Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) - Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Islam
Laman Web Rasmi FELDA

Laman Web Rasmi FELDA

Hubungi kami bagi sebarang Aduan/Pertanyaan/Cadangan

 

Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Islam

LATAR BELAKANG

Jabatan Hal Ehwal Pembangunan Islam (JHEPI) FELDA merupakan pelengkap kepada program transformasi FELDA. Penubuhannya pada 4 Februari 2013 bertujuan untuk merancang dan melaksanakan visi dan misi FELDA bagi memperkasakan pembangunan modal insan dan penghayatan Islam di kalangan warga FELDA. Program JHEPI FELDA memfokuskan kepada pembangunan ummah melalui pendekatan dakwah dan latihan secara holistik dengan menitikberatkan peningkatan potensi diri dan kualiti modal insan. Pemantapan Institusi Masjid juga diperkukuhkan melalui perancangan program Masjid sebagai pusat sehenti (Masjid One Stop Centre). Tumpuan turut diberikan kepada aspek pembangunan pendidikan Islam generasi baharu FELDA melalui memperkasakan peranan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan mewujudkan Ma’ahad Tahfiz Al-Quran FELDA. Pengurusan yang mantap melalui memperkasakan peranan ASDO(U) dan SDA(U) juga dititikberatkan dengan mengatur program-program pengukuhan dan latihan kepada petugas.

OBJEKTIF

• Bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan hal ehwal Islam di FELDA;
• Merangka program bagi pembangunan hal ehwal Islam di FELDA dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam;
• Melaksanakan program-program pembangunan ummah dan penghayatan Islam dalam pembangunan FELDA; dan
• Bertindak sebagai pengumpul, penyebar dan pusat rujukan maklumat mengenai Hal Ehwal Islam di FELDA.

CABARAN

 • Kekurangan Pegawai dan Penolong Pegawai yang berkemahiran dan mempunyai kelulusan pengajian Islam.
• Bilangan Pegawai dan Penolong Pegawai Agama sedia ada tidak mencukupi.
• Masjid di rancangan masih menumpukan kepada solat berjemaah lima waktu sahaja.
• Jawatankuasa Masjid kurang berpengalaman untuk menggerakkan pelbagai aktiviti di masjid.
• Kurang kepakaran dalam penyampaian dakwah yang berkesan kepada warga FELDA.
• Data maklumat / database tidak lengkap.

FUNGSI DAN PERANAN

 01

MAKLUMAT ASAS

 02                            03

PROGRAM UTAMA

SAMBUTAN HARI KEBESARAN ISLAM
 
Pelbagai program berdasarkan tarikh hari kebesaran Islam akan di laksanakan sepanjang tahun bermula bulan Muharram sehingga Zulhijjah. Amalan-amalan berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah akan diketengahkan agar umat Islam di kalangan warga FELDA menjadikan amalan-amalan tersebut sebagai amalan harian dan berterusan. Pendekatan yang boleh digunakan sama ada melalui penyampaian ceramah, forum, kelas-kelas pengajian, kempen, perarakan dan karnival.
 
Objektif
• Menggalakkan masyarakat Islam warga FELDA menjadikan amalan harian berpandukan ajaran Al-Quran dan Sunnah dan berterusan;
• Memastikan semua tarikh-tarikh penting sepanjang tahun Hijri disambut di peringkat ibu pejabat, wilayah dan rancangan;
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dan menyuburkan semangat kerjasama sesama umat Islam di kalangan seluruh warga FELDA.
 
 
Pelaksanaan
30
 
 
TARIKH HARI KEBESARAN ISLAM 2014/1435-1436H
 
 31
 
 
PROGRAM BARAKAH RAMADHAN/IHYA' RAHMAT RAMADHAN
 

Program Barakah Ramadhan akan dilaksanakan sepanjang bulan ramadhan di masjid dalam rancangan. Tumpuan kepada 54 kawasan parlimen FELDA dan satu lokasi di peringkat kebangsaan yang akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. Program di kawasan parlimen yang lain akan dihadiri oleh Ahli Parlimen atau ADUN kawasan tersebut. Program di kawasan parlimen dilaksanakan dengan kerjasama Unit SERANTA FELDA.

Selain dari 54 masjid di dalam kawasan parlimen FELDA, program juga dilaksanakan di semua masjid dalam rancangan. Pelbagai aktiviti seperti majlis berbuka puasa beramai-ramai, solat terawih berjemaah dengan menggunakan khidmat imam dari kalangan hafiz generasi baharu FELDA, majlis moreh, tadarus dan khatam Al-Quran akan dilaksanakan. Masjid akan lebih diimarahkan dengan pelbagai program seperti Qiamullail pada sepuluh malam terakhir.

