| [ Institusi Peneroka ] [ Pendidikan ] [ Wanita & Keluarga ] [ Belia ][Pinjaman & Bantuan ] |
| |
Tumpuan pelbagai Program Pembangunan Masyarakat diteruskan kepada usaha-usaha meningkatkan taraf dan kualiti hidup peneroka di rancangan dengan peranan utama diterajui oleh ibubapa. Program yang dikenal pasti berkesan diteruskan dan dipertingkatkan keberkesanannya. Manakala yang kurang berkesan dibuat pengubahsuaian terhadap kaedah dan pendekatan. Program yang di atur khusus menjurus kepada kecemerlangan pendidikan, tahap ekonomi yang mantap, kesihatan yang baik serta keharmonian dan kerukunan rumah tangga selain memenuhi hasrat dan aspirasi masyarakat, organisasi dan Kerajaan.
|
| Institusi Peneroka |
Pada masa ini, terdapat 278 rancangan FELDA di seluruh Negara. Daripada jumlah tersebut, 201 rancangan masih di bawah Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR) yang diuruskan oleh FELDA dan pentadbiran kampung di 77 rancangan adalah di bawah Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) setelah peneroka mendapat hak milik tanah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam menguruskan pembangunan serta aktiviti masyarakat peneroka khususnya di rancangan FELDA. Badan ini juga berperanan dalam menyuarakan hasrat serta impian para peneroka bagi memajukan hidup mereka dari pelbagai aspek termasuk ekonomi, sosial dan kerohanian. |
|
|
| Pendidikan |
Institusi Pendidikan |

FELDA juga menyediakan pelbagai kemudahan pendidikan berbentuk latihan kemahiran untuk membantu anak-anak peneroka lepasan SPM melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang Kemahiran dan Vokasional. Sehingga 2005, seramai 5,295 pelatih iaitu 803 dari Pusat Latihan Trolak (PLT), 72 dari Institusi Teknologi Utama (ITU), Kelana Jaya, 3,937 daripada Kolej-kolej Swasta dan 483 dari Kolej Lim Kok Wing telah mengikuti kursus Kemahiran dan Vokasional yang dianjurkan.
Latihan yang diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran serta pengetahuan peserta supaya lebih berdaya maju dan saing untuk mendapatkan peluang pekerjaan atau melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. |
|
|
Kursus dan Latihan Kemahiran |
BIL |
KOLEJ/PUSAT LATIHAN |
DIPANGGIL |
|
Kursus Peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM /JPK) |
i. |
Kolej Swasta |
5,438 |
|
ii. |
Pusat Latihan Trolak (PLT) |
825 |
|
iii. |
Institut Teknologi Utama (ITU) |
100 |
|
iv. |
Kolej KINI |
580 |
402 |
Kursus Peringkat Diploma |
680 |
|
|
Licensed Aircraft Maintenance Engineer
|
75 |
|
Trainee Junior Technician
|
25 |
20 |
Kadet Pilot (Air Asia) |
1 |
1 |
Jumlah Besar |
7,724 |
|
|
Asrama-asrama Semai Bakti FELDA |
Asrama Semai Bakti FELDA yang pertama telah ditubuhkan pada tahun 1975 iaitu Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (menyewa bangunan di Jalan Kuching kemudian di Taman Keramat sehingga asrama sebenar siap pada tahun 1983 di Taman Sri Keramat, Kuala Lumpur).
Asrama Semai Bakti FELDA Kuantan (Asrama Semai Bakti Tun Abdul Razak ) merupakan Asrama kedua yang telah ditubuhkan pada tahun 1978 dan kemudiannya telah ditutup pada tahun 1998.
Asrama Semai Bakti FELDA yang ketiga ialah Asrama Semai Bakti Johor Bahru yang ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menyewa bangunan sehingga asrama sebenar siap pada tahun 1985 di Jalan Tasik Utara, Johor Bahru.
Asrama Semai Bakti Kelana Jaya merupakan Asrama Semai Bakti FELDA yang keempat yang telah ditubuhkan pada tahun 1998 bertempat di Kelana Jaya, Selangor.
Asrama Semai Bakti FELDA yang kelima ialah Asrama Semai Bakti Trolak di Perak. Asrama ini dibuka pada tahun 1999 menggantikan Asrama Semai Bakti Kuantan yang telah ditutup pada tahun 1998. Asrama Semai Bakti Trolak telah ditutup dan berhenti beroperasi pada tahun 2005.
Kini Asrama Semai Bakti FELDA Kuantan akan beroperasi semula dan sedang dalam pembinaan di tapak lama di Jalan Haji Abu Bakar, Kuantan, Pahang Darul Makmur.
