Pengajian Tinggi & Pembangunan Generasi Baru

LATAR BELAKANG

Jabatan Pengajian Tinggi & Pembangunan Generasi Baru ditubuhkan bertujuan membangun dan memperkasakan potensi generasi baru FELDA dengan menyediakan peluang-peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi serta sebagai platform untuk menyatupadukan semua generasi baru FELDA. Usaha ini adalah selaras dengan Program Transformasi FELDA bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Hala tuju Jabatan adalah ke arah melahirkan generasi baru yang berilmu, berketerampilan, berdaya saing tinggi untuk memenuhi keperluan FELDA dan negara di masa hadapan.

PROGRAM

Tumpuan program pembangunan generasi baru terbahagi kepada dua iaitu sebagai platform untuk generasi baru FELDA meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagai medium penyatuan semua generasi baru FELDA. Program pengajian tinggi merangkumi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma, Kursus Profil Tinggi, Ijazah, Pengajian Tinggi Dalam dan Luar Negara serta sahsiah dan kepimpinan di kalangan belia FELDA di dalam rancangan FELDA. Ini merupakan komponen utama asas pendidikan dan latihan negara yang akan menjana para pemikir, ilmuwan, sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan keperluan kerjaya semasa. Secara tidak langsung generasi baru FELDA memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada pembangunan FELDA dan negara di masa akan datang. Tumpuan yang diberikan juga bukan sahaja kepada generasi baru yang berada di dalam rancangan FELDA bahkan juga yang berada di luar rancangan FELDA.

OBJEKTIF

 • Menyediakan peluang kepada generasi baru FELDA untuk menerima pengajian tinggi yang lebih baik.
• Menyediakan bantuan pinjaman kepada anak-anak warga FELDA untuk meneruskan pengajian.
• Melahirkan graduan yang berkualiti tinggi sebagai tenaga kerja yang kompetitif kepada FELDA dan negara.
• Memperkasa potensi dan kualiti modal insan setiap generasi baru FELDA.
• Menyatupadukan generasi baru FELDA selaras dengan pembangunan institusi masyarakat di Malaysia.
• Memperkasa potensi kepimpinan generasi baru FELDA bagi melahirkan pemimpin masa hadapan yang lebih unggul.
• Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan generasi baru FELDA.
• Memperkasa Pembangunan Belia Rancangan.
• Pemantapan Modal Insan Pelajar Universiti (PERSADA).
• Memperkukuhkan Gated Community.
• Memperkemas peranan dan fungsi badan NGO FELDA.

CABARAN

 • Mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial di Wilayah melalui Programme Gated Community (PGC).
• Keberkesanan penyampaian maklumat berkaitan peluang-peluang pengajian lanjutan kepada generasi baru yang disediakan FELDA.
• Pemantauan prestasi akademik/pengajian setiap pelajar yang menerima pinjaman FELDA.
• Pelaksanaan kutipan bayaran kembali pinjaman yang lebih efektif.
• Memastikan institusi pengajian yang dilantik sentiasa mematuhi standard yang ditetapkan dan menyumbang kepada prestasi serta kerjaya pelajar.
• Penyatupaduan generasi baru FELDA melalui penyertaan dalam pertubuhan bukan kerajaan (Non-Governmental Organization) yang diiktiraf oleh FELDA.
• Perolehan data generasi baru di rancangan tidak lengkap dan sering berubah.
• Generasi ‘Y’ kurang minat dalam melaksanakan program dan aktiviti pembangunan belia.
• Peningkatan masalah dan isu sosial di kalangan remaja.
• Ledakan media sosial menjurus kepada keruntuhan akhlak belia.

FUNGSI DAN PERANAN

 7

JADUAL LAPORAN

 8

MAKLUMAT ASAS

91
 
92
 
93                                94
 
95
 
96                                                97
 
 98                               99

RUMUSAN

Program-program yang dilaksanakan tertumpu kepada pembangunan potensi generasi baru FELDA dalam pengajian tinggi dan modal insan. Generasi baru FELDA yang berpotensi tinggi dijangka bakal memberi manfaat yang besar kepada pembangunan FELDA dan negara di masa hadapan.

TOP