 
Objektif
• Mengimarahkan masjid sepanjang bulan ramadhan dengan pelbagai aktiviti agama.
• Menerapkan nilai-nilai keperibadian Islam kepada seluruh warga FELDA.
• Mengeratkan silaturrahim dan penyatuan ummah di kalangan warga FELDA.
• Mendekatkan hubungan masyarakat dengan pemimpin Negara.
 
 
Pelaksanaan
33
 
 
PROGRAM TADARUS & KHATAM AL-QURAN GENERASI BAHARU
 
Program ini diadakan di peringkat rancangan. Kumpulan tadarus akan diwujudkan di setiap rancangan. Program bacaan Al-Quran bermula pada bulan Sya’aban dan majlis khatam akan dilaksanakan pada bulan Ramadan. Majlis ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM).
 
Objektif
• Menghidupkan budaya membaca Al-Quran sebagai amalan harian di kalangan generasi baharu FELDA.
• Membudayakan sikap rajin membaca al-Quran di kalangan generasi baharu FELDA.
• Menyemai perasaan ukhwah di kalangan generasi baharu FELDA.
 
Pelaksanaan
34
 
 
MENDAULATKAN AGAMA ISLAM DI TANAH RANCANGAN FELDA
 
Program Mendaulatkan Agama Islam akan dilaksanakan di semua peringkat sama ada Ibu Pajabat, wilayah dan rancangan. Pendekatan yang digunakan adalah melalui penyampaian ceramah mengenai ancaman aqidah umat Islam seperti isu penggunaan kalimah ALLAH, penyelewengan ajaran Syiah dan lain lain. Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pertubuhan-pertubuhan Islam.
 
Objektif
• Pemantapan akidah umat Islam.
• Memberi penerangan dan penjelasan kepada warga FELDA terhadap ancaman aqidah umat Islam masa kini.
• Mengurangkan gejala sosial di kalangan warga FELDA
• Menurunkan kadar jenayah di kalangan warga FELDA 
 
Pelaksanaan
35
 
 
GALAKAN AMALAN BERSEDEKAH
 
SUMBANGAN IKHLAS WARGA FELDA KEPADA PASUKAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA(ATM) DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM)
 
Program Sumbangan Aidilfitri Ikhlas Dari Warga FELDA dilaksanakan melalui pendekatan galakan amalan bersedekah di kalangan warga FELDA secara tidak langsung dapat melahirkan rasa tanggungjawab sesama manusia, memberi penghargaan dan menzahirkan tanggungjawab sosial warga FELDA kepada pasukan keselamatan Negara. Sumbangan adalah dalam bentuk makanan kering yang akan disampaikan oleh pihak ATM dan PDRM kepada anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan sempena menyambut Aidilfitri. Program ini akan dilaksanakan pada bulan ramadhan dengan kerjasama pihak ATM dan PDRM.
 
Objektif
• Menggalakkan amalan bersedekah di kalangan warga FELDA terdiri daripada kakitangan, peneroka/penerokawati dan generasi baharu.
• Menghargai pengorbanan pasukan keselamatan negara dalam mempertahankan agama, bangsa dan negara.
• Salah satu tanggungjawab sosial warga FELDA untuk memberi sumbangan kepada anggota keselamatan yang menjalankan tugas di perbatasan.
 
Pelaksanaan
40 
 
 
LATIHAN KEROHANIAN
 
PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH REMAJA
 
Pendekatan kepada golongan remaja/ generasi baharu akan dilaksanakan melalui program-program pengislahan/pemantapan sahsiah remaja. Pendekatan yang akan digunakan sama ada berbentuk penyampaian maklumat dan praktikal.
 
Objektif
• Mendidik golongan remaja menjadi insan yang berjaya dari sudut akademik, sahsiah dan agama.
• Melahirkan generasi baharu FELDA yang berwibawa dan cemerlang di dunia dan akhirat.
• Mengimbangi pembangunan rohani dan jasmani remaja.
 
Pelaksanaan
41 
 
 
PROGRAM BAITUL MUSLIM/ KELUARGA SAKINAH
 

Program ini akan dilaksanakan kepada bakal-bakal pengantin baru dan pasangan yang telahpun mendirikan rumahtangga di kalangan warga FELDA. Ia bertujuan untuk mendidik dan membimbing pasangan suami isteri keperluan dan cara-cara untuk melahirkan sebuah keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.