Asrama-asrama Semai Bakti FELDA kini adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pembangunan Masyarakat, Ibu Pejabat FELDA, Jalan Perumahan Gurney, Kuala Lumpur. Terdapat 3 buah asrama yang sedang beroperasi iaitu Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur, Asrama Semai Bakti Kelana Jaya dan Asrama Semai Bakti Johor Bahru. Manakala Asrama Semai Bakti Kuantan sedang di dalam pembinaan. |
| Kecemerlangan Pendidikan |
Dengan kerjasama bersepadu dari kalangan ibu bapa, masyarakat dan guru, aktiviti seperti motivasi pelajar dan ibu bapa, seminar dan bengkel menghadapi peperiksaan, teknik belajar, bengkel kaedah pembelajaran anak-anak kepada ibu bapa dan pelbagai program pembentukan keyakinan diri pelajar telah dilaksanakan. Turut dilaksanakan Seminar Pendidikan kepada pemimpin-pemimpin peneroka, biro pendidikan dan belia di rancangan sebagai badan penggerak dan pendorong kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak warga FELDA.
Sebagai memastikan kecemerlangan pendidikan anak-anak peneroka setanding dengan pelajar bandar, Skim Tuisyen FELDA (STF) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah disediakan. Ia mula diperkenalkan pada Ogos 2004 dan dilaksanakan kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Skim tuisyen ini dilaksanakan dengan tujuan membantu pelajar mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Pusat Tuisyen Bahasa Inggeris Wilayah juga dilaksanakan di setiap Wilayah dimana 2 buah pusat tuisyen Bahasa Inggeris digerakkan di setiap Wilayah. Kemudahan diberi kepada pelajar Tahun tiga dan empat di sekolah rendah serta pelajar Tingkatan satu dan dua di sekolah menengah.Pelajar-pelajar yang berpotensi dipilih untuk mengikuti kelas yang disediakan. Ianya bertujuan meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris Khususnya dan mata pelajaran Matematik dan Sains amnya. |
|
|
| Pembangunan Wanita & Keluarga |
| Pusat Pemulihan Dalam Komuniti |
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) FELDA terus memainkan peranannya sebagai sebuah pusat yang memberi kemudahan perkembangan mental dan fizikal kepada kanak-kanak istimewa/kurang upaya. Sehingga kini, sebanyak 40 buah PDK diwujudkan di semua Wilayah yang melibatkan beberapa rancangan. Daripada 1,900 kanak-kanak istimewa/kurang upaya, seramai 918 kanak-kanak atau 60% bilangan mereka yang telah mendapat kemudahan yang disediakan. Peruntukan telah disediakan dalam usaha pembangunan PDK yang merangkumi elaun guru dan pengasuh, pembelian peralatan serta ubahsuai bangunan.
Pusat Literasi Keluarga dilaksanakan bagi menempatkan kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak ke arah minat membaca. Projek ini telah dilaksanakan di 253 buah Pusat Literasi Keluarga dengan penglibatan seramai 363 penggalak pembaca yang terdiri daripada ahli GPW dan secara langsung sebagai tenaga penggerak kepada projek ini.
Pelbagai aktiviti ke arah melahirkan keluarga dan masyarakat penyayang dan cergas juga dilaksanakan sepanjang tahun. Antaranya aktiviti senamrobik telah dilaksanakan di rancangan-rancangan bagi melahirkan keluarga peneroka yang sihat. |
|
|
| Pusat Literasi Keluarga |
Prestasi pembelajaran di PLK ini akan dipertingkat dengan menyediakan alat bantu pembelajaran yang lebih berkesan dan guru –guru (Penggalak Pembaca ) akan diberi latihan yang sesuai. J/Kuasa PLK , ibu bapa dan komuniti perlu bersama membantu kemajuan pembelajaran anak-anak ( 3 - 5 tahun) dengan hadir sama di PLK dan menyediakan sudut bacaan di rumah. Satu perjumpaan dengan J/kuasa PLK dan ibu bapa telah diadakan di Jengka 24 pada 6 Jun 06 dengan memberi penerangan kepada ibu bapa supaya menghantar anak-anak mereka ke PLK supaya mereka diberi pendedahan awal yang membantu kepada perkembangan pendidikan. |
|
|
| Pembangunan Belia & Usaha Membanteras Gejala Sosial |
Golongan generasi kedua atau belia FELDA merupakan golongan tumpuan pihak pengurusan. Selain pelbagai kemudahan kecemerlangan pendidikan telah disediakan, FELDA turut memastikan kepada pembangunan sahsiah dan jati diri golongan ini.
