SYARAT PINJAMAN

Peminjam yang layak ialah:

Anak peneroka.
Anak tiri atau anak angkat peneroka yang didaftarkan yang bersama memasuki rancangan atau yang dipelihara dari kecil oleh peneroka.
Warganegara Malaysia.
Tidak menerima sebarang bantuan dalam bentuk biasiswa, dermasiswa atau pinjaman daripada mana-mana pihak. Sekiranya peminjam didapati telah menerima bantuan daripada pihak lain, Felda berhak menarik balik pinjaman pada bila-bila masa tanpa memberi notis dan pinjaman hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Keutamaan pemberian Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi berasaskan kepada:

Kelulusan pelajaran.
Kredit dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di peringkat SPM/SPMV.
Kelulusan tambahan.
Institusi Pengajian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau IPTS yang mendapat kelulusan Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kegiatan luar.
Pendapatan bapa/penjaga.
Bilangan tanggungan ibu bapa.
Pengalaman dan latar belakang.
Kecerdasan dan pengetahuan.