Tanah

LATAR BELAKANG

 
Tanah merupakan sumber terpenting dalam pembangunan ekonomi dan sosial Negara. Oleh itu, ia perlu diuruskan dengan cekap dan bersistematik sesuai dengan peredaran zaman supaya dapat memaksimumkan nilai dan pulangan daripada pemilikannya. Jabatan Tanah diamanahkan untuk menguruskan serta mentadbir aset penting kepada FELDA dan juga peneroka di seluruh Negara. Perancangan strategik dalam pengurusan dan pentadbiran tanah khususnya tanah-tanah milik peneroka dan FELDA perlu dirangka dengan teliti dan dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan kesinambungan pemilikannya untuk generasi yang akan datang serta memberi pulangan yang maksimum kepada peneroka dan juga FELDA. Tahun 2014 merupakan satu era baru dalam pengurusan tanah FELDA yang meliputi tanah-tanah milik peneroka dan juga FELDA. Usaha mentransformasi Jabatan Tanah FELDA melalui penstrukturan semula dijangka dapat memperkasa semua urusan yang berkaitan dengan tanah. Antara unit-unit yang diwujudkan melalui penstrukturan semua ini adalah Unit Pengurusan Hasil Bumi & Tugas-Tugas Khas, Unit Ukur & Pengurusan Data Tanah, Unit Pendaftaran Hak Milik, Unit Pengurusan Isu & Pewarisan, Unit Pengurusan Aset & Kutipan Hasil, Unit Pembangunan Hartanah dan Unit Pentadbiran & Pelaporan.

OBJEKTIF

  • Mempunyai pangkalan data maklumat tanah FELDA dan peneroka yang tepat.
  • Menguruskan sumber berkaitan tanah bagi menjana pendapatan maksimum kepada FELDA.
  • Menguruskan segala urusan pemberimilikan tanah kepada peneroka dan FELDA oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
  • Memastikan pemilikan tanah peneroka dan FELDA dapat dikekalkan.
  • Menguruskan projek pembangunan hartanah secara bersepadu.
  • Menguruskan urusan pewarisan bagi memastikan kesinambungan pemilikan tanah peneroka.
 
 

CABARAN

  • Maklumat mengenai pemilikan tanah tidak lengkap disebabkan data sedia ada terlalu lama dan memerlukan penambahbaikan dengan menggunakan teknologi terkini.
  • Proses mendapatkan kelulusan pemberimilikan tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengambil masa yang lama.
  • Perbezaan polisi dan pentadbiran di antara Negeri-Negeri menyebabkan berlakunya ketidakseragaman dalam pengurusan dan pembangunan tanah.
  • Undang-Undang dan peraturan sedia ada telah lama dan memerlukan penambahbaikan sesuai dengan peredaran zaman.
  • Kekurangan kawasan yang sesuai untuk dibangunkan dengan projek pembangunan.

MAKLUMAT PEMBANGUNAN TANAH

 
jab tanah1
STATUS PEMILIKAN TANAH PENEROKA:-
jab tanah2
STATUS KEMATIAN DAN PEWARISAN PENEROKA:-
 jab tanah3
 

FUNGSI DAN PERANAN

 
jab tanah4
jab tanah5
 jab tanah6
 
PROGRAM TUMPUAN DAN STRATEGI 2014
 
jab tanah7
 
jab tanah8
 
jab tanah9
 
jab tanah10
 

TOP