Pada masa ini, tumpuan diberikan kepada program pembangunan dan pemantapan sahsiah dan jati diri seperti Kem Bina Remaja, Kursus Pembinaan Sahsiah dan Jati Diri diadakan di semua peringkat Wilayah dan rancangan. Selain daripada itu, golongan belia juga dilibatkan dalam program sukarelawan FELDA melalui penubuhan JPA3 sebagai aktiviti tambahan di samping memberi mereka peluang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan seterusnya membantu golongan warga emas. Program-program berbentuk pengukuhan keyakinan melalui ceramah, kursus atau seminar kesedaran dan kegiatan kemasyarakatan juga dilaksanakan. Program berbentuk semangat berpasukan melalui sukan dan kebudayaan seperti Karnival Sukan dan Kebudayaan Warga FELDA yang melibatkan pertandingan sukan dan kebudayaan di peringkat rancangan dan Wilayah seperti Bola Sepak, Sepak Takraw, Bola Tampar, dan Bola Jaring. Bagi aktiviti kebudayaan pula, pertandingan berbentuk perpaduan kenegerian telah diadakan di semua peringkat bagi memupuk semangat perpaduan dan cintakan kebudayaan di kalangan peserta.
|
|
|
Kursus Rakan Waja |
Kursus Pemikiran Positif dan Budaya Hidup Cemerlang (Rokan Waja) telah mula dilaksanakan pada tahun 2002. Kursus bertujuan membentuk peribadi dan sahsiah diri belia dan beliawanis FELDA di samping penekanan pada aspek disiplin dan kepimpinan. Kursus diadakan kepada setiap Wilayah secara berperingkat setiap tahun di Pusat Latihan FSSSB Bukit Rokan Gemenchih, Negeri Sembilan. Sehingga April 2006, seramai 2,688 peserta telah mengikuti kursus tersebut. |
Pembangunan Spiritual (Penerapan Nilai-Nilai Murni) |
Antara punca terbesar polemik sosial remaja sekarang ialah persoalan pembinaan insan. Bermula dari ibu bapa perlulah memainkan peranan yang utama dalam membentuk sahsiah anak-anak dengan asas yang kukuh. Polemik sosial remaja yang semakin menular kini memerlukan strategi dan pendekatan yang lebih berkesan. Semua pihak perlu berperanan ke arah melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai yang murni. Selaras dengan itu, penekanan diberi kepada golongan generasi kedua kerana golongan inilah merupakan aset kepada pembangunan FELDA.
Pada tahun 2006, Pelbagai program akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan badan-badan bukan kerajaan. Antara yang menjadi tumpuan pada tahun 2005 ialah program Kem Bina Remaja, Kursus Imam Muda, Kursus Kefahaman Islam yang bertujuan melahirkan generasi baru yang berkualiti, berdaya tahan dan berupaya memimpin.
Sebagai memupuk minat membaca Al-Quran serta menggalakkan masyarakat peneroka mendalami pengertian dan menghayati isi kandungan Al-Quran, pertandingan ilmiah seperti Tilawah Al-Quran dan Nasyid akan dilaksanakan. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat dari peringkat rancangan hingga ke peringkat nasional.
Bagi memupuk semangat cintakan masjid dari kalangan belia, aktiviti J.O.M (Jumpa Orang Masjid) akan dirancang dan dilaksanakan. Program ini akan merupakan salah satu usaha mengimarahkan masjid di samping memupuk penyertaan belia dalam segala aktiviti keugamaan yang dijalankan di peringkat rancangan dan Wilayah. |
|
|
Program Masih Ada Yang Sayang |
Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan warga FELDA yang telah sedia terjalin sebelum ini. Pelbagai aktiviti kemasyarakatan perlu disemai semula melalui program integrasi yang diadakan. Ini bertujuan untuk melahirkan kembali perasaan kekitaan bagi merealisasikan hasrat kerajaan dan juga FELDA khasnya untuk melihat pembangunan insaniah di kalangan warga FELDA seiring dengan pencapaian 50 Tahun FELDA. |
Program yang diadakan selama 2 hari tersebut di penuhi dengan pelbagai aktiviti seperti Forum Perdana Ehwal Islam,senamrobik,pertandingan sukan,persembahan kebudayaan,pertandingan gubahan oleh GPW dan pertandingan melukis kanak-kanak. Penglibatan oleh Polis Diraja Malaysia,Agensi Antidadah Kebangsaan,Jabatan Kesihatan, Jabatan Belia dan Sukan dalam menjayakan program berkenaan telah dapat mengeratkan lagi perhubungan warga FELDA dengan agensi yang berkenaan.
|
|
|
| Pelbagai Pinjaman & Bantuan |
| Tabung Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA |
Tabung Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA diwujudkan untuk membantu anak peneroka mendapat sumber kewangan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Kemudahan skim ini dibuka untuk anak peneroka yang berkelayakan. Skim ini dikeluarkan kepada mereka yang mengikuti kursus Ijazah dan kursus Diploma di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) dalam negeri yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja. Pinjaman diberi untuk selama tempoh kursus yang diikuti dan dikeluarkan mengikut penggal semester pengajian institusi di mana peminjam pelajaran tinggi dibuat kepada pelajar-pelajar melalui Bendahari Universiti/Institusi Pengajian Tinggi.
