
10)    Pengisian data tapisan keselematan perlindunan melalui Sistem e-Vetting.
11)    Kursus/ latihan pematuhan keselamatan perlindungan.
12)    Konvesyen Kumpulan Kreatif & Inovatif (KIK) FELDA.
13)    Kursus/ latihan pembudayaan KIK.
14)    Pengauditan dalaman 5S dan EKSA.
15)    Kursus/ latihan pematuhan amalan 5S dan EKSA.
16)    Projek Lean Management.
17)    Pemantauan pencapaian KPI FELDA melalui Sistem e-KPI.
18)    Laporan Rumusan Eksekutif Bulanan KPI FELDA.
19)    OSH Day.
20)    Fire Drill.
21)    Program/ latihan kesedaran OSH dan rawatan kecemasan peringkat Ibu Pejabat, Wilayah dan Rancangan.
22)    Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan.
23)    Program/ kajian penyelidikan dan teknologi baharu.
24)    Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Projek/ Produk Baharu.
25)    Penerbitan Majalah Pengurus.
26)    Penerbitan Buku FELDA

TOP