Oleh itu, pada tahun 2014 JHEPI dengan kerjasama daripada Jabatan Agama Islam akan melaksanakan program ini disemua peringkat fokus kepada bakal-bakal pengantin baru dan pasangan yang telahpun mendirikan rumahtangga di kalangan Generasi Baharu FELDA. Khidmat daripada JAKIM, ABIM dan NGO Islam lain akan turut digunakan bagi melaksanakan program ini.

 
 
PROGRAM JELAJAH KOMUNITI BERSAMA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
 
Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak JAKIM di rancangan. Sebanyak 4 penganjuran program akan dilaksanakan sepanjang tahun.
 
Objektif
• Menyediakan ruang pertemuan seluruh warga FELDA tanpa mengira aliran politik.
• Mengimarahkan rancangan dengan pelbagai aktiviti berbentuk kerohanian.
• Menyediakan aktiviti yang berfaedah kepada generasi baharu secara tersusun dan terancang.
• Menjalinkan hubungan silaturrahim, menanamkan sikap bekerjasama dan menggerakkan seluruh warga FELDA ke arah penyatuan ummah.
 
Pelaksanaan
001
 
 
PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM
 
MA'AHAD TAHFIZ AL-QURAN FELDA (MTQF)
 

MTQF akan diwujudkan untuk melahirkan generasi perintis penghafaz Al-Quran dari kalangan generasi baharu FELDA sama ada anak-anak petugas dan peneroka. MTQF akan dijadikan pusat pembelajaran Al-Quran yang mengumpulkan anak-anak warga FELDA yang akan membuka peluang mereka memiliki diploma dan ijazah seterusnya berpotensi tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat berprofil tinggi.

MTQF akan diwujudkan melalui transformasi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang terdapat di rancangan kepada MTQF. Pada masa ini terdapat lima (5) SABK yang berpotensi untuk dijadikan MTQF.

Program ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), di mana FELDA akan bertanggungjawab menyediakan peruntukan pentadbiran dan pembangunan prasarana, manakala KPM akan bertanggungjawab dalam bidang pengurusan dan pentadbiran Ma’ahad dan hal-hal berkaitan
proses pengajaran dan pembelajaran.

 
Objektif
• Mewujudkan sebuah institusi pengajian Islam yang berprofil tinggi di dalam FELDA.
• Menyediakan barisan pelapis yang hafaz Al-Quran dan mempunyai pengetahuan agama yang mendalam.
• Memberi persaingan yang sihat dan peluang kepada generasi baharu memilih bidang pengajian yang terbaik.
• Mewujudkan persekitaran yang mementingkan ilmu keagamaan dan memantapkan rohani dan jasmani masyarakat supaya selari dengan pembangunan dan kemajuan FELDA. 
 
Pelaksanaan
002 
 
 
PEMBANGUNAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) FELDA
 
Program pembangunan SAR FELDA akan menitik beratkan kepada pembangunan prasarana sekolah yang kondusif serta modul pengajaran dan pembelajaran sekolah yang terbaik dan selaras di semua SAR di rancangan. Kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri dan Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Malaysia (KPM) akan dibuat bagi memastikan SAR FELDA beroperasi dengan cemerlang
dan dapat melahirkan lebih ramai anak-anak muda yang berilmu agama yang tinggi. 
 
Objektif
• Membangunkan sukatan pelajaran/modul pengajaran dan pembelajaran terkini yang lebih teratur untuk diselaraskan di semua SAR FELDA.
• Memilih guru besar/mudir dan guru terbaik yang boleh dijadikan contoh.
• Menyediakan pembangunan prasarana sekolah yang sempurna bagi kemudahan pelajar.
• Mengenalpasti SAR yang terbaik sebagi contoh/model kepada semua SAR FELDA. 
 
Pelaksanaan
003 
 
 
MEMBINA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK ISLAM FELDA (TASKIF) - MELALUI PENAMBAHBAIKAN P&P PUSAT LITERASI KELUARGA (PLK) & TABIKA KEMAS
 
Program ini adalah menambah baik sistem Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Pusat Pendidikan Awal Kanak-Kanak di rancangan dengan unsur-unsur Pendidikan Al-Quran dan Sunnah. Sistem P&P yang digubal akan mengambil contoh P&P yang digunakan di TASKI atau Children Islamic Centre. Sistem ini dibina bagi menambah baik P&P di Pusat Literasi Keluarga dan TABIKA KEMAS di rancangan. Sistem tersebut akan digubal dengan memasukkan elemen cintakan FELDA berasaskan Al-Quran dan Sunnah. Ia bertujuan mendedahkan generasi baharu FELDA dengan pengajaran Al-Quran dan sunnah secara sistematik dari peringkat awal serta menanamkan perasaan sayangkan FELDA bermula peringkat kanak-kanak.
 