Syarat permohonan, sila klik di sini.
CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat, Wilayah atau Rancangan atau klik di sini. Borang permohonan yang telah diisi hendaklah disokong oleh Timbalan Pengerusi JKKR Rancangan, Pengurus Rancangan dan Pengurus Besar Wilayah. |
|
|
| Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka |
Tabung Bantuan Kebajikan ini dibiayai daripada peruntukan Tabung Sosio Ekonomi Peneroka. Bantuan ini diperlukan kerana dari masa ke semasa terdapat peneroka atau keluarganya membuat rayuan kepada orang ramai untuk mendapatkan bantuan bagi menanggung perbelanjaan perubatan untuk mendapat rawatan penyakit kronik, memberi bantuan kesulitan akibat bencana alam dan bantuan membeli peralatan untuk kecacatan disebabkan kemalangan dan sebagainya.
TUJUAN
Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka ditubuhkan atas tiga (3) tujuan berikut:
|
Membantu membiayai kos rawatan dan perubatan kepada peneroka, isteri atau tanggungannya yang mengidap penyakit kronik. |
|
Membantu di atas kesulitan peneroka, isteri atau tanggungannya akibat bencana alam yang menyebabkan kerosakan rumah dan harta benda. |
|
Membantu membeli peralatan seperti kerusi roda atau anggota palsu bagi peneroka, isteri atau tanggungannya yang mengalami kecacatan kekal dan separuh kekal. |
Syarat permohonan, sila klik di sini.
CARA MEMOHON
Cara permohonan adalah seperti berikut :-
|
Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka seperti di lampiran. |
|
Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat, Wilayah atau Rancangan atau klik di sini. |
|
Setiap permohonan hendaklah di isi oleh Peneroka sebagai pemohon bagi pihak pesakit sama ada pesakit adalah dirinya sendiri atau Isteri atau Anak Kandung atau Anak Tiri pemohon. |
|
Pemohon perlu memenuhkan borang di bahagian I, II dan III sahaja. |
|
Setiap permohonan mestilah disertakan surat pengesahan berkaitan bantuan yang dipohon daripada pihak yang berkuasa seperti tercatat di borang. |
|
Mendapatkan pengesahan daripada pihak Pengurus Rancangan di bahagian V. |
|
Borang yang telah lengkap hendaklah dimajukan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, Tingkat 3, Wisma FELDA, Jalan Perumahan Gurney, 54000 Kuala Lumpur, untuk pertimbangan dan kelulusan. |
|
|
Tabung Biasiswa Kumpulan FELDA |
|
Tabung ini adalah untuk pembiayaan pengajian anak-anak warga FELDA yang cemerlang dalam pencapaian akademik dan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan. |
|
Skim Biasiswa ini dikeluarkan kepada anak-anak warga FELDA yang mengikuti kursus Ijazah Pertama di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan sahaja. Pembiayaan ini diberi untuk selama tempoh kursus yang diikuti dan dikeluarkan kepada pelajar-pelajar mengikut penggal semester tersebut. |
|
| Syarat permohonan, sila klik di sini. |
Borang Permohonan Tabung Biasiswa Kumpulan FELDA (klik di sini) |
|
| Pinjaman Pembaikan Rumah |
FELDA memperkenalkan Tabung pinjaman ini bertujuan memberi kemudahan kepada peneroka untuk membesarkan bahagian dapur, menambah jumlah bilik tidur dan bilik air serta mengadakan bilik atau ruang belajar untuk keselesaan rumah mereka di rancangan. Pinjaman ini juga diberikan kepada peneroka yang ditempatkan di lot kosong dan lot tidak ekonomik yang tidak disediakan rumah. |
Syarat permohonan, sila klik di sini. |
| Borang Pinjaman Pembaikan Rumah (klik di sini) |
|
| |
Pinjaman Komputer Peneroka |
Bagi mempercepatkan usaha membantu peneroka mendapat kelulusan Pinjaman Membeli Komputer, Pengurus Besar Wilayah adalah diberi kuasa meluluskan Skim Pinjaman Membeli Komputer Kepada Peneroka di peringkat Wilayah.
Skim Pinjaman Membeli Komputer Kepada Peneroka disediakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) di kalangan peneroka atau tanggungan peneroka sesuai dengan matlamat FELDA ingin menjadikan setiap peneroka mempunyai sebuah komputer. |
| Syarat permohonan, sila klik di sini. |
| Borang Pinjaman Komputer Peneroka (klik di sini) |
|
|