SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON
Syarat dan kelayakan pemohon adalah seperti berikut:
| a) | Kelayakan pemohon |
| Peneroka atau pengganti peneroka. | |
| Isteri peneroka. | |
| Tanggungan peneroka iaitu anak kandung atau anak tiri. |
| b) | Syarat peneroka yang masih belum berkahwin dengan syarat mereka menetap bersama peneroka di rancangan. |
| Tidak disabitkan dengan kesalahan tatatertib. | |
| Mendapat pengesahan Doktor bagi penyakit kronik / pembelian peralatan dan pengesahan Pihak Berkuasa bagi kemusnahan bencana alam. | |
| Mengemukakan surat pengesahan penyakit dan bantuan peralatan daripada Doktor Kerajaan. | |
| Satu borang permohonan untuk satu bantuan sahaja. | |
| Salah seorang daripada ahli keluarga peneroka sahaja layak menerima bantuan dalam tempoh setahun kecuali kes-kes khas yang perlu mendapat kelulusan Ahli Jawatankuasa Dana. |
JENIS DAN KADAR BANTUAN
Jenis dan kadar bantuan yang disediakan melalui Tabung Bantuan Kebajikan Peneroka adalah seperti berikut:
a. Penyakit Kronik
i. Jenis penyakit yang layak diberikan bantuan seperti:
| Penyakit Jantung | Koma | ||
| Kanser | Penyakit Terminal | ||
| Kelumpuhan | Penyakit Parkinson | ||
| Ketumbuhan/Tumor | Jangkitan HIV/AIDS Daripada Pemindahan Darah | ||
| Strok/Angin Ahmar | Penyakit Hati Kronik | ||
| Kegagalan Buah Pinggang | Penyakit Paru-Paru Kronik | ||
| Hepatitis Fulminan | Kecederaan Kepala yang teruk akibat Kemalangan | ||
| Pemindahan Organ Utama | Anemia Aplastik | ||
| Buta, Pekak | Sistrofi Otot | ||
| Pembedahan Aorta | Penyakit Tumor atau Pembedahan Otak dan atau penyakit kronik lain yang difikirkan sesuai untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Dana. | ||
| Hilang Suara | Kelecuran Api yang teruk | ||
| Penyakit Alzheimer |
ii. Kadar bantuan yang layak diluluskan adalah tidak melebihi RM10,000 daripada keseluruhan kos atau kos sebenar rawatan perubatan atau mana-mana yang kurang dengan syarat mengemukakan surat pengesahan mengenai penyakit yang dihidapi daripada pihak Doktor.
iii. Kadar bantuan tidak dipertimbangkan untuk tujuan kos rawatan susulan.
b. Bantuan Bencana Alam
| Bantuan diberikan kepada peneroka yang mengalami kesulitan akibat Bencana Alam iaitu Kebakaran, Banjir, Gempa Bumi, Tanah Runtuh, Ombak Besar / Tsunami dan Angin Ribut yang menyebabkan kerosakan rumah yang diduduki dan harta benda. | |
| Kadar bantuan yang diberikan kepada mangsa bencana alam ialah sebanyak minima RM 1,000 dan tidak melebihi RM 10,000 atau mana yang munasabah berdasarkan kemusnahan yang ditanggung oleh mangsa dengan syarat mengemukakan surat pengesahan jumlah kerugian daripada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia atau Jabatan Bomba dan Penyelamat atau Pengurus Rancangan. |
C. Bantuan Membeli Peralatan
| Bantuan Peralatan yang layak dipohon adalah seperti Kerusi Roda, Anggota Palsu dan Alat Ortopedik. | |
| Kadar bantuan yang layak diluluskan adalah tidak melebihi RM5,000 berdasarkan kepada kos sebenar pembelian peralatan dengan syarat mengemukakan sebut harga daripada pembekal dan mendapat pengesahan Doktor. |