Objektif
• Menjadikan kanak-kanak di rancangan sebagai generasi celik Al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam.
• Memberi kefahaman kepada ibu bapa tentang kepentingan didikan ilmu agama dari peringkat awal pembesaran anakanak.
• Mengimarahkan nilai-nilai Islam di tanah rancangan. 
 
Pelaksanaan
004 
 
 
SKIM TUISYEN AL-QURAN (STQ)
 

STQ merupakan salah satu pendekatan yang akan memberi kemudahan kepada warga FELDA khususnya generasi baharu mudah/cepat belajar Al-Quran dan memahaminya. STQ akan ditumpukan kepada kanak-kanak yang berusia 6 hingga 11 tahun dan akan diperluaskan kepada warga FELDA yang berminat.

Program ini akan menggunakan kaedah Cepat Baca Quran (CBQ). Pelaksanaan CBQ telah dimulakan pada tahun 2013 kepada kumpulan Penolong Pegawai Agama. Kumpulan ini akan dilatih sebagai fasilitator dan akan bergerak menjadi tenaga pengajar di rancangan. selain dari kaedah CBQ, kaedah lain yang lebih baik juga akan dikaji dan dikenalpasti dari masa ke masa seperti kaedah Al-Matien dan Al-Baghdadi.

 
Objektif
• Menangani masalah buta Al–Quran di kalangan warga FELDA.
• Mempertingkat tahap bacaan Al-Quran di kalangan warga FELDA.
• Membudayakan sikap rajin membaca Al-Quran di kalangan warga FELDA terutamanya generasi baharu.
• Membentuk keperibadian warga FELDA mendampingi Al-Quran. 
 
Pelaksanaan
005
 
 
KARNIVAL INSPIRASI AL-QURAN BELIA FELDA
 
Karnival ini merangkumi perujian tilawah Al-Quran, pertandingan nasyid, pertandingan syarahan, pertandingan tulisan khat dan pertandingan ejaan & tulisan jawi. Penglibatan peserta terdiri daripada generasi baharu FELDA iaitu belia dan beliawanis yang berpotensi dan berbakat.
 
Objektif
• Menerapkan nilai-nilai murni menerusi amalan pembacaan serta penghayatan Al-Quran di kalangan generasi baharu FELDA.
• Menimbulkan minat generasi baharu terhadap kesenian Islam menerusi alunan lagu-lagu nasyid di samping menggalakkan mereka menghayati seruannya dalam kehidupan seharian melalui pembacaan ayat-ayat suci Al-Quran secara bertaranum.
• Menyedarkan generasi baharu betapa indahnya kesenian Islam menerusi tulisan Khat.
• Menghargai peranan, pengorbanan dan jasa generasi peneroka (ibu bapa) yang tidak jemu memajukan FELDA demi kesenangan generasi baharu masa kini.
• Melibatkan diri generasi baharu secara pro-aktif dalam bidang dakwah dan pembangunan insan menerusi lagu-lagu dan lirik nasyid yang berunsurkan nilai-nilai kerohanian dan kemanusiaan sejagat.
• Mencungkil potensi pemidato dari kalangan generasi baharu melalui penyampaian syarahan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab sebagai satu kemahiran, sesuai sebagai latihan asas untuk menjadi pemimpin masa depan yang serba boleh dan berketerampilan sesuai sebagai pelaku.
• Mengeratkan hubungan sesama Islam.
 
Pelaksanaan
006
 
 
PROGRAM PEMBANGUNAN MASJID
 
PERMODELAN INSTITUSI MASJID FELDA SEBAGAI PUSAT SEHENTI (MASJID ONE STOP CENTRE)
 
Karnival ini merangkumi perujian tilawah Al-Quran, pertandingan kesemua masjid di tanah rancangan akan dimodelkan kepadaPusat Sehenti (One Stop Centre) berdasarkan 4 kompenan utama iaitu ;-
i. bangunan dan prasarana;
ii. pengurusan dan pentadbiran;
iii. persekitaran; dan
iv. program pengimarahan. Bangunan dan prasarana yang lengkap disediakan berdasarkan 5 komponen utama iaitu ruang solat, peralatan, kemudahan asas, kebajikan dan kemudahan awam. Garis panduan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran masjid di seluruh rancangan FELDA dibangunkan bagi menentukan standard piawaian pengurusan masjid yang berkualiti dan efisien. Faktor persekitaran seperti kebersihan luaran dan dalaman, keceriaan dan keselamatan diberi tumpuan dan ditambah baik. Program pengimarahan masjid juga dipelbagaikan dan dipergiatkan lagi bagi menarik minat masyarakat khususnya warga FELDA di rancangan bertumpu ke masjid.
 
