QC, R&D, Tek. Baru, KPI & KRA

LATAR BELAKANG

 
Jabatan QC, R&D, Teknologi Baharu dan KPI & KRA ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan dalam aspek kawalan kualiti, penjanaan penyelidikan, penghasilan teknologi baharu serta pemantauan KPI & KRA jabatan, wilayah, unit dan rancangan. Peranan Jabatan QC, R&D, Teknologi Baharu dan KPI & KRA meliputi empat (4) fungsi utama, iaitu QC, R&D, Teknologi Baharu dan KPI & KRA.

OBJEKTIF

QC
 
  • Menyediakan dan melaksanakan perancangan yang tepat bagi keperluan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti FELDA.
  • Meningkatkan kualiti, produktiviti, pengurangan kos dan kecekapan di dalam sistem penyampaian perkhidmatan FELDA.
  • Menjalankan pelbagai latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran petugas tentang sistem pengurusan kualiti.
 
R&D dan Teknologi Baharu

 

  • Merangka dan melaksanakan penyelidikan baharu yang mampu memberikan impak tinggi terhadap produktiviti dan keberkesanan pengurusan organisasi.
  • Menjalin kerjasama yang erat dalam bidang R&D dan Teknologi Baharu dengan agensi penyelidikan dan agensi lain seperti MPOB, MARDI, SIRIM, LGM, MAMPU dan universiti.
  • Melaksanakan program penyelidikan yang berkualiti dan memberikan nilai tambah kepada organisasi.
  • Merangka dan mencari teknologi baharu yang mampu diaplikasikan dalam organisasi sektor perkebunan dan pembangunan komuniti serta pentadbiran.
  • Menjalin kerjasama dengan agensi luar dalam perkongsian teknologi baharu.
 
KPI & KRA
 
  • Merangka dan melaksanakan sistem pengurusan prestasi melalui KPI & KRA yang berkesan. 
  • Memantau, mengukur dan menilai KPI & KRA jabatan, wilayah, unit dan rancangan secara berterusan bagi memastikan matlamat organisasi tercapai.
 
Majalah Pengurus
 
Mengeluarkan Majalah Pengurus empat jilid dalam satu tahun.
 
 
 

CABARAN

  • Menyediakan dan melaksanakan sistem pengurusan kualiti dan budaya kerja yang terbaik.
  • Menjalin kerjasama yang baik dalam kumpulan FELDA dan semua jabatan/wilayah serta agensi luar bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.
  • Memperluas dan menerapkan penggunaan teknologi baharu.
  • Memantau dan memastikan keberkesanan pencapaian KPI & KRA organisasi.
  • Kepakaran dan kompetensi petugas dalam bidang R&D dan Teknologi Baharu.
  • Pencapaian target KPI Jabatan, Unit, Wilayah dan Rancangan.
  • Kos tinggi untuk R&D dan Teknologi Baharu

FUNGSI DAN PERANAN

 
jab qc1
 
 
 PROGRAM UTAMA
 
  • Program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
  • Pensijilan MS ISO 9001:2008
  • Pengurusan Lean Management
  • Program OSHA
  • R&D
  • Teknologi Baharu
  • KRA / KPI
  • Majalah pengurus

TOP