Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Unit Audit Dalam

Audit Dalam

LATAR BELAKANG

Unit Audit Dalam (UAD) telah ditubuhkan mulai 1 Januari 2008, selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2004 mengenai “Pelaksanaan Audit Dalam Di Kementerian/ Jabatan Persekutuan/ dan Kerajaan Negeri”. Ianya menjadi sebahagian dari komponen kawalan dalaman FELDA bagi membantu menilai tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa. Bidang tugas UAD adalah meliputi pengauditan di Jabatan, Wilayah dan Rancangan serta Badan Jawatankuasa Kemajuan Kerja Rancangan (JKKR). Visi Jabatan ini adalah untuk menjadi penyumbang ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan/ perolehan dan meningkatkan akauntibiliti tadbir urus oleh kakitangan di semua peringkat.

OBJEKTIF

1. Mempertingkatkan keberkesanan kawalan dalaman, pengurusan risiko proses tadbir urus serta tahap pengurusan dan akauntabilti di FELDA.
 
2. Memberi pandangan bebas (independent) dan memberi kepastian (assurance) terhadap keberkesanan proses kawalan dalaman (internal controls) di FELDA.
 
3. Membantu pengurusan mencapai matlamat dan program yang telah dirancang melalui penggunaan sumber yang ekonomik, cekap serta berkesan.

FUNGSI DAN PERANAN

Bil Ibu Pejabat Wilayah Rancangan
1. Menilai kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi. Memastikan pelaksanaan sistem kawalan dalaman dan sistem kewangan berkesan . Melaksanakan sistem kewangan dengan cekap dan mengikut peraturan.
2. Menilai tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa. Menyemak tahap pematuhan yang dilaksanakan oleh wilayah. Mematuhi semua dasar, undang-undang peraturan dan arahan yang ada.
3. Menilai keberkesanan perlaksanaan program dan projek pembangunan dilaksanakan secara berhemat, cekap dan berkesan. Memantau projek pembangunan di rancangan. Memastikan KPI dicapai.
4. Menentukan aset dan harta organisasi diurus dan diselenggara dengan selamat dan teratur selaras dengan peraturan-peraturan semasa. Memeriksa pengurusan bekalan ke rancangan dari masa ke semasa. Melaksanakan pengurusan belakan mengikut peraturan.
5. Memeriksa sistem kewangan selaras dengan peraturan semasa. Membantu rancangan menjalankan urusan kewangan. Memahami semua peraturan yang sedia ada.
6. Memberi nasihat/ pandangan mengenai kawalan dalaman. Mengumpul dan mengupas isu dari rancangan. Memberi maklum balas dari masa kesemasa.
7. Menentukan perbelanjaan dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Memantau dan menyediakan rumusan dan perbelanjaan. Memastikan peruntukan diperolehi sebelum membuat perbelanjaan.
8. Menilai sistem pengurusan berasaskan komputer dari sudut keselamatan dan perjalanan sistem. Memberi bimbingan kepada petugas rancangan. Memahirkan diri dalam modul-modul yang dilaksanakan.
9. Melaporkan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga dan Pihak Pengurusan berkenaan hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan. Memberi ulasan terhadap penemuan dalam laporan audit. Mengambil tindakan terhadap teguran audit.
10. Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Audit Dalam Memberi kerjasama supaya pengauditan dapat dilaksanakan mengikut jadual. Menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan oleh audit.

PROGRAM UTAMA

Fokus utama Unit Audit Dalam adalah bagi melaksanakan pengauditan di FELDA merangkumi Jabatan, Wilayah dan Rancangan. Jumlah pengauditan yang akan dilaksanakan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 253 unit organisasi seperti pecahan berikut:-
Unit Organisasi Bilangan Unit Yang Ada Pusingan Pengauditan (Cycle) Bilangan Pengauditan 2017
Rancangan 305 2 tahun sekali 150
Pejabat Wilayah 11 3 tahun sekali 3
Jabatan –Jabatan di Ibu Pejabat 15 2 tahun sekali 5
Jawatankuasa Kemajuan Kerja Rancangan (JKKR) 210 2 tahun sekali 95
JUMLAH 541 253

TOP