Objektif
• Masjid FELDA sebagai pusat sehenti (one stop centre) dengan pelbagai aktiviti seperti fungsi tempat rehat dan rawat.
• Masjid FELDA sebagai pusat penyatuan ummah.
• Masjid FELDA sebagai masjid contoh komuniti luar bandar.
 
Pelaksanaan
007
 
 
PEMANTAPAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN MASJID
 
Jawatankuasa Pembangunan Masjid FELDA adalah tulang belakang kepada program pengimarahan Masjid di tanah rancangan. Bagi merancang aktiviti dan menambahbaik pelaksanaan pembangunan Masjid, mesyuarat jawatankuasa peringkat kebangsaan akan dilaksanakan pada setiap suku tahun. Manakala bagi peringkat wilayah dan rancangan hendaklah dilaksanakan pada setiap bulan. Bagi memperkukuhkan lagi peranan dan pengetahuan, bengkel atau seminar akan dilaksanakan pada tahun 2014.
 
 
ANUGERAH MASJID CONTOH DAN TOKOH IMAM FELDA
 
Penyampaian Anugerah Masjid Contoh dan Anugerah Tokoh Imam salah satu usaha FELDA menghargai peranan masyarakat dan jawatankuasa masjid sebagai sebuah medium penyatuan ummah terpenting di rancangan. Penyampaian Anugerah Tokoh Imam pula bagi menunjukkan peranan Imam sangat penting terutama menghidupkan syiar Islam di tanah rancangan. Kedua-dua penilaian akan diadili berdasarkan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
 
Objektif
Anugerah Masjid Contoh ;
• Memilih masjid yang terbaik sebagai masjid contoh.
• Penghargaan kepada masyarakat dalam usaha memastikan nilai-nilai Islam terpelihara. Anugerah Tokoh Imam;
• Penghargaan kepada sumbangan atau jasa murni Imam terutamanya mengimarahkan masjid di tanah rancangan di samping menghidupkan syiar Islam dengan aktiviti kerohanian di tanah rancangan.  Menarik minat supaya lebih ramai lagi warga peneroka terutamanya generasi baharu berminat menjadi Imam.
 
Pelaksanaan
008
 
 
KURSUS PENGUKUHAN IMAM/ SEMINAR IMAM FELDA
 
Kursus pengukuhan Imam / Seminar ini dilaksanakan kepada semua imam-imam masjid dan surau yang terdapat di tanah rancangan FELDA. Tujuan kursus/seminar bagi memastikan imam-imam masjid FELDA mempunyai ketrampilan, berdaya saing, boleh dicontohi dan sebagai tempat rujukan masyarakat.
 
Objektif
• Menggilap peranan imam-imam supaya lebih berkemahiran.
• Memberi pendedahan penggunaan teknologi terkini dalam berdakwah.
• Menambah ilmu pengetahuan berdasarkan perubahan zaman.
 
Pelaksanaan
009
 
 
KURSUS IMAM MUDA
 
Kursus ini dilaksanakan kepada generasi baharu FELDA yang mempunyai minat berdakwah dan menggilap imam-imam muda. Kursus akan dianjurkan dengan kerjasama Institut Latihan Malaysia (ILIM) JAKIM.
 
Objektif
• Menyediakan barisan pelapis imam di kalangan generasi baharu yang mempunyai pengetahuan agama yang mendalam bagi mewarisi imam yang sedia ada.
• Memantapkan peranan imam muda di rancangan.
 
Pelaksanaan
010
 

  • Kemaskini Terkini : 25 Ogos 2016

    Sawit(cpo)   RM 2,845.00
    per tan
    Getah(smr20)   RM   509.00 sen/kg
     FGV   RM       2.28  
     MSM   RM       5.03    

     *Dikemaskini setiap jam 8 pagi

  • Hari Ini 2329
    Semalam 4113
    Minggu Ini 14151
    Bulan Ini 93325
    Keseluruhan 1768856
  • Perkhidmatan FELDA kini ditahap:

  • FGV1 KPF1  KPF2  fic-logo-01 satu
    10 11 12 13
    14 15 16 retina-logo_new.